Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, May 4, 2009

Berita pemergian ibu



Sambungan kisah di SMTSP – Berita kehilangan ibu.

Tahun pertama di Sek Men. Tuanku Syed Putra (SMTSP) merupakan pengalaman luar biasa berjauhan dengan keluarga.
Rasa rindu terhadap keluarga & Kampung begitu menebal. Maklumlah budak baru 13 tahun pastinya merindui belaian dan kasih sayang kedua orang tua.

Sistem di sekolah berasrama penuh (SBP) tak membenarkan pelajarnya balik ke rumah sesuka hati walaupun di hujung minggu. Terpaksalah tunggu hingga cuti penggal sahaja untuk balik kampung.

Boleh dibayangkan sendiri betapa rindunya aku pada keluarga di kampung ketika itu. Terpaksa tunggu selepas 3 bulan untuk balik.

Istimewanya SBP, balik kampung di sediakan bas dari sekolah terus ke bandar terdekat dengan kampung. Betapa meriahnya ketika itu sebab semua kawan-kawan dari Kedah akan balik bersama.

Riuh dengan gurau senda dalam bas. Sampai di Alor Star, semua akan ambil bas masing-masing ke kampung masing-masing. Pihak sekolah menyediakan tambang untuk pergi balik secara tunai – polisi SBP. Jadi kita tak perlu risau tak ada duit tambang sebab disediakan.

Kerinduan dan rasa hendak balik kampung selalu rupanya tidak berpanjangan. Di tahun ke-dua di SMTSP, emak pergi meniggalkan kami. Allah lebih menyayanginya.

Masih segar dalam ingatan saat-saat menerima berita menyedihkan itu walaupun kisah ini berlaku 23 tahun lalu. Aku pulang dari sekolah seperti biasa. Tarikhnya seminggu sebelum cuti pertengahan penggal pertama.
Selesai makan di dewan makan, balik ke bilik asrama.

Belum sempat masuk bilik kamar, tiba-tiba datang seorang abang tingkatan 4 (pengawas) dengan berkata “ bertenang…..sabar dengan apa yang abang nak sampaikan…”
Aku kehairanan kenapa Abang Mat Akhir ni..? Tak pernah dia begitu serius sebelum ni…

“Emak adik Mie dah tak ada..”. Lemah segala sendi-sendi ku…
Tanpa disedari air jernih mengalir dari kelopak mataku..
Abang Mat Akhir memelukku. Aku tak dapat bertahan lagi sedikit teresak-esak.
“Sabar dik….”. Aku rasa bertuah kerana masih ada abang-abang senior yang begitu memahami dan mengambil berat pesaanku seorang budak 14 tahun yang berjauhan dengan keluarga. Terima kasih tak terhingga kepada Abang Mat Akhir.

Aku pulang ke kampung bersendirian. Ihsan seorang guru warden asrama, beliau menghantarku sampai ke hentian bas Kangar. Sepanjang perjalanan aku hanya diam sahaja, kadang-kadang air mata jatuh secara tidak disedari.
Kenapa mak meniggalkanku di saat aku masih memerlukan belaian seorang ibu..?
Itulah soalan yang sering bermain di minda sepanjang perjalanan pulang.
Sampai di Kuala Nerang (pekan terdekat dengan kampung) – Jam dah hampir pukul 7. Tiada lagi bas ke kampung jadi aku nekad balik jalan kaki. 5 Kilometer bukanlah jarak yang begitu jauh.

Sampai di jambatan Kuala Nerang, aku bernasib baik kerana terjumpa Abang Wahab (abang ipar). Dia dalam perjalanan hendak ke sekolahku kerana khuatir – sekolah tak benarkan aku balik sendiri.

Aku terus membonceng motosikalnya dan balik ke kampung. Sampai di kampung sekali lagi kejutan berlaku. Rumah dah kosong.

Adakah aku terlambat dan tak sempat menatap jenazah ibu tercinta ? Sekali lagi air jernih bercucuran dari kelopak mataku.
Abang Wahab menerangkan jenazah ibu berada di kampung Padang Nyior.
Baru aku teringat ibu pernah berkata, jika dia meniggal – dia hendak di kebumikan di kampung asal usulnya.
Hajat ibu termakbul kerana meninggal di Kampung halamannya dan dapat dikebumikan berdekatan sanak saudaranya.Gambar sekadar hiasan

Lepas maghrib aku bersama Abang Wahab terus ke Kg Padang Nyior dan menghadiri upacara solat jenazah dan pengkebumian jenazah ibu.

Itulah saat yang paling menyedihkan kerana sebelum ini hanya solat jenazah orang lain tapi kali ni ibu sendiri.
Al-hamdulillah jenazah ibu selamat dikebumikan dan kami se-keluarga mengharungi kehidupan seperti biasa…..

Bersambung….Susahnya mengharungi kehidupan tanpa belaian seorang ibu…..

Untuk Arrie, Iffa, Ammar, Irdina :
Hargailah mama yang banyak membantu anda semua, berkorban untuk keluarga. Tanpa mama kehidupan kita pasti tidak seceria seperti kini.
Untuk mama :
Kami semua menghargaimu – Selamat Hari Ibu

3 comments:

Zuraida jemain on May 11, 2009 at 10:56 AM said...

thank u for the wishes... mama sayangkan abah dan anak2 so much...

semoga kasihsayang kita kekal abadi...

Azamin on September 25, 2009 at 10:48 AM said...

Alfatihah kepada Mat Khiaq juga yang telah juga pulang ke rahmatullah

Suhaimi Ahmad on September 25, 2009 at 3:46 PM said...

Al-fatihah...
tak sangka muda2 dah pergi.
la ni mmg mati tak menentu.
Ustaz asri, yasmin pun mati agak muda...

mat khiaq sakit ka..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008