Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Thursday, March 4, 2010

Terima kasih Isteriku...


Sedar tak sedar rupanya usia perkahwinan kami hampir 10 tahun.
Begitu cepat masa berlalu.. terasakan baru sebentar tadi melihat arrie (anak sulung) pandai berjalan.
Bertatih-tatih begitu sukar hinggakan menggeletar kakinya.

Arrie kini sudah pandai membaca, mengira dan sudah mula bermain seperti kanak-kanak aktif lain.

Dengan bertambahnya anak-anak pastinya begitu memenatkan mamanya menjaga dan mendidik mereka.

Partinya pengorbanan yan tak terhingga dari seorang ibu.
Tiada yang dapat aku perkatakan selain ucapan terima kasih yang tak terhingga.

Dalam membelek blog2 lain terjumpa satu sajak yang baik buat renungan dan juga ingatan buatku tentang hala dan matlamat sebuah perkahwinan.

Moga2 sajak ini dapat menjadi motivasi buatku dalam menyelusuri susah senang rumahtangga tercinta ini..

Perkahwinan

Umpama sebuah pelayaran
Awalnya tenang
pertengahannya makin bergelombang
Dipukul badai dan ombak
tak mengenal masa dan keadaan
Hanya Nakhoda bijaksana bisa melabuhkan sauhnya
Di sebuah pelabuhan impian

Perkahwinan

Adalah sebuah kebahagiaan
Adalah sebuah kedamaian
Adalah sekelumit kenikmatan
Dari lautan kenikmatan di syurga yang dinantikan

Perkahwinan

Perlukan pengorbanan
Perlukan kesungguhan
Perlukan keyakinan
Perlukan persefahaman
Baru nanti panasnya bisa sampai ke petang

Perkahwinan

Adalah fitrah kemanusiaan
Adalah sunnah yang perlu dilaksanakan
Moga nanti akan wujud generasi ummah
Yang bakal mempertahankan
Keagungan dan kesucian
Deenul Islam

2 comments:

:: eyeNa :: on March 7, 2010 at 10:07 AM said...

semoga terus berbahagia melayari kehidupan sekeluarga!!!..

dan hendaknya berkasihlah hingga ke syurga.. insyaAllah..

Anonymous said...

Sya dari ppp itm gak IU9; kat ctu saya tingat sorang awek shaha namanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008