


Selepas selesai berbuka kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang dituju.. kami melalui negeri Melaka dan setibanya kami di Melaka Sentral kenderaan mula bergerak perlahan.. di sekitar Melaka Sentral dipenuhi oleh orang ramai yang masih lagi berbelanja untuk persediaan hari raya yang bakal menjelma..


Kami sampai dirumah Nenek Pah di Klang pada pukul 1 pagi lalu menumpang tidur di situ sebelum meneruskan perjalanan kami ke Kedah. Selepas bersahur dan solat Subuh kami meneruskan lagi perjalanan kami..
Kami sampai juga di Negeri Kedah negeri kelahiran abah, Mohamad Suhaimi dan kami singgah di bazar Pekan Rabu, Alor Setar.. Gambar di atas si kecil Insyirah Afiqah begitu gembira apabila dapat keluar dari kereta selepas 8 jam perjalanan..Berikut adalah gambar2 yang kami dapat rakamkan untuk kenangan di sekitar bazar Pekan Rabu...








Klang Time
0 comments:
Post a Comment