Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa..


Alhamdulillah.. setelah mengahrungi pelbagai ranjau dan onak duri dalam kehidupan kini kami mampu menyela nafas lega setelah bertahun mendirikan rumahtangga. Bukan mudah nak kendalikan sebuah rumahtangga yang isi keluarga berasa tenang dan selamat berada di bawah naungannya.. Kini kehidupan kami agak selesa walaupun mempunyai anak2 yang agak ramai tetapi kami masih boleh mampu hidup dengan selesa..

Peranan seorang suami dan juga ayah begitu amat bermakna. Dialah yang mencari rezeki, menyediakan tempat tinggal, makan, minum, pakai, dan juga kenderaan yang selesa untuk membawa keluarga ke mana jua destinasi yang dirancangkan. Tanggungjawab dan juga amanah yang diberikan diselesaikan dengan begitu berat rasa tanggungannya.

Terima kasih suamiku dan bapa kepada anak2ku.. kerana memberikan segalanya yang terbaik untuk kami tanpa sedikit pun kata2 rungutan keluar dari mulutmu... Selamat Hari Bapa ...

Abah sewaktu menjadi MC ditempat kerjanya...

3 comments:

Suhaimi Ahmad on June 22, 2011 at 5:05 PM said...

Pengorbanan ini tidaklah seberapa dibandingkan dengan jasa mama.
Melahirkan, membesarkan dan mendidik anak2 semua.
Terdidik dengan akhlaq mulia walaupun ada sedikit kekurangan.
Itu perkara biasa, manusia tiada yg maksum.
Tanpa mama kami semua tak mampu menempuhi susah dan senang...
Selamat hari ibu juga...

ieda on June 23, 2011 at 2:49 PM said...

hehehe.. onkyo is the best

Suhaimi Ahmad on June 23, 2011 at 4:10 PM said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008