Ujian pertengahan tahun telah pun bermula.. Diharap Arrie dan Iffa dipermudahkan oleh Allah swt untuk menjawab segala soalan di kertas ujian nanti.. Mama dan abah sentiasa mendoakan kejayaan anak2..
Malam tadi semasa makan malam ada berbual beberapa perkara di meja makan. Entah bagaimana Arrie bertanyakan tentang Ammar yang masuk tidur lebih awal dari biasa.. Arrie :" Ammar tido lama sangat..kenapa mama?". Mama : "Penat kot .. mama suruh tido kalau tak tido habis dia kacau adik2.." .. Arrie : " Nanti malam2 dia bangun lapar x makan nasi..".. Mama :"Dia pernah terbangun ke..?" Arrie :"A'ah tapi takut nak turun.. dia duduk tengok sana tengok sini... ".. Iffa :" A'ah mama dia bangun malam2 nanti dia bangun pusing sana pusing sini.."... Mama :"Laa.. kesiannya kenapa tak bangun temankan adik makan..".. Masing2 terdiam.. Mama :"Malam ni letak nasi dalam bekal kalau adik bangun bagi makan tau.." ..
Walaupun masih lagi peringkat kecil lagi tetapi mereka berdua ni kira ambil berat hal adik2.. lebih menonjol lagi Iffa yang selalu memanjakan dan bermain dengan adik2.. Mama selalu berasa bangga melihat kakak dan abang yang kalau ada jajan yang diberikan kawan2 disekolah disimpan dibawa balik untuk berkongsi dengan adik2.. Iffa baru berusia 8 tahun tetapi fikirannya agak matang selalu belikan aiskrim utk adik2 walaupun dirinya tak dapat tapi dia tak kisah.. Dia tahu Ammar suka makan french fries disekolah agama.. dibelikan disimpan dan dibawa pulang untuk diberikan kepada Ammar.. Iffa .."Ammar.. ammar suka makan ni kan..? Nah kakak beli nanti share ngan adik2 tau.. jangan kedekut.."..Kata Iffa sebaik melangkah masuk ke dalam rumah.. Pandai juga dia menasihati adik2 walaupun meniru gaya ibu2 tetapi itu salah satu sifat mulia...
Arrie sewaktu berusia dalam lingkungan Iffa juga begitu.. ada majlis di sekolah cikgu buat collection rm5 seorang utk beli KFC.. Sedih mama bila balik dari sekolah KFC masih belum dimakan lagi.. Mama :"Kenapa x makan kat sekolah tadi x bawak bekal..".. Arrie :"Takpela.. nak makan kat rumah... ".. Mama :"Habis tak makan langsung ke..?".. Arrie :" Abang makan roti je.. "... Mama :"Kenapa..? Kesiannya..".. Arrie :" Abang nak makan kat rumah sama2.. Mama nak ke..?"... Anak2 mama baik2 semua ambil berat sesama sendri walaupun kekadang selalu juga bertelingkah itu adalah resam kehidupan kan.. Semoga akhlak mereka yang baik ini terpelihara sampai dewasa kelak..
AKU MELIHAT PADA UMURKU 55 - LETRIK DAN AIR
4 years ago