Dalam sebulan baru hari ni abah balik lambat sebab ada training di tempat kerja.. Dina dah merungut2 membebel2 bertanya kenapa abah lambat... Tiap kali bunyi kereta berlari keluar melihat jika abah yang balik.. kelakar pun ada kesian pun ada tengok gelagatnya...
"Mana babah ni.. lambat ya.."..Rungut Dina sambil menjenguk2 keluar pintu.. Selalu pukul 6.30 petang abahnya akan balik dari tempat kerja dan disambut Dina denga Syirah sambil terlompat2 meminta susu.. walaupun mama baru buatkan susu.. tapi itulah yang diminta oleh mereka sebaik abahnya pulang dari kerja.. Abahnya belum sempat duduk dan ke dapur melayan dua anak kecil kesayangannya..
Abah pun begitu jugak bila Dina dan Syirah tido dan tidak menyambutnya di muka pintu abah akan mengeluh kenapa biarkan diorg tidur pada waktu abah balik..
Yang peliknya jam pun belum pandai tengok lagi tapi macam tahu2 je timing abah dia balik..
Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...
online
Saturday, July 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Abah memang sayang semua ahli keluarga.
Cuma kadang2 terlebih kasar, marah melampaui batasan.
Abah minta maaf dari semua teruatamanya mama tercinta...
Kitorg pun sayang abah jugak...
Post a Comment