Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Thursday, October 27, 2011

4 Jenis Ujian



Pagi ni sempat dengar IKIM.fm semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Dalam slot tazkirah ustaz penyampai kuliah bawa tajuk 4 jenis ujian.

Bila fikir-fikir balik memang ujian itu perkara biasa dalam kehidupan kita. Kita tidak dapat lari dari pelbagai ujian dalam hidup. Cumanya adakah kita menyedari kenapa kita diuji. Jawapannya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ankabut,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Di sini jelas, kita sebagai orang beriman pastinya diuji dan 4 jenis ujian yang kita pasti tempuhi:

Ujian amal ibadah
Manusia beriman perlu beramal ibadah sebagaimana tuntutan AQ dan Sunnah. Solat juga satu ujian, berapa ramai yang gagal dalam ujian ini. Solat hanya bila keadaan senang dan bila sibuk atau dalam perjalanan lupa walaupun ada kemudahan jamak dan qosar. Lebih buruk lagi lansung tidak bersolat. Ibu bapa pula wajib menyuruh anak mereka solat seawal 7 tahun. Berapa ramai yang gagal dalam ujian ini.

Ujian Kemaksiatan
Kita berada pada akhir zaman begitu banyak kemaksiatan berlaku. Zina, rogol kedengaran setiap hari. Berpacaran sana sini. Aurat yang perlu dijaga sebagaimana tuntutan agama gagal dipenuhi. sekali lagi begitu ramai gagal dalam ujian ini.

Ujian Kesenangan
Kadang-kadang kita diberi kemewahan. Bergaji besar, mampu membeli rumah yang selesa, kereta besar. Wang bukan lagi masalah dalam kehidupan. Semua benda boleh dibeli. Tapi kita lupa bahawa harta kekayaan itu juga ujian. Berapa ramai yang mula sombong, lupa keluarkan zakat. Bercakap mula tinggikan suara dan menganggap pendapat orang lain semua salah. Selalunya ramai yang tewas dengan ujian ini.

Ujian Musibah
Ada antara kita yang dhoif, kehidupan kais pagi makan pagi - kais petang makan petang. Sentiasa dalam kesempitan. Adakah kita mampu bersabar atau mula memikirkan tambah pendapatan tanpa mempedulikan halal haram. Rasuah begitu berleluasa. Adakah jalan haram juga diambil bagi menjadi kaya. Sekali lagi kita diuji.

Semua keempat-empat ujian di atas pasti ada bagi setiap yang beriman. Kerana Allah hendak menguji kesabaran kita. Maka beruntunglah bagi mereka yang berjaya menghadapi setiap ujian tersebut denfan jayanya.

Semoga arriesfamily tabah dalam menempuh ujian yang bakal dihadapi dengan perpindahan ke kampung nanti. Amin...

1 comments:

EMAS on October 27, 2011 at 11:14 PM said...

Saya pun ada dengar jugak... siap 3 kali dengar lagi. hehehe... tapi terlupa apa satu lagi ujian tu. then google2 lah, terjumpa blog awak... terima kasih ye :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008