Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Saturday, September 26, 2009

Baraan


Baraan satu istilah jawa yang begitu asing bagiku suatu ketika dulu. Kini aku mula memahami konsep yang dibawa dan manfaat untuk masyarakat setempat.

Baraan merupakan satu kaedah kunjung mengunjung sempena Hari Raya dari rumah ke rumah disertai dengan marhaban di setiap rumah yg dilawati.

Baru-baru ni Baraan dijalankan di Taman Kelisa tempat tinggal kami di Johor.
video
Marhaban sedang diperdengarkan di salah sebuah rumah jiran.

Konsepnya mudah, Ziarah beramai-ramai dari rumah ke rumah sambil melaungkan marhaban dan imam akan berdoakan kesejahteraan ahli keluarga tersebut sambil diaminkan oleh setiap tetamu.

Tuan rumah tidaklah perlu pening memikirkan apa juadah yang nak disediakan. Cukup sekadar hidangan biasa di hari raya dan sedikit makanan ringan tambahan umpamanya 'Nugget' goreng.


Aku juga turut membawa kedua anak lelakiku untuk mereka merasai sendiri kemeriahan baraan ini.

Arrie dan Ammar macam tak sabar jer menunggu marhaban habis...



Setelah habis marhaban pastinya semua akan menjamu selera. Biasanya Rumah pertama semua akan teruja dan berebut-rebut mengambil juadah.

Sambil menjamu selera pastinya masa paling sesuai untuk berkenal-kenalan. Kebaikan Baraan ni adalah kerana ianya memberi peluang kita berjumpa dengan keseluruhan kejiranan kita.


Sabar dik....Bagi orang tua-tua dulu

Mungkin itu yang difikirkan oleh pakcik-pakcik kita tu.

Peluang dari baraan ini untuk bertegur sapa dan saling kenal mengenal sambil bermaafan sesama sendiri.
3 jiran sebelah rumah sedang menjamu selera (Jaiz, Mokhtar & Mansur)

Keseluruhan taman perumahan agak luas dan banyak rumah, partinya agak memenatkan. Tetapi dek semangat beraya semua rumah pasti akan diziarahi.


Ammar kelihatan kepenatan setelah kunjungan rumah ke 15 agaknya...


Di samping menjamu selera pastinya tuan rumah akan menghulurkan duit raya. Itulah saat yang dinantikan kanak-kanak.



Arrie (anak sulung) masih mampu tersenyum kepenatan setelah koceknya penuh berisi..


Keseluruhannya Baraan ini merupakan suatu tradisi masyarakat jawa yang banyak manfaatnya kiranya dipraktiskan dengan sebaik mungkin.

Elakkan pembaziran, sifat bermegah-megah dan besederhana perlu dalam menjayakan majlis ini.
Apa-apa pun niat mesti ikhlas kerana Allah....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008