Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, July 22, 2011

Kesungguhan Arrie...


Hari ni Ammar ada appointment di hosptal pakar Batu Pahat, takde sapa nak hantar anak2 gi sekolah..so mama suggest" Untuk hari ni abang dengan kakak tak payah gi sekolah nanti mama bagi surat kat cikgu.."

Arrie: "Abg nak gi sekolah xpe abg naik basikal.."


Mama:"Kenapa nanti cikgu marah ke?".


Arrie :"Tak.. tapi abang x pernah ponteng nnt kehadiran kurang x boleh dapat piala.."


Mama:'X dpt piala kot.. dapat sijil je.."


Arrie :"Takpe la, sijil pun boleh .. janji ada.."

Every year dia akan dapat piala kadang2 piala cenderahati ketua kelas,mata pelajaran terbaik ataupun piala top 3..thn lepas dia x dpt apa2 kecuali sijil jadi pustakawan dan mungkn agak kecewa bila tgk Iffa sorg je yg dapat smpai 3 biji piala. Tahun ni dia mgkn nak tebus kekecewaannya.. semangatnya dah nampak..Alhamdulillah.. semoga dia berjaya satu hari nnt..


Wednesday, July 20, 2011

Dina semakin sihat Alhamdulillah....


Dah hampir dua hari Dina kurang sihat.. asyik terbaring dan tidak bergerak aktif.. Rindu kami dengan gelagat lincahnya .. Hari ni hari Jumaat abah cuti... dengan nada bergurau abah menegur Dina.."Ada sorang budak hari ni taknak bersosial..(bermain di padang bersama kakak dan abang..:.. Dina tetap terbaring langsung x peduli dengan kata2 abahnya..
Mama perasan Dina kurang aktif hari ni asyik muntah dan merengek sepanjang hari..
Di sebelah petangnya abah keluar bersama Dina untuk beli ubat.. Dan di pagi hari Isnin Dina bangun awal dari kebiasaan..Tiba-tiba..
"Mama, Nina nak picang.." Kata Dina sambil menarik2 hujung bajuku..
"Ok.. Nanti kita pergi beli yea..Dina dah sihat..?"..Tanyaku sambil mengusap2 rambutnya..Rindu dengan gelagat lincah dan watak garangnya.. hehehe
Bila melihatkan keadaan Dina yang semakin sihat hati mama tersangat gembira dan bersyukur kerana Dina dah mempunyai selera makan.. Dan di tengahari itu kami 4 beranak (mama, ammar, dina dan syirah...) membonceng motorsikal ke pasar pagi untuk mencari pisang... seperti yang Dina hajatkan...


Dina dan Atiya gaduh lagi...


"Atiya!!! TEPI YA!!!", jeritan Dina memecahkan suasana sepi rumah kami di pagi hari.. Aku segera ke dapur untuk melihat apakah yang telah berlaku. Di dapur kelihatan Syirah yang sedang mendepangkan kedua tangannya dan mengangkangkan kedua kakinya utk menghalang tv daripada dilihat oleh Dina..

Raut wajah Dina merah padam akibat menahan marah.. Dengan rambutnya yang kusut masai dan sedikit berketiau.Disekeliling matanya pula tahi mata masih lagi berselepat dek kerana baru bangun dari tido (tu yg moody tu..) dia menyambung jeritan.."Tepi ya...ATIYA...!!".

Mama : "Kenapa Dina..?" 

Dina :"Atiya ni cibuk je.. oyang nak tengok tv dia kachau..". 

Mama: "Syirah tepi sikit jangan kacau kakak Dina nak tgk tv.." 
Syirah tetap dgn gaya yg sama tidak mahu berganjak sikit pun.. 

Mama : "Takpe Dina jom kita mandi ikut mama gi ambik abg Ammai.." try memujuk.

Dina : "Nanak Nina nak tengok tv.."..

Mama "JOmla nanti mama beli aiskrim.. ". Nampak gaya trick ku menjadi Dina bangun lalu mengangkat kedua tangannya..

" Mama.. bukak baju kan.." Kata Dina dengan bahasa yang agak tunggang langgang.. itu yang spesel tentang Dina. Tak  lama kemudian Insyirah pun tergedik2 membontoti kakaknya ke bilik air.. dan sekali lagi Dina menjerit..

" CIBUK JE. ASIK IKUT OYANG...mama nanti mama jgn beli aiskrim tuk Atiya tau.."..

Begitulah kehidupan aku hari2 melayan karenah anak2 yang pasti suatu hari nanti aku akan merindui suasana seperti ini.. Terusterang mama cakap.. mama gembira melalui rutin2 seperti ini kerana mama sayangkan anak2 mama.. Mama bersyukur kerana dapat sentiasa berada dengan anak2 mama..
Dan hari ini mama tergelak bila dengar Dina bahasakan dirinya OYANG..hahaha

Ammar Dan Pence BUk (FAcebook)


Suatu hari sedang kami menjamu selera makan nasi tengahari..
 
Amar : "Mama, Ammai ada pence buk..?..".. 
Mama : "Mestila ada hari tu kan dah belikan untuk semua (merujuk kpd pencil box..)..".. 
Ammar : "Butan pence buk..PENCE BUK.. macam mama .." . 
Mama : "Hah? Macam mama? Mama mana ada pencil box..".. . 
Ammar: "Butan.. pence buk.." sambil menunjuk ke arah laptop yg terpampang facebook.. 
Mama :"Ammar nak buat apa facebook. Cakap bagi betul dulu x pelat.. baru boleh ada facebook.."..sambil tergelak2.. 
Ammar :" Ammai nak main game ninja taga...(ninja saga)..macam aidil.."
Haiish budak yg berumur 6 tahun pun request nak ada facebook.. dunia dah makin berubah.. ahai..
 
 

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa..


Alhamdulillah.. setelah mengahrungi pelbagai ranjau dan onak duri dalam kehidupan kini kami mampu menyela nafas lega setelah bertahun mendirikan rumahtangga. Bukan mudah nak kendalikan sebuah rumahtangga yang isi keluarga berasa tenang dan selamat berada di bawah naungannya.. Kini kehidupan kami agak selesa walaupun mempunyai anak2 yang agak ramai tetapi kami masih boleh mampu hidup dengan selesa..

Peranan seorang suami dan juga ayah begitu amat bermakna. Dialah yang mencari rezeki, menyediakan tempat tinggal, makan, minum, pakai, dan juga kenderaan yang selesa untuk membawa keluarga ke mana jua destinasi yang dirancangkan. Tanggungjawab dan juga amanah yang diberikan diselesaikan dengan begitu berat rasa tanggungannya.

Terima kasih suamiku dan bapa kepada anak2ku.. kerana memberikan segalanya yang terbaik untuk kami tanpa sedikit pun kata2 rungutan keluar dari mulutmu... Selamat Hari Bapa ...

Abah sewaktu menjadi MC ditempat kerjanya...

Monday, June 13, 2011

Ammar tak takit....


Menitis air mata bila teringatkan begitu tabahnya Ammar bila menghadapi kesakitan. Walaupun dari raut wajahnya, setiap orang tua akan tahu betapa sakitnya dia di kala itu. Dia tetap akan kata "Ammar tak takit.."

Wajah Ammar ketika keluar dari wad pembedahan..., sayu mengenangkan saat itu. begitu tabahnya anakku ini walaupun baru dibedah....anak2 lain pastinya merintih-rintih lagi merengek...


Wajah ini pula agak sugul semasa menanti namanya dipanggil ketika sakit tereoid. Bengkak kelenjar jelas kelihatan. Namun Ammar begitu tabah. "Ammar tak takit" jawabnya dengan telo setiap kali ditanya.....

Ammar memang berani, masih mampu tesenyum walaupun berhadapan Doktor gigi...

Ammar memang tak makan saman, antara 3 anak-anakku ini dia yang mendahului dalam apa2 jua. Lihat saja aksinya bila melihat cahaya dari lift. Dia memang seorang anak yang lincah. Satu anugerah yang tiada ternilai....

Salahkah Ammar menjadi hyperaktif ? Melihat wajahnya yang ceria ini membuatkan kelopak mata ini mula bergenang. Maafkan Abah Ammar kerana kegagalan abah menangani sifat ingin tahu Ammar. Abah gagal mengasah bakat hyperaktif Ammar pada yang sepatutnya. Ammar pintar, bijak, aktif dan serba ingin tahu...
Hanya abah yang tidak bijak membawa hala tujunya. Bila Ammar terover, Ammar pula didenda....
Walaupun dirotan, dicubit, dipiat, dipukul,....
"Tak apa Abah, AMMAR TAK TAKIT"......

Wednesday, June 1, 2011

Cuti pertengahan tahun 2011



Sudah hampir seminggu anak2 berada di rumah menghabiskan cuti pertengahan tahun mereka. Tidak pergi kemana-mana maklumlah abah bekerja di sebuah premis swasta yang agak susah untuk mengambil cuti. Hany hujung minggu masa yang kami dapat manfaat bersama. Waktu hujung minggu jugalah wwaktu kami menghabiskan masa, berjalan2, dan selebihnya beriadah dengan menunggang basikal sekeluarga.

Sepanjang masa anak2 dirumah mama sudah mengagihkan tugasan untuk melakukan kerja2 rumah seperti mengemas bilik tidur, mengelap perabot yang sudah dipenuhi habuk, menyapu, mengemop lantai, membasuh pinggan, melipat kain, menyidai kain dll perkara yang selama ini menjadi rutin mama. Nampaknya mereka tidak perlu kerap disuruh dan memahami bahawa setiap hari itulah rutin tugasan yang mereka perlu lakukan. Walaupun adakalanya agak riuh kerana masih ada adik2 yang ringan tangan membantu mereka menolong mengusutkan lagi keadaan sebenarnya namun mama terpaksa menarik nafas sedalam2nya dengan menahan sabar. Walaupun kadangkala sabar itu tak dapat ditahan jua akibat kegatalan tangan mereka merosakkan barangan rumah..

Tetapi bila melihatkan kekemasan mereka menjalankan tugas2 yang diberi membanggakan mama kerana walaupun umur mereka sekitar 10 hingga 2 tahun.. (Yang 4 dan 2 tahun tak perlu dikira)..tetapi kekemasan dan teraturnya kerja2 mereka seolah2 seorang remaja yang melakukan tugasan tersebut..

Boleh menrik nafas lega bila melihat mereka cekap dan tidak kekok melakukan rutin yang selama ini mama lakukan.. Terima kasih anak2 kerna membantu mama dirumah...

Selepas selesai tugasan masa menonton tv atau bermain game akan diberi pelepasan ..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008