Terlintas di fikiran kali ni nak tulis mengenai mata pelajaran pula. Bila tengok Arrie dengan Iffa ulangkaji Matematik timbul persoalan ni. Susah Ke Matematik ni ?
Bila abah tanya Arrie, susah ke tidak - Dapat Jawab tak soalan periksa sebelum cuti tempoh hari. Katanya Senang, soalan sama macam dalam buku latihan tambahan yang abah beli. Arrie sempat check jawapan betul ke tidak.
Buku tahun 4, kami beli masa cuti akhir tahun lepas. Dah buat sampai habis walaupun masa tu belum belajar lagi kerana sesi persekolahan belum bermula. Macma mana Arrie dapat buat ? Jawab Arrie " ikut cara abah ajar". Kalau dirujuk cara jawab Arrie macam Metematik subjek mudah baginya dan boleh dapat A. Tapi bagi abah sedikit berbeza.
Kenapa ? Untuk mengajar dan mamahamkan pelajar tentang teori matematik bukan suatu yang mudah. Maknanya cikgu-cikgu di sekolah mesti mempunyai cara tersendiri, kreativiti dalam memahamkan pelajar. Tidak boleh bergantung hanya pada buku teks. Tu yang susah dan menjadi suatu cabaran buat guru-guru.Umpamanya untuk memahamkan Arrie tentang konsep pecahan. Kita perlu ambil sebiji limau dan potong 2. Separuh itu adalah 1/2. Potong 4 untuk 1/4 dan seterusnya. Setelah di memahami konsep barulah kita ajar cara tambah, tolak pecahan tersebut. Setelah pelajar tadi memahami konsep matematik, segala soalan berkaitan menjadi mudah.
Begitu juga dengan Iffa(tahun 2), untuk menerangkan konsep darab amat sukar. Pelajar akan hairan kenapa ada darab padahal hasil tambah beberapa kali. Kena guna bilah toothstick untuk menunjukkan konsep darab dari pertambahan banyak kali. Contoh : 4 + 4 + 4 bersamaan 4 X 3 = 12.
Bila kita telah memahami konsep tadi amat mudah untuk menjawab apa juga soalan berkaitan walaupun kelihatan begitu sukar. Sama konsepnya bila kita berlajar matematik di tahap yang lebih tinggi. Tingkatan 5 misalnya kita ada Kalkulus seperti Perbedaan (differentiation) atau kamiran (Intergration) . Jika kita sendiri tidak memahami kenapa ada perbedaan dydx bagaimana kita nak menjawab soalan seterusnya. Dari situ kita mula membenci subjek ni dan mula dapat keputusan merah.Untuk meminati Matematik amat perlu kepada kefahaman asas secukupnya. Bila sudah faham dan boleh digambarkan logiknya matematik ini barulah timbul minat dan ianya menjadi subjek yang paling mudah. Umpamanya Arrie memahami pecahan limau tadi pastinya dia akan menganggap Matematik suatu yang mudah dah subjek pilihan untuk skor.
Kesimpulannya untuk memahami konsep matematik memang susah, lebih-lebih lagi memberi kefahaman kepada orang lain TETAPI setelah kita faham pastinya ia menjadi subjek yang begitu mudah dan tak perlu berfikir banyak kerana semua jalan untuk menjawab telah sedia ada.
Nota: Kursus Matematik peringkat IPT tidak digalakkan dipilih untuk major course memandangkan pengalaman abah, ianya amat memeningkan kerana terlalu banyak teori penomboran. Matematik telah menjadi seperti belajar ilmu logik-Ada nombor ter-angkakan, ada nombor terbilangkan. Math bukan sekadar Kalculus, Trigonometri lagi...
0 comments:
Post a Comment