Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, March 28, 2011

Syubhah & Jalan keluarnya


Gambar - sekadar hiasan

Dalam kehidupan sehari-hari tidak dapat tidak, kita akan menghadapi banyak perkara syubhah dalam kehidupan. Adakah kita faham apakah itu syubhah dan mengapa kita perlu keluar darinya. Untuk memahami syubhah ini lebih baik kita merujuk hadis Nabi berikut:-

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram....... (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Dari hadis ini dapat kita simpulkan bahawa yang haram jelas haram dan yang halal jelas kehalalannya tetapi yang berada antara keduanya adalah yang syubhah. Syubhah ini perlu dijauhkan kerana dikhuatiri membawa kepada jatuhnya Haram atas suatu tidakan itu.

Untuk memahami syubhah dengan lebih mendalam ada baiknya disertakan contoh-contohnya. Judi, riba jelas keharamannya hendaklah dijauhi manakala jual beli halal selagi tidak melanggar syariat boleh diamalkan. Contoh lain, umpamanya dalam hal pemakanan. Arak, khinzir dan unsur-unsur dari keduanya jelas haramnya. Makanan yang halal seperti Nasi, ikan, sayur dan sebagainya yang jelas tiada pengharamannya boleh dimakan tanpa was-was. Perkara yang tidak pasti umpamanya extrak dari khindir, gelatin dari haiwan yang tak disembelih dan sebagainya yang tidak pasti akan kehalalannya perlu dijauhkan.
Jika kita tidak arif dalam urusan halal-haram ini serahkan kepada pihak berwajib menentukan. JAKIM umpamanya pihak yang arif tentang urusan pemakanan ini dan memberi logo halal pada setiap produk makanan. Maka rujukan Logo Halal ini adalah jalan keluarnya. Belilah dan makanlah setiap barangan yang berlogo halal. Tidaklah perlu kita kaji dan selidik dengan begitu detail kerana bukan lah bidang kepakaran kita. Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya.

Satu contoh lain bila kita menghadiri jemputan open house dari rakan sekerja bukan islam. Kita dihidangkan dengan juadah seperti ayam. Pastinya rasa ragu-ragu mula timbul maksudnya ada unsur syubhah dalam penyediaan makanan tersebut. Halal kah ? Sembelih tak ayam tersebut atau ketika masak ada bercampur khinzir, arak dan sebagainya yang haram ? Pastinya ada jalan keluar bagi situasi tersebut.

Caranya, tanyalah kepada rakan sekerja kita itu tentang status makanan kita itu. Biasanya masyarakat Malaysia telah memahami status halal ini dan mereka yang bukan islam akan memdapatkan dari sumber halal. Jika jawabnya " You jangan risau, catering ini I order dari orang Melayu". Bermakna makanan tersebut memang jelas halal dan tak perlu diragui lagi. Tidaklah perlu kita tanya siapa orang nya, dari mana ayam dibeli, siapa sembelih ayam tersebut dan sebagainya. Tindakan itu menyusahkan diri kita dan bukan dari anjuran Agama. Kita telah menunjukkan Islam begitu susah pada pandangan orang bukan Islam.

Perlu diingatkan juga walaupun Islam itu mudah bukan bererti kita ambil mudah dalam setiap perkara. Perkara syubhah perlu diselidiki dan ambil jalan keluar darinya. Baru-baru ini dengan takdir Allah kami(arriesfamily) bercadang untuk mengeluarkan caruman EPF untuk melangsaikan hutang rumah. Mama ingin mengeluarkan dari akaun 2 untuk membayar hutang rumah kami.

Terkejut juga kerana jumlahnya agak besar dalam RM5000 sedangkan mama hanya bekerja 3 tahun. Berlaku syubhah di sini kerana dikhuatiri ada wang orang lain termasuk atau tertambah dalam akaun mama. Walaupun syubhah hanya makruh (bukan Haram kecuali jelas keharamannya) tetapi perlu dicari jalan keluarnya.

Lebih meragukan lagi penyata tahunan 2010 ada tertulis syer pekerja dan majikan pada bulan Mei sebanyak 2 kali dalam lingkungan RM50. Adakah bermaksud ada kemasukan wang dari sumber yang tidak pasti samada kesilapan EPF sendiri atau ada syarikat yang membuat caruman walaupun mama telah tidak bekerja. Jalan yang terbaik adalah keluar dari syubhah tersebut.
Satu penyelasaian adalah dengan menghubungi pihak EPF sendiri dan minta sahkan akan status akaun tersebut. Pagi tadi mama telah menghubungi EPF dan menurut pegawai bertugas dari anggaran simpanan sejak tahun 2000 beserta dividen dan bonus memanglah jumlah keseluruhan seperti dalam penyata. Anggaran seperti berikut : Simpanan dalam tahun 2000 berjumlah dalam RM 10,000. Dikira anggaran 5% keuntungan (faedah) setiap tahun sebanyak RM 500/tahun maka pada akhir tahun 2010 menjadi jumlah dalam RM 16,000.

Dari penjelasan pegawai bertugas maka telah sah bahawa kenaikan dari RM 10,000 ke RM16,000 adalah dari jumlah tabungan termasuk faedahnya dalam 10 tahun. Oleh itu keraguan atau syubhah dari duit EPF tersebut telah terjawab dan duit sejumlah RM5000 dari akaun II adalah sebahagian dari jumlah keseluruhan simpanan. Maka tindakan mama menghubungi pihak EPF dan bertanya tentang status lebihan duit tersebut adalah suatu tindakan terpuji kerana mencari jalan keluar dari syubhah tersebut.

Kesimpulannya perkara-perkara syubhah ini perlu dijauhkan bagi kepentingan menjaga hati (Qalbu) dan menghilangkan segala syak dalam diri. Mencari jalan keluar dari syubhah adalah suatu sifat terpuji dan menggambarkan sifat tawaddu' telah ada dalam diri. Mencari jalan keluar bukanlah beerti kita menyelidik hingga ke akar umbi seperti kes bertanya tentang status makanan di majlis jamuan rakan sekerja bukan islam tadi.

Sifat terlalu memperhalusi bukanlah dari tuntutan Islam kerana Islam itu Mudah. Bukan pula beerti kita mengambil mudah. Makan ajalah tanpa memastikan status halal dan haram menunjukkan kita terlalu mengambil mudah dan itu amat tercela. . Oleh itu ambil jalan pertengahan dan itu yang sebaiknya.
Melanggar sesuatu yang telah jelas haram lebih tercela umpamanya RIBA jelas haramnya maka mengambil jalan perbankan syariah adalah suatu kewajipan dan bukannya satu pilihan.

Semoga arriesfamily dijauhkan dari perkara-perkara HARAM dan dapat keluar dari segala syubhah........


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008