Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, March 18, 2011

Kenapa mesti Sombong


Semalam masa berbicara dengan mama tersentuh bab sombong. Sombongnya manusia akan kekayaan harta dunia mereka. Di akhir zaman ini begitu ramai yang bersifat sombong hingga lupa harta kekayaan mereka adalah milik Allah semuanya dan Dia berkuasa menarik balik dalam sekelip mata sahaja.

Allah telah memberi amaran kepada mereka yang sombong ini.

Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]

Allah sangat benci dengan orang-orang yang sombong. Ada pula sebahagian dari golongan sombong ini yang memandang rendah kepada saudara, jiran dan rakan-rakan mereka. Mereka sanggup memalingkan muka dan memandang dengan pandangan hina kepada saudara se-agama mereka. Ingatan Allah untuk golongan ini:

Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman:18]

Nabi berkata bahwa seseorang itu, andai ada sifat sombong dalam jiwanya, sekalipun sedikit… niscaya dia tidak akan masuk syurga. Sekali pun rasa sombong cuma ada sebesar sebesar atom sahaja di dalam hati, maka itulah punca diri seseorang itu akan terhumban ke dalam neraka. Na’uzubillahi min zalik!.

Kenapa Nabi memberi ingatan seperti itu. Kerana telah sedia maklum setiap insan bernama manusia memang telah mempunyai sifat tersebut. Tetapi yang membezakan mereka ialah siapa yang boleh mengatasinya.

Dari Ibn Mas’ud r.a., dari Rasulullah Saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk syurga, seseorang yang di dalam hatinya ada seberat atom dari sifat sombong”. Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Saw: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakaiannya itu indah atau kasutnya juga baik”.

Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain” [HR Muslim]

Orang yang mahu terus-terus sombong di atas muka bumi ini, maka Allah ancam siksaan neraka atas dirinya! Jika kita melihat siksaan yang bakal ditanggung oleh mereka yang sombong ini amat berat. Telah siap disediakan azab yang bakal mereka tanggung.

Firman Allah SWT: (Dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min:76]

Semoga tazkirah yang ringkas ini dapat memberi kesedaran kepada arriesfamily dan sesiapa saja yang membacanya supaya dijauhkan sifat sombong tersebut. Ingatlah bahawa semua kekayaan kita itu adalah milik Allah dan ianya boleh diambil balik dalam sekelip mata sahaja. Jepun yang begitu moden lagi maju pun tidak dapat melawan takdir-Nya.....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008