Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Thursday, March 31, 2011

Dialah suamiku...




Sebenarnya entry ni sepatutnya di postkan pada bulan november tahun lepas pada hari ulangtahun perkahwinan kami. Tapi tak jadi nak postkan di sini tetapi berubah fikiran untuk menulis di blog satu lagi. Luahan ini setulus hatiku pada masa itu..


Oh yea..hari ni hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 10.. 10 tahun tu lama.. sampai paham sangat perangai masing2.. hidup rumahtangga ni ada pasang surutnya.. kejap baik, kejap masam, kejap tersengih2, kejap peluk2 minta maaf tergedik2 dan macam perangai yang bughok amat rupanya.. hehehe..

Dah 10 tahun anak pun dah masuk 5 orang..berbagai pengalaman pahit manis kami bersama.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..(sila nyanyi style P.Ramlee yea)..

Aku ni kategori cemburu.. nasib baiklah dapat suami yang agak pendiam.. mudah nak kawal rasa cemburu aku.. Aku x rela tengok suami melihat lama org lain.. nasib baik x pernah.. kalau tak entah kaler apa aku bertukar nanti.. aku tak suka..tak suka tak suka... tapi aku percaya suami aku ni.. sbb dia x kisah aku jawab telefon dia.. email dia pun aku tau passwordnya.. wallet dia takde, hal anytime aku leh selongkar..

Biasanya lelaki ni kalau ada sumthing yg dia hide.. semua benda dia tak kasi isteri sentuh.. tapi bukan suamiku.. aku percaya dia jujur... tengok cara dia melayan aku pun dah tau.. dia sayangkan aku.. dah 10 tahun.. masih lagi coling2 diwaktu bekerja.. sehari mau 10 kali telefon tanya itu ini..walau sibuk mana pun dia masih ingat kami di rumah..


Aku sayang dia, tanggungjawab dia kepada keluarga tak pernah dilupa.. dia ambil berat hati dan perasaan kami.. bila ditegur dia mudah menerima..apa jua kesalahanku dia dengan senang memaafkannya.. dia juga selalu mengungkapkan kata2 maaf bila aku terasa.. dialah suamiku.. pembimbingku.. dia juga yang menaikkan darjatku sebagai seorg wanita dengan menjadikan aku sebagai isterinya yang sah.. dia juga bapa yang baik kepada anak2ku.. Aku bersyukur dikurniakan suami sebaiknya...

Suamiku terima kasih diatas segalanya.. kasih dan sayangku kian utuh hari demi hari.. mama bahagia disampingmu...


***** Dah 4 bulan entry ini terperap disini, dah banyak kejadian yang kami lalui....

1 comments:

Suhaimi Ahmad on March 31, 2011 at 3:45 PM said...

sekali lagi abah inta maaf kalau ada apa2 yang menyentuh jiwa mama.
kadang2 abah tak persan mungkin sebab kita dijadikan berbeza. Wanita lebih sensitif dan mudah terasa.Lelaki pulak keras dan tak mudah sensitif pada sekitaran. Ada yg bijak merasai perubahan tapi mung kelemahan abah tidak peka.
Kadang2 org lelaki rasa macam benda kecil tapi wanita rasa amat bernilai. Abah minta maaf sepanjang 10 tahun lalu begitu banyak terlepas pandang. Macam tak hargai mama. InsyaAllah, inilah jalan kita dan abah akan terus bersama hingga ke akhirnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008