Sebuah Artikel dari Utusan On-line
Moga Bermanfaat.............PENDIDIKAN suatu proses berterusan daripada seorang anak itu dilahirkan sehingga ke liang lahad. Justeru, ibu bapa perlu memastikan mereka memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak.Islam sudah meletakkan kaedah yang baik boleh diikuti ibu bapa dalam mendidik anak-anak, antaranya:
- Didik anak makan dengan tangan kanan, baca Bismillah, mulakan dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya. Elak daripada memandang makanan dan orang yang sedang makan. - Jangan tergesa-gesa ketika makan. Kunyah dengan baik dan jangan masukkan makanan ke mulut sebelum habis yang ada di mulut. Suruh anak anda berhati-hati dan jangan sampai mengotori pakaian.
- Latih anak agar tidak bermewah-mewah dalam makanan supaya menimbulkan erti kesyukuran dengan apa yang ada. Usah makan terlalu banyak untuk mencegah daripada kebiasaan buruk, iaitu mementingkan perut saja. - Dahulukan orang lain dalam hal makanan dan latih dengan makanan sederhana serta tidak terlalu cinta dengan yang enak-enak.
- Didik anak memakai pakaian berwarna putih, bukan warna-warni dan bukan daripada sutera kerana ia hanya untuk wanita.
- Elak anak daripada berkawan dengan mereka yang suka bermegah-megah dan bersikap angkuh. Ini bagi mengelakkan anak anda dipengaruhi sifat buruk seperti suka berdusta, mengadu domba dan keras kepala.- Tanamkan anak cinta membaca al-Quran dan buku-buku, terutama di perpustakaan. Anak juga harus dibiasakan menghafal nasihat yang baik, sejarah orang soleh, mengasah jiwanya agar sentiasa mencintai dan mencontohi mereka.
- Jauhi anak daripada lagu cinta yang sekadar menuruti hawa nafsu kerana ia boleh merosakkan jiwa dan hati.- Jika anak melakukan perbuatan terpuji dan akhlak mulia, usah segan memujinya atau memberi penghargaan. Jika anak anda melakukan kesalahan kali pertama, usah hebohkan kepada orang ramai, sebaiknya berinya nasihat secara baik.
- Seorang ayah hendaknya menjaga kewibawaan dalam berkomunikasi dengan anak. Jangan kasar ketika berbual, berbincang secara hormat.
- Elak anak daripada tidur pada siang hari kerana boleh menyebabkan sifat malas (kecuali benar-benar perlu). Sebaliknya, pada waktu malam, biarkan anak tidur dan jangan paksa dengan aktiviti lain.- Jangan sediakan anak tempat tidur mewah kerana boleh mengakibatkan badan menjadi terlena dan hanyut dalam kenikmatan. Ini dapat mengakibatkan sendi menjadi kaku kerana terlalu lama tidur.
- Larang anak daripada membanggakan apa yang dimiliki orang tuanya, pakaian atau makanan di hadapan teman sepermainan. Biasakan bersikap tawaduk, lemah-lembut dan menghormati teman.
- Jauhkan anak daripada kebiasaan meludah di tengah majlis atau tempat umum, membuang hingus ketika ada orang lain, membelakangi sesama muslim dan banyak menguap.
- Ajari anak duduk di lantai dengan bertekuk lutut atau dengan menegakkan kaki kanan dan menghamparkan yang kiri atau duduk dengan memeluk kedua-dua punggung kaki dengan posisi kedua lutut tegak. Itulah cara duduk yang dilakukan Rasulullah (saw).
- Cegah daripada banyak berbicara, kecuali yang bermanfaat atau berzikir kepada Allah.- Elak anak daripada banyak bersumpah, baik sumpah benar atau dusta agar hal itu tidak menjadi kebiasaan.
- Anak juga harus ditegah mengeluarkan perkataan keji seperti melaknat atau mencaci maki. Jangan bergaul dengan orang yang suka melakukan perbuatan itu.
- Terapkan anak dengan jiwa berani dan sabar. Puji jika bersikap demikian, sebab pujian akan mendorongnya untuk membiasakan hal berkenaan.
- Jika anak mencapai usia tujuh tahun, perintahkannya bersolat dan jangan dibiarkan meninggalkan wuduk. Cegah dia daripada berdusta dan khianat.
- Biasakan anak mentaati orang tua, guru, pengajar dan mereka yang lebih tua. Ajarkan agar memandang mereka dengan penuh hormat.