Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Wednesday, October 29, 2008

Gambar kami masa baby



Ini gambar arrie sewaktu baby. Umur arrie pada waktu nie lebih kurang dalam 4 bulan. Agaknyala..mama pun kurang ingat. Tapi yang paling mama ingat arrie waktu ni berat dalam 6 kg. Memang berat tiap kali mama dukung mesti mengah. Tiada perasaan selain dari perasaan gembira sewaktu dapat melahirkan arrie ke dunia. Mama ambil masa lebih 14 jam menahan sakit bersalin maklumlah arrie anak pertama dan kandungan pun agak besar iaitu 3.5kg.


Add Image Ini gambar Iffa Alwani adik arrie no 2. Gambar nie dirakam ketika umur Iffa 7 bulan. Bentuk muka Iffa lain sikit dengan Arrie, bujur sireh, bulu kening lebat n susuk tubuh pun lebih kecil. Pengalaman mama sewaktu melahirkan Iffa lebih mudah berbanding Arrie. Mama hanya ambil masa dlm 3 jam aje, mungkin sebab jarak kelahiran dekat kot sebab waktu mama lahirkan Iffa arrie berusia 1 tahun 3 bulan. Kesian Arrie kecik2 lagi dah ada adik baru. Mama lahirkan Iffa di hosp Kuala Nerang kampung halamn abah.

Haa ni gambar Ammar Hanania adik Arrie no 3. Gambar ni dirakamkan waktu Ammar berusia 4 bulan. Comelkan? Ammar waktu kecil memang selalu menarik perhatian orang yang melihat tak kira Cina, India, Melayu mahupun Indon.Pengalaman mama masa bersalinkan Ammar lak mama terpaksa di masukkan wad ICU orang bersalin selepas melahirkan Ammar. Kerana masalah jantung. Alhamdullillah selepas 5 hari mama dibenarkan balik. Uniknya tarikh hari lahir Ammar iaitu 1 January 2005 masa tu orang gembira menyambut tahun baru tapi mama pulak sakit nak bersalin.

Haa nie gambar anak mama yang paling kecik buat masa nie, Irdina Athirah. Adik Arrie no 4. Memang disayangi oleh ahli keluarga kerana keletahnya yang periang. Mama lahirkan Dina di hosp Tengku Ampuan klang macam Arrie dan Ammar. Diwaktu mama menulis Dina sudah pandai jalan dan bercakap sikit2.

Sekian sahaja buat masa nie lain kali kalau mama ada masa mama akan menulis lagi kenangan2 sewaktu anak2 mama membesar. Inilah kenangan terindah mama sewaktu mama mendidik dan mengasuh kamu semua. Semoga anak2 mama membesar akan menjadi orang yang mama harapkan. Mama sayangkan kamu semua. Memang di dalam perjalan dalam membesarkan kamu semua kadangkala mama menjadi hilang kawalan ketika kamu nakal. Mama mintak maaf kalau mama ada mengasari kamu semua. Ini kerana mama sayangkan anak2 mama dan mama mahukan melakukan yang terbaik agar didikan anak2 mama tidak terabai.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008