

Mama asyik mendengar kata2 aluan dari guru besar sekolah SK Sijangkan Jaya. Dina sempat melemparkan senyuman ke arah kamera.

Nampak tak Arrie yang sedang memakai songkok hitam sambil mendongakkan kepala. Waktu ni cikgu sekolah sedang memberi taklimat kepada murid tahun satu, mungkin Arrie kebosanan agaknya kerana tak memahami satu apapun yang dikatakan guru tersebut.


Kami sempat merakamkan detik selepas waktu persekolahan Arrie di sekolah. Mama harap Arrie berusaha bersungguh2 dalam menuntut ilmu agar masa depan Arrie terjamin. Kami tiada harta untuk diberikan selepas peninggalan mama dan abah kelak kecuali ilmu yang dapat meneruskan hidup Arrie di masa depan. Semoga Arrie berjaya.Sekiranya Arrie berjaya nanti jangan abaikan adik2 sentiasa membantu adik2 yang lain kerana Arrie abang yang sulung. Jangan sombong dan perlu sentiasa merendah diri kerana kita kena ingat kita tak selalu berada diatas.
0 comments:
Post a Comment