Minggu lepas kami menghabiskan hujung minggu kami menziarahi buyut (moyang) di Labis. Inilah masanya kami mengunjungi sanak saudara yang jarang2 kami bertemu. Maklumlah sewaktu dudk di Klang jarang balik ke kampung.
Sampai sahaja di kampung mama melihat Nek Zimah sibuk memasak manakala buyut pula sedang menggoreng karipap tempahan orang. Sedap betul karipap buyut, buyut masak lebih kerana "Cucunya nak datang, nenek masak lebih sikit.." Begitulah kata2 buyut kepada mama.
Buyut asyik berbual dengan mama sehingga tak sedar abah sedang ambil gambarnya.
Letih agaknya buyut, sehingga tertidur...
Layan Astro dulu sebelum balik...
Lain kali bila hujung minggu kita pergi lagi melawat buyut.
0 comments:
Post a Comment