Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Sunday, May 22, 2011

Selamat hari lahir Syirah..


Selamat hari lahir Syirah.. Sekejap je masa berlalu sedar tak sedar dah dua tahun Syirah menghiburkan kami, gelak ketawa Syirah hiburan buat kami sekeluarga. Seleuruh keluarga ini begitu menyayangi Syirah. Bila Syirah tidur masing2 terjenguk2 bilik menunggu Syirah bangun dari tidur untuk bermain2 bersama anak2 yang lain.

Syirah begitu disayangi kerana dialah yang paling muda buat masa ini. Kami asuh anak2 yang lain supaya saling sayang menyayangi.. Kasihan mengasihani.. bertolak ansur, berkongsi apa yang boleh dikongsi agar mereka akrab sesama mereka..

Alhamdulillah, sekarang anak2 kami bila salah seorang tidur rumah nenek atau tiada di rumah yang lain2 akan mengeluh boring dan menyatakan kesunyian apabila salah seorang tiada atas urusan.. Begitu juga mama dan abah bila salah seorang anak2 tiada di rumah lain sangat yang kami rasai.. dan selalu juga mama meluahkan rasa yang mama bersyukur dikurniakan anak yang ramai.. tak pernah rasa kesunyian walaupun kadangkala agak tertekan dengan bunyi yang bising tak henti2 tapi itulah muzik bagi kami.. muzik yang tidak ternilai harganya..

Syirah suka makan cup cake yang mama buat.. Bukan syirah je abang2 kakak2 pun gembira jugak...Bergambar bersama abang arrie yang sangat2 sayang dengan Syirah.. 

Inilah anak2 kami yang sangat kami kasihi.. semoga mereka membesar menjadi seseorang yang berjaya dunia dan akhirat menjadi hamba Allah yang begitu taat dan patuh pada perintahNya dan menghormati dan menyayangi kami sebagai ibubapa mereka seluruh hayat mereka.

Bergambar kenangan bersama besday girl.. abang arrie tak nak mengalah asyik nak bergambar dengan Syirah je..

Abah yang turut membantu dalam penyedian cup cake malam tadi.. Terima kasih abah atas segalanya.. kami sayang abah...




Selamat hari lahir yang ke 2 tahun untuk puteri kami yang tersayang, Insyirah Afiqah. Mama dan abah akan cuba memberikan didikan yang terbaik dan kasih sayang yang secukupnya dalam membesarkanmu. Ya Allah kau limpahkan rahmatmu kepada permata kami ini, berikanlah dia kesihatan yang baik sepanjang masa, kau panjangkanlah usianya, kau m...urahkan rezeki kepadanya, kau permudahkan urusannya di dunia dan jua akhirat, kau jauhkanlah dia dan anak2ku yang lain daripada orang2 yang zalim, terangkanlah hati mereka, semoga mereka sentiasa berada dalam hidayahmu.Jadikanlah anak2ku anak yang soleh dan solehah. Amin.

2 comments:

Suhaimi Ahmad on May 23, 2011 at 11:08 AM said...

Abah xlah tolong sangat. Tolong makan je....
Setakat picit krim tu sapa pun boleh.
Terima kasih tak terhingga patut diberikan buat mama yg bertungkus lumus menyiapkan kek tu.
Hppy birthday atiya....

ieda on May 23, 2011 at 2:57 PM said...

Atiya tengah sibuk menyapu rumah .. sambil meraung2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008