Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, May 9, 2011

Tajdid dalam Fiqh Harian



Hari minggu lalu sempat mentelaah buku ibadat sekolah agama Iffa untuk darjah 2. Iffa akan menduduki peperiksaan minggu ini. Sukatan silibus pastinya dari fiqh Syafi'e. Artikel ni bukan bertujuan mempertikaikan kaedah ijtihad Imam besar Syafi'e dan alirannya tetapi membuka minda untuk memahami tajdid.

Jika ditinjau dari segi Fiqh Syafi'e memang banyak urusan yang begitu ketat umpamanya bab taharah. Dari Nota buku teks darjah 2 tersebut pelajar dimestikan memahami dan menghafal jenis-jenis air seterusnya hukum tiap jenis tersebut. contohnya air muthlak iaitu air yang suci lagi menyucikan. Hukumnya adalah suci lagi sah untuk bersuci dan tiada makhrun.

Air musyammas pula air yang terjemur pada matahari yang terletak dalam bekas besi yang boleh berkarat. Hukumnya sah untuk bersuci tetapi makhruh. Itu baru 2 jenis belum lagi air mustakmal, dan air mutanajis. Ini adalah ijtihad dari Imam Syafi'e dan kita menghormatinya.
Bukan tujuan artikel ini mempertikaikan taqlid kita sebagai pengikut mazhab beliau. Cumanya sekadar berkongsi kesimpulan dari perbincangan dengan isteri tercinta bahawa pendetailan ini agak menyusahkan. Pelajar terpaksa menghafal setiap istilah dengan betul untuk mendapat markah penuh. Kena jawab suci lagi menyucikan. Sah untuk bersuci dan sebagainya.

Dalam bab najis pula, lebih detail di mana pelajar terpaksa menghafal 3 jenis najis, mughallazah, mutawashitah & mughoffafah. Kena hafal erti setaip pembahagian dan cara menyucikannya. Bila disebut berkenaan najis berat tadi (Mughollazah) masyarakat kita begitu sensitif kerana sekian lama perpegang dengan pendapat Imam Syafie ini. Kena sertu (cuci dengan air 6 kali dan 1 kali air bercampur tanah).

Sedangkan bab kenajisan anjing dan babi ini masih khilaf. AQ menyebut haram memakan daging babi :
Katakanlah wahai Muhammad: Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepada-Ku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan benda itu bangkai, atau darah mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor (al-Anam: 145).

Imam Malik berpendapat daging babi haram dimakan tetapi badannya suci ketika hidupnya. Kedudukan hukumnya samalah dengan beberapa jenis haiwan yang haram dimakan dagingnya seperti harimau, gajah dan sebagainya.

Menurut beliau lagi, ayat-ayat al-Quran hanya menjelaskan babi haram dimakan dagingnya, tetapi tidak pula menyatakan najis. Imam Nawawi daripada mazhab Syafie juga mengakui, tidak ada dalil jelas menunjukkan babi itu najis.

Sertu hanya perlu bagi jilatan anjing sebagaiamana hadis dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda bersabda:

طهور إناء أحدكم إذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مات أولاهن بالتراب

Maksudnya: Sucinya bekas air seseorang kamu apabila dijilat oleh anjing ialah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, yang pertamanya dengan tanah.
( Hadis sahih riwayat Muslim, Abi Dawud, Ibn Khuzaimah dan Dar Qutdni)

Imam Syafie menggunakan Qias untuk jilatan anjing ini dan berijtihad wajib sertu untuk babi juga. Pendapat ini lah yang sekian lama diguna pakai di Malaysia sehingga kita begitu rigid kepada 2 najis mughollazah ini.

Perkataan najis (kotor/najis/jijik) dalam surah al-Anam: ayat 145 yang merujuk kepada daging babi, tidak menunjukkan dengan jelas najis itu bersifat `aini atau najis yang tidak boleh disucikan lagi, kerana najis boleh dikatakan juga sebagai najis hukmi sahaja, seperti najis kafir musyrik yang disebut dalam firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya orang kafir musyrikin itu najis (al-Taubah: ayat 28).

Tiada sesiapa pun kalangan ulama berpendapat kafir musyrik itu sebagai najis `aini, sebaliknya berpendapat hanya najis hukmi atau najis i'tiqad (kepercayaan) sahaja. Mengapa najis babi tidak boleh dianggap sebagai hukmi, dengan alasan dagingnya haram dimakan.

Ekoran mazhab Malik yang berpendapat babi itu suci, tidak timbul lagi hukum wajib membasuhnya tujuh kali seperti najis anjing, malah jarak antara dua mazhab Malik dan Syafie agak begitu jauh.

Ini menunjukkan keluasan hukum Fiqh dan setiap pendapat mempunyai hujahnya tersendiri berdasarkan dalil-dalil yang kuat. Berbalik kepada silibus sekolah agama tadi mungkin untuk mengelakkan pelajar lebih konfius dengan pelbagai pendapat maka ianya tetap pada satu sahaja.
Kaedah sertu yang biasa diamalkan

Tetapi yang menjadi masaalahnya penerimaan masyarakat tentang keterbukaan fiqh yang luas masih ditahap yang lama kerana telah biasa dengan pendapat Syafi'e yang begitu ketat ini. Mereka lebih suka sertu setiap pelusuk rumak bila dimasuki anjing walaupun itu bukanlah satu tuntutan Agama.

Disinilah perlunya tajdid dalam fiqh harian dimana kita membawa perubahan terhadap amalan harian. Perlu diingatkan perubahan mestilah berlandaskan AQ dan Sunnah dan dari sumber yang sohih.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008