Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, February 27, 2009

Anak berbohong?


Dalam mendidik anak kita sering kali mengabaikan cara didikan yang betul. Seringkali kita mengambil sikap endah tak endah apabila anak2 kecil berbohong walaupun kita sedari contohnya kadangkala diwaktu makan semasa berbual2 dengan anak2 kerap kita mendengar cerita yang kurang lojik tetapi kita ambil sikap ketawa dan mengiyakannya dengan alasan untuk menggalakkan anak2 itu bercerita.

Memang benar kita perlu sentiasa berbual agar mereka cenderung dalam melahirkan idea tetapi apabila ianya seakan2 berbohong untuk mengambil perhatian ibubapa seharusnya kita menegur dan melarang anak itu berbohong kerana ianya akan memakan diri anak itu sendiri dan ianya juga bertentangan dengan ajaran islam.

Dalam kehidupan seharian sebagai ibu sudah semestinya kita lebih mengenali sikap dan sifat anak kita seringkali kita cuba menyampaikan mesej bahawa sikap tertentu anak itu harus diubah sebaliknya jarang kata2 kita didengari oleh pasangan. Sehinggakan sikap anak kita yang sering berbohong terbawa2 sehingga usia persekolahan.

Tidak dinafikan perasaan terkilan, kecewa dan marah apabila kita cuba sampaikan kerisauan kita dalam menangani sikap buruk anak2 tetapi diambil tak kisah oleh pasangan akhirnya mengikut kata hati mengajar anak itu dengan cara kekerasan. Apa yang kita mahu ialah teguran dari kedua belah pihak suami dan isteri dengan memberitahu dengan cara yang elok bahawa sikap bohong itu adalah sifat yang tercela walaupun anak itu tak memahami sepenuhnya bukannya mengikut rasa amarah..

Sudah semestinya kita sebagai ibubapa perlu berbaik sangka dengan anak2 tetapi janganlah sampai kita juga terlepas pandang dalam mengekang sifat 2 yang tak baik sedang menguasai diri anak itu.

Banyak perkara yang perlu kita latih di dalam diri anak2 seawal usia teguran perlu di lakukan tanpa memikirkan peringkat usia kerana ianya lebih mudah dipraktikkan berbanding membiarkan sehingga keperingkat tertentu minda anak2 itu sudah terbiasa akhirnya pabila kita cuba mengubah, anak itu sukar untuk menerimanya.

Abdul Malik Bin Marwan berpesan kepada pendidik anaknya :
“Ajarilah dia berkata jujur sebagaimana engkau mengajarinya al qur’an. Bimbinglah ia menuju akhlak yang terpuji dan indah. Ajaklah ia duduk bersama orang-orang besar, terhormat dan memiliki ilmu pengetahuan. Jangan biarkan ia dekat dengan orang-orang rendahan, tidak berbudi dan tidak berilmu, sebab perangai mereka cukup membahayakan. Hormati ia di tempat ramai. Caci dan marahi ia ditempat sepi. Jika ia berbohong, maka pukullah, sebab kebohongan akan akan menggiring dia pada kejahatan. Sedangkan kejahatan akan menjerumuskannya pada api neraka“.

Rasulullah Saw bersabda :
Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dari tempatku di hari kiamat, ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dari tempatku di hari kiamat, ialah orang yang cerewet, suka membual dan omong besar (bercakap bohong) :-(HR Tirmidzi )



Ada beberapa faktor menyebabkan anak2 berbohong (Di ambil dari Kosmo-online)

Takut

Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.

Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.

Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

Tabiat

Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.

Meniru

Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.

PERLUKAH KITA MEMBERI HUKUMAN?

Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.

1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.

2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.

3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"

Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.

Ingatlah bahawa masa depan anak2 bukan khayalan sebagai ibubapa kita perlu serius dalam mendidik anak.

Wallahualam.



2 comments:

Suhaimi Ahmad on February 27, 2009 at 5:39 PM said...

Artikel yang hebat dan memberi keinsafan.
Tahniah buat mama yang mampu memberi tunjuk jalan yang terbaik...
Iffa, maafkan kesilapan abah dalam mendidikmu.

Anonymous said...

He he he...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008