Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, February 28, 2011

Ya Allah berilah kekuatan....


Kadang dalam mengepalai rumahtangga aku tewas.
Gagal untuk menjadi contoh ikutan yang baik.
Kadang2 aku marahkan anak2 berlebihan.
Kesalahan yang sedikit tapi aku tinggikan suara. jerkah, tengking..
Abah apakah aku ini ?
Iffa sekadar tidak dapat membaca bacaan dalam solat dengan baik (doa iftitah, tahiyyat..), aku marah.
Tegur tu perlu tapi tinggikan suara tu yang tak sepatutnya. guna rotan lagi.

Arrie gaduh ngan Ammar, Budak2 biasalah mana pernah diam. Aku marah lagi, naik angin pukul dengan kain. Arrie nangis, sakit agaknya..
Ammar meragam dalam kereta berebut roti, aku marah lagi..
Jerkah suruh diam dan halau dia keluar dari kereta.. Ammar baru 6 tahun menangis teresak2 kat bus stop.
Semalan ke Muar, berlaku salah faham tak jadi jumpa pesakit di Hospital. Dia dah keluar...
Salah aku la kerana tak pastikan betul2 masih ada di hospital atau tidak.
Marah lagi, tinggikan suara dengan mama..
Abah apakah aku ini, dalam 2 hari banyak kesalahan aku lakukan.

Ya Allah begitu lemah hambamu ini.
Sesungguhnya insan yang paling kuat ialah orang yang mampu melawan kemarahannya..
Aku malu dengan anak2 semua juga mama. Aku tewas lagi..
Perkara yang kecil pun tak boleh nak atasi kemarahan. Pukul lagi, rotan, jerkah,..

“Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Ya Allah berilah kekuatan untuk aku mejadi orang yang terbaik itu...

Thursday, February 24, 2011

Kebahagiaan yang tak boleh ditukar ganti....


Antara rentetan gambar2 yang mama tangkap di cameron highlands hari tu, gelagat abah melayan ragam Insyirah membuatkan mama tertarik mdngabdikannya.. anak2 begitu manja dengan abahnya..walaupun kadangkala abahnya agak garang tetapi anak2 suka tidur bersama abahnya.. kenapa ek..? Sebab mama lebih 'garang' banding abahnya kot...NGAummm!!!












Cuba tengok..sweettt je kan... Semua orang melakukan kesalahan dalam menjalani kehidupan lebih2 lagi mama yang dah terlalu banyak dosa.. namun mama berharap agar kasih sayang yang terjalin selama kita berumahtangga dapat diperkukuhkan lagi di masa2 yang mendatang... Kami sayangkan abah... mama sayang...sangat ngan abah...

 

Anak2 kecilku...hmmm rasa macam nak freezekan je dis moment..


Sempat lagi berposing maut..hehehe

Kunjungan keluarga Kak Nab


Sukanya hati kami bila dapat berita yang Kak Nab nak datang bercuti 2,3 hari di Johor. Khabar gembira ini disampaikan oleh Naim anak Kak Nab. Sempat la jugak kami bawa mereka jalan2 ke zoo johor... hehe boring je kan takde tempat lain ke .. zoo jugak yang kami bawak.. tapi ni bukan zoo sebarang zoo tau ni zoo yang belum  pernah kami pi... hehehe so layan je la gambar2 yang menarik dan tertarik ni yea...

P/S: Kejadian ini berlaku pada bulan disember 2010..(Sila baca macam nada pembaca berita)..


Bila tengok balik gambar ni... rasa macam... eee bestnyer...





Banyak lagi gambar sebenarnya tapi nanti bila mama ada masa mama akan upload lagi yeak.. ada Syirah dah bising tu.. chaiyok!!!

Ya Allah Ampunkan Aku..



Ya Allah begitu berat ujianmu kali ini.
Uku insan yg lemah, tidak mampu menghadapinya tanpa bantuanMu.

Aku berdosa bagi keluargaku dan memang patut aku dihukum.
Aku patut dibenci, aku patut dikeji kerana kesalahanku..
Bapa apakah aku ini
Gagal menjadi ikutan contoh dan teladan keluarga.

Aku malu Ya Allah, aku malu dengan kesalahanku.
Aku malu kerana mengecewakan isteri dan anak2ku

Kiranya mereka tidak memaafkanku.....
Aku redha Ya Allah.
Sesungguhnya siksaan di dunia ini tidaklah seberapa dibandingkan di sana nanti. Na'uzubillah...

Untuk mama dan anak2, sekali lagi maafkan abah.
Andai ada sedikit ruang kemaafan biarlah abah menumpangnya di situ.....

Monday, February 21, 2011

Sejuta kemaafan dr mama and anak2


2 hari lepas abah telah melalukan satu dosa yang pastinya meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan kita.
Abah selalu melarang arriesfamily dari membuang masa berchatting dan sebagainya.
Tapi abah sendiri melakukannya. Abah apakah aku ini ?

Abah dengan ikhlasnya memohon maaf dari semua isi keluarga terutamanya mama tercinta kerana telah melukakan hati mama.
Abah tidak sepatutnya melakukan suatu yg telah disepakati tertolak sebagai amalan keluarga.

Berilah abah peluang membetulkan keadaan dan kita bina semula kebahagiaan yg kita impikan.

Abah amat menyesal kerana gagal menjadi contoh teladan yg baik untuk arriesfamily kerana tidak mempraktikkan apa yg patut abah buat.
Abah sepatutnya menjadi contoh yg baik untuk anak2 semua tetapi berlaku sebaliknya.
Ya Allah ampunkan aku..
Keampunan Allah mesti dr kemaafan manusia yg dizalimi atau disakiti.
Sekali lagi abah memohon kemaafan dari mama dan sekeluarga. Maafkan kesilapan abah ini dan berilah peluang abah membetulkannya semula.

Abah bertekad akan kembali seperti saat mula2 diijabkabulkan dahulu dimana kita (abah dan mama) sentiasa bersama memcari ilmu.
Banyak kaset2 ustaz Shamsuri menjadi panduan dan rujukan.
Banyak buku2 agama sebagai rujukan.
Banyak kuliah2 agama yg dihadiri.
Banyak konsert nasyid yg ditontoni...

Sesungguhnya abah merindui semua itu.
Masih teringat lagi, kita bersama2 ke ceramah ustaz Ahmad Dasuki, Arrie di kala itu baru 1 tahun lebih tapi mama telah berbadan dua.
Dalam kepenatan kita mampu menghadirinya.
Begitu tabah mama bersusah payah dengan perut yg besar bersama anak yg lincah.
Demi secebis ilmu, kita sanggup menghadapinya.....

Mama,
Abahlah punca segala kelemahan dan kekurangan keluarga ini.
Kemana menghilangnya 'haibah' dari seorang ayah.
Abah dulu dihormati mama, kini umpama seorang yg tak bernilai.
Anak2 juga tidak akan menghormati abah kiranya terus terusan dalam keadaan begini.
Dulunya kita hanya menonton berita & mendengar IKIM.
Lagu2 hanya dari kumpulan nasyid.

Kenapa kini rumah kita dipenuhi segala jenis hiburan melampau.
Siapakah yg membawa masuk kalau tidak abah orangnya.

Sesungguhnya manusia mudah menghadapi ujian kesusahan tetapi gagal dalam ujian kesenangan. Dengan sedikit kesenangan kita lupa. Abah mula membeli alatan yg tak perlu ke dalam rumah.
TV 29 inc' memadai ditukar LCDTV 40 inc'. Astro penuh dengan hiburan
Bukankan itu membuka ruang hiburan melampau.
Tak cukup dengan itu ditambah set home theter yg menggegarkan rumah2 jiran.
HD player dicampur movie yg melalaikan.
Lagu mengulit dan mendayu....Dari Rock, ballad, RnB hinggalah Metal.
SIAPAkah yang membawa masuk semua itu...??

Abahlah orangnya. Tidakkah zalim abah ini ?
Membawa segalanya ke rumah dan mengharapkan keberkatan.
Bagaimana nak perolehi barakah wa rahmah jika rumah yg sentiasa penuh dengan hiburan.

Mama, Arrie, Iffa, Ammar, Dina, Syirah
Maafkan abah..

Abah amat terkejut bila tanya Iffa - Doa iftitah, terkebil-kebil membacanya
Bila cerita raja lawak, klik, halimah jongang semua diingatnya.
Kenapa ini berlaku. Jawapannya kegagalan abah dalam mengepalai keluarga.
Masakan kelemahan anak terjadi sendiri. Mereka kan dijadikan fitrah - suci dari segala kekotoran. Kitalah yang mewarnai mereka..Kitalah yg mencorak mereka menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani.

Mama sesungguhnya mama menegur abah tentang kesilapan ber'chatting' amat abah hargai. Sesungguhnya teguran itu amat bernilai dari seorang isteri yg abah sayangi.

Kini abah sedar tanpa nakhoda yang baik tidak mungkin isi rumah itu akan sempurna.
Maafkan abah.....
Berilah peluang abah memulakan semula seperti di awal perkahwinan kita.
Abah amat merinduinya.....
Moga kita sama2 diberi kekuatan dalam menempuh ujian hidup mendatang........Amin.

Dosa-Dosa & Facebook


Dalam dok belek2 Zaharuddin.net terjumpa artikel berkenaan FB. Walaupun FB memberi kebaikan dlm mengeratkan silaturrahim tetapi nampaknya lebih keburukan dr kebaikan.
Mengambil kias dr arak yg juga membawa kebaikan tetapi lebih keburukan.
Dengan ini, atas persetujuan arriesfamily - semua akaun FB arriesfamily dibekukan.

Kami juga memohon maaf kepada rakan2 dan sedara kiranya keputusan ini agak drastik dan tidak dipersetujui oleh lainnya..
Perbezaan pendapat adalah perkara biasa....ma'assalamah..
Link artikel :-
http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=930

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Mei 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008