2 hari lepas abah telah melalukan satu dosa yang pastinya meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan kita.
Abah selalu melarang arriesfamily dari membuang masa berchatting dan sebagainya.
Tapi abah sendiri melakukannya. Abah apakah aku ini ?
Abah dengan ikhlasnya memohon maaf dari semua isi keluarga terutamanya mama tercinta kerana telah melukakan hati mama.
Abah tidak sepatutnya melakukan suatu yg telah disepakati tertolak sebagai amalan keluarga.
Berilah abah peluang membetulkan keadaan dan kita bina semula kebahagiaan yg kita impikan.
Abah amat menyesal kerana gagal menjadi contoh teladan yg baik untuk arriesfamily kerana tidak mempraktikkan apa yg patut abah buat.
Abah sepatutnya menjadi contoh yg baik untuk anak2 semua tetapi berlaku sebaliknya.
Ya Allah ampunkan aku..
Keampunan Allah mesti dr kemaafan manusia yg dizalimi atau disakiti.
Sekali lagi abah memohon kemaafan dari mama dan sekeluarga. Maafkan kesilapan abah ini dan berilah peluang abah membetulkannya semula.
Abah bertekad akan kembali seperti saat mula2 diijabkabulkan dahulu dimana kita (abah dan mama) sentiasa bersama memcari ilmu.
Banyak kaset2 ustaz Shamsuri menjadi panduan dan rujukan.
Banyak buku2 agama sebagai rujukan.
Banyak kuliah2 agama yg dihadiri.
Banyak konsert nasyid yg ditontoni...
Sesungguhnya abah merindui semua itu.
Masih teringat lagi, kita bersama2 ke ceramah ustaz Ahmad Dasuki, Arrie di kala itu baru 1 tahun lebih tapi mama telah berbadan dua.
Dalam kepenatan kita mampu menghadirinya.
Begitu tabah mama bersusah payah dengan perut yg besar bersama anak yg lincah.
Demi secebis ilmu, kita sanggup menghadapinya.....
Mama,
Abahlah punca segala kelemahan dan kekurangan keluarga ini.
Kemana menghilangnya 'haibah' dari seorang ayah.
Abah dulu dihormati mama, kini umpama seorang yg tak bernilai.
Anak2 juga tidak akan menghormati abah kiranya terus terusan dalam keadaan begini.
Dulunya kita hanya menonton berita & mendengar IKIM.
Lagu2 hanya dari kumpulan nasyid.
Kenapa kini rumah kita dipenuhi segala jenis hiburan melampau.
Siapakah yg membawa masuk kalau tidak abah orangnya.
Sesungguhnya manusia mudah menghadapi ujian kesusahan tetapi gagal dalam ujian kesenangan. Dengan sedikit kesenangan kita lupa. Abah mula membeli alatan yg tak perlu ke dalam rumah.
TV 29 inc' memadai ditukar LCDTV 40 inc'. Astro penuh dengan hiburan
Bukankan itu membuka ruang hiburan melampau.
Tak cukup dengan itu ditambah set home theter yg menggegarkan rumah2 jiran.
HD player dicampur movie yg melalaikan.
Lagu mengulit dan mendayu....Dari Rock, ballad, RnB hinggalah Metal.
SIAPAkah yang membawa masuk semua itu...??
Abahlah orangnya. Tidakkah zalim abah ini ?
Membawa segalanya ke rumah dan mengharapkan keberkatan.
Bagaimana nak perolehi barakah wa rahmah jika rumah yg sentiasa penuh dengan hiburan.
Mama, Arrie, Iffa, Ammar, Dina, Syirah
Maafkan abah..
Abah amat terkejut bila tanya Iffa - Doa iftitah, terkebil-kebil membacanya
Bila cerita raja lawak, klik, halimah jongang semua diingatnya.
Kenapa ini berlaku. Jawapannya kegagalan abah dalam mengepalai keluarga.
Masakan kelemahan anak terjadi sendiri. Mereka kan dijadikan fitrah - suci dari segala kekotoran. Kitalah yang mewarnai mereka..Kitalah yg mencorak mereka menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani.
Mama sesungguhnya mama menegur abah tentang kesilapan ber'chatting' amat abah hargai. Sesungguhnya teguran itu amat bernilai dari seorang isteri yg abah sayangi.
Kini abah sedar tanpa nakhoda yang baik tidak mungkin isi rumah itu akan sempurna.
Maafkan abah.....
Berilah peluang abah memulakan semula seperti di awal perkahwinan kita.
Abah amat merinduinya.....
Moga kita sama2 diberi kekuatan dalam menempuh ujian hidup mendatang........Amin.
Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...
online
Monday, February 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment