Hari ini masuk hari yang kelima kita umat Islam di dunia berpuasa.. hari ke 5 Ramdhan bulan yang penuh berkah.. hari yg ke 5 Arrie dan Iffa berpuasa penuh.. Alhamdulillah... Ammar baru dapat 2 hari berpuasa dan hari ini dia masih cuba berpuasa namun sebaik tiba di rumah selepas habis sesi persekolahan dia mula menyuarakan hasrat hatinya.."Ammar nak puasa pagi dengan petang je.. tengahari x nak boleh tak mama...?" Mama terpaksa col abah untuk memujuk Ammar...
Hari2 mama cuba masak makanan yang mampu manaikkan selera keluarga.. cuba masak dengan kepelbagaian jenis makanan seronok tengok anak2 sukakan masakan yang disediakan..
Semalam mama ada memarahi abang Arrie yang mama lihat seperti membuang masa di meja study melorekkan sesuatu..Sepatutnya pada waktu2 begitu dia seharusnya membuat latihan sehingga pukul 9.30mlm.. tetapi hari ni dia sibuk melukis sesuatu diatas sekeping kertas putih.. Dan pagi ini selepas sahur mama tergerak hati untuk melihat kertas contengan abang Arrie.. diatas kertas itu terlukis lukisan berbentuk hati.. dan diatasnya tertulis.."Ibuku is the best..Terima kasih menjaga saya dari kecil dan memasakkan makanan yang enak dan sedap..daripada Amir Khuzairi... :.. Tersentap bila membacanya...
Dan hari tengahari tadi mama bertanyakan tentang surat yang ARrie lukis diatas meja.. "Surat tu untuk mama.."..Mama: "Kenapa tak bagi mama?".. Arrie:"Abang belum siap lagi nak lukis cantik2 lepas tu bagi mama.."..
Sedikit kesal kerana memarahi anak tanpa usul periksa.. Akan mama perbaiki kelemahan mama ini.. Maafkan mama..
AKU MELIHAT PADA UMURKU 55 - LETRIK DAN AIR
4 years ago
0 comments:
Post a Comment