Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, August 22, 2011

Ciri Penulisan Berbeza


Agak lama tidak menulis kerana ketandusan idea dan juga kesibukan kerja. Kali ini tajuk ni dipilih setelah teringat perbincangan dengan Mama semalam.

Sebelum berbuka puasa semalam sempat berbincang dengam mama tentang ciri-ciri penulisan. Setiap penulis mempunyai gaya penulisan berbeza. Gaya bahasa, struktur ayat berbeza mengikut kemampuan dan skill penulis itu sendiri.

Ada yang menulis dari awal ke hujung - mendatar. Ada yang bemula dari hujung kemudian imbas kembali dari awal dan ada pula dari tengah ke hujung sambil mengimbas kembali dari awal. Kaedah berbeza ini adalah mengikut keupayaan dan skill penulis tersebut.

Bagi yang mempelajari sastera melayu, terdapat berbagai corak penulisan, susunan kosa dan prosa juga berbeza. Tapi bagi abah yang tidak pernah mempelajari sastera maka cara penulisan adalah secara mendatar sahaja.

Ada juga penulis yang menulis secara bersantai, tiada penekanan terhadap motif penceritaan, tiada pengulangan sebagai tanda penekanan. Semuanya santai supaya pembaca tidak bibebani dengan kesimpulan yang berat.

Bagi Abah pula setiap penulisan mempunyai matlamat dan kesimpulan. Penekanan perlu diberikan kepada maksud dan tujuan sesebuah artikel tersebut. Mungkin kaedah ni sama seperti penulisan karangan BM semasa SPM dulu. Itulah sahaja skill yang ada. Abah tidak pandai bermain dengan skrip, dialog, jenaka spontan dalam penulisan.

Tetapi skill tersebut terdapat dalam kebanyakan penulisan mama. Ini menunjukkan mama berkeupayaan menulis cerpen atau lebih hebat novel yang pastinya akan diminati pembaca. Mama mempunyai skil untuk menarik minat pembaca untuk menghabiskan keseluruhan cerita tersebut.

Setiap plot yang mama susun mempunyai unsur-unsur tanda tanya. Apa yang akan berlaku seturusnya. Bukan semua penulis mampu melakukannya. Ia umpama menonton drama bersiri. Penonton akan teretunggu-tunggu apa terjadi seterusnya.Mama juga dapat menyelitkan dialog-doalog ringan yang padanya ada jenaka, ada nada serius dan juga mampu membawa pembaca terasa kesedihan dihadapi watak cerita tersebut. Ini menunjukkan mama mampu menulis dengan baik dan bermain dengan emosi pembaca juga.

Berbalik kepada tajuk artikel ni, setiap penulis mempunyai cara penulisan berbeza dan gaya tersendiri. Sesebuah artikel penulisan itu bergantung kepada pembacanya. Jika kena cara penulisan maka ramailah akan memujinya dan menyukai. Begitulah juga sebaliknya....

2 comments:

Muslimah Optimis on August 22, 2011 at 9:41 AM said...

MO sedang mencuba untuk menulis dengan lebih baik..:-)

ieda on August 22, 2011 at 4:54 PM said...

Menulis ikut mood si penulis.. jika dalam keadaan bersedih penulisannya juga turut menyatakan kesedihannnya begitu juga jika keadaan gembira .. maka gembiralah gaya tulisannya dan juga pembaca turut merasai emosi si penulis..

abah apa ni.. malu la.. padahal bukan baik pun penulisannya.. terima kasih diatas pujjian.. abah sebenrnya lebih pndai menulis.. lebih intelek gaya penulisan abah tau.. teruskan menulis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008