Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Thursday, September 15, 2011

Panduan mendidik Anak



Minggu lepas sempat berbincang dengan seorang sahabat tentang cara-cara mendidik anak. Masing-masing memberikan pandangan tentang cara yang paling betul dalam mendidik.

Setelah membuat sedikit pencarian di bawah ini terdapat nas-nas dan dalil yang paling mendekati sunnah tentang cara-cara mendidik anak. Mungkin juga dalil-dalil disertakan agak terbatas berdasarkan keterbatasan bahan rujukan penulis sendiri.

9 Panduan dalam mendidik anak :-

1. Mendidik iman dan akidah yang hak

a. Mengenalkan Allah – Lahir sahaja anak ke dunia, biarlah perkataan pertama yang didengarinya adalah sebutan nama Allah. Sebab itu disunatkan azan di telinga kanan, iqamah di telinga kiri bayi sama ada bayi lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah SAW, “Bukakanlah (baca dan ucapkanlah) kepada anak-anak kamu kalimat pertama dengan La ilaha illallah.” (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Abbas r.a.)

b. Mentaati Allah – Ini merupakan didikan iman paling asas selepas mengenalkan anak-anak kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW : “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan. Sebab hal itu akan melepaskan mereka dari seksa neraka.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

c. Tidak mensyirikkan Allah – Ini penting untuk membersihkan akidah anak, sebagaimana nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

Sehubungan itu, ibu bapa harus menanamkan pada jiwa anak-anak hakikat seluruh Rukun Iman yang enam dengan sebaik-baiknya.

2. Memberi nama yang elok dan melakukan akikah

Nama yang elok berperanan membentuk peribadi anak. Mengenai akikah, sabda Rasulullah SAW : “Setiap anak tergadai akikahnya dengan disembelihkan akikahnya pada hari ketujuh kelahirannya. Pada hari itu ia dicukur dan diberi nama.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam yang empat)

3. Mendidik asas hukum syarak yang berkaitan dengan kehidupan sehariannya.

Antaranya:

a. Hukum-hukum Islam yang lima (wajib, sunat, harus, haram dan makruh).

b. Mendidik batasan pergaulan dan aurat – Ini termasuk memisah dan mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan. Sabda Rasulullah SAW : “….dan pisahkanlah tempat tidur mereka (setelah berusia 10 tahun).” (Hadis riwayat al-Hakim dan Abu Daud dari Ibnu Amr Ibnil ‘As r.a.)

Rasulullah SAW menekankan soal pergaulan dengan sabdanya : “Hindarilah kamu dari bercampur (secara bebas) dengan kaum wanita.” Anak juga mesti dididik dengan batas aurat terutama bila telah baligh.

Suatu ketika Asma binti Abu Bakar memasuki rumah Rasulullah SAW dengan pakaian yang tipis, lalu Rasulullah SAW menegurnya: “Wahai Asma, apabila perempuan telah mencapai (sampai) usia baligh, maka ia tidak boleh dipandang kecuali ini dan ini (baginda SAW menunjukkan wajah dan kedua-dua telapak tangannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Mendidik akhlak, adab dan budi pekerti
Ilmu tinggi tidak berguna kalau tidak beradab dan tidak berakhlak dengan Allah dan sesama manusia. Pastikan ilmu dan amalan anak-anak kita menghasilkan ‘buah’ yang masak ranum (akhlak terpuji). Sabda Rasulullah SAW : “Elokkanlah namanya (anak) dan elokkanlah adabnya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Tiada seorang bapa yang memberikan sesuatu kepada anaknya yang lebih bermakna daripada pemberian adab yang baik.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

5. Mendidik anak tujuan dan matlamat hidup yang jelas

Anak-anak yang tidak ada tujuan dan matlamat hidup akan mudah terpesong dari jalan kebenaran dan mudah juga hanyut dalam arus duniawi. Matlamat hidup tak lain dan tak bukan ingin mendapat keredhaan Allah SWT berpedomankan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Tujuan hidup atau tujuan kenapa Allah mencipta manusia perlu ditanamkan dalam jiwa dan minda anak-anak iaitu untuk berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah di atas dunia.

6. Mewujudkan suasana yang soleh

Untuk melahirkan anak yang soleh, persekitaran tempat membesar dan tempat beraktivitinya juga kena ‘soleh’ (baik). Kena ada gabungan suasana ibu bapa yang soleh, rumah tangga yang soleh, guru-guru dan kawan-kawan yang soleh, bahan bacaan yang soleh dan paling penting sistem pendidikan yang soleh.

Sabda Rasulullah SAW : “Ajarlah kebaikan kepada anak-anak kamu dan keluarga kamu dan didiklah mereka.” (Hadis riwayat Abdur Razzaq dan Sa’id bin Mansur)

7. Memberi dorongan dan perangsang

Dalam al-Quran, Allah SWT memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan balasan syurga seluas langit dan bumi. Janji-janji Allah ini hendaklah disemai di dalam jiwa anak-anak sehingga menjadi keyakinan dan pegangannya. Selain itu ibu bapa boleh memberi ganjaran dan kata-kata pujian dan kata-kata semangat di atas kejayaan dan kebaikan yang dicapai dan dilakukan oleh anak-anak.

8. Hukuman dengan niat mendidik
Setiap kesalahan anak-anak itu perlu diperbetulkan. Baru ia dapat mengambil pelajaran. Adakalanya dengan nasihat, teguran dan denda. Ada masanya dirotan dengan rotan yang tidak mencederakan.

9. Pemberian (perbelanjaan, hadiah dan sebagainya)

Pemberian kepada anak-anak hendaklah disamaratakan. Sabda Rasulullah SAW : “Sama-ratakan anak-anak kamu dalam pemberian. Maka sekiranya saya suka melebihkan seseorang, nescaya saya lebihkan perempuan.” (Hadis riwayat Imam at-Tabrani dan Khatib)

Walaupun ke-sembilan panduan di atas tidak dinyatakan secara jelas bilakah hendak dimulakan pendidikan tersebut tetapi dapatkah diambil dari dalil umum tentang didikan bermula sedari dalam buaian lagi. Di dalam Sahih al-Bukhari, terdapat satu bab tentang bilakah masa (umur) diajarkan ilmu. Ibn Hajar membuat ulasan hadith itu bahawa, umur sesuai diajarkan ilmu adalah umur 5-6 tahun.

Sepencarian penulis juga belum terjumpa bahawa anak-anak bebas dibiarkan senakal-nakalnya tanpa panduan dan teguran dari ibu bapa. Anak kita, anak saudara kita, anak jiran kita hendaklah ditegur sama semuanya atas dasar persaudaraan islam.

Semoga kita semua (arriesfamily) dapat memahami konsep didikan anak-anak berdasarkan AQ dan Sunnah....Amin.


Wednesday, September 7, 2011

Hari Raya 2011..


Moga tidak terlalu lambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 2011 kepada semua yang terlintas untuk membaca blog kami.. Kami agak busy sedikit sejak kebelakangan ini kerana banyak sungguh urusan dan ujian2 dari Allah yang kami terpaksa lalui..

Pada 29 Ramdhan yang lalu.. kami terlibat dalam kemalangan di jalan Pantai Remis, Perak.. Mujur kemalangan ini tidak terlalu serius hanya kereta kami remuk di bahagian hadapan.. Syukur Alhamdulillah kami semua selamat hanya sedikit kecederaan kecil melibatkan abah dan Arrie.. tidak terlalu serius.. Alhamdulillah..




Pagi itu kami bertolak selepas sahur dari rumah Nenek Pah di Klang.. dalam perjalanan kami ke Kedah kami akan melalui jalan Manjung.. di situ tempat tinggal keluarga Abang Karg.. mama tergerak untuk mengajak abah singgah di rumah Cik Karg untuk melihat baby Uddin.. Selepas sejam kami disana.. kami pun mula berangkat untuk meneruskan perjalanan ke Kedah.. Ketika itulah kemalangan itu berlaku.. Mujur juga tempat dimana kami kemalangan tidak terlalu jauh dari rumah Cik Karg.. Kami segera menelefonnya untuk memeberitahu akan kejadian tersebut.. Cik Karg bergegas ke tempat kami di timpa kemalangan.. Mama telefon Mak Long dan nenek di Klang.. Mak Long yang terlalu risau menyuarakan hasratnya untuk mengambil kami.. tetapi mama menolak kerana Klang dengan Manjung agak jauh.. lalu mama menerangkan bahawa Cik Karg akan mengambil kami.. Mak Long x perlu berasa risau...

Nak kata sedih dengan kemalangan ni. waktu tu langsung xde perasaan apa2 pun.. nak kata kecewa, sedih dan pilu..(macam lagu la pulak..)...  pun tidak sebab tengok anak2 semua ok.. Keta je la.. nasib bek ada insuran ... lepas eksiden tu boleh lagi tergelak2 buat lawak.. sampai kan abah cakap.."Aik boleh buat lawak lagi..?".. hehehe bukan apa aku pasti ada sesuatu disebalik semua kejadian ni.. Biasanya Allah menduga kita dengan ujian2 dunia ..tetapi setelah dugaan itu berlalu Dia akan berikan yang lain pula sebagai ganti bahkan nikmat yang Allah berikan kepada kita selama ini pun lebih daripada dugaan yang sedikit yang perlu kita tempuhi ini..

Kira pendek citer mama Redha dengan segala yang berlaku.. dan jauh di sudut hati mama .. mama rasakan ada sesuatu disebalik semua kejadian ini..

Monday, August 22, 2011

Ciri Penulisan Berbeza


Agak lama tidak menulis kerana ketandusan idea dan juga kesibukan kerja. Kali ini tajuk ni dipilih setelah teringat perbincangan dengan Mama semalam.

Sebelum berbuka puasa semalam sempat berbincang dengam mama tentang ciri-ciri penulisan. Setiap penulis mempunyai gaya penulisan berbeza. Gaya bahasa, struktur ayat berbeza mengikut kemampuan dan skill penulis itu sendiri.

Ada yang menulis dari awal ke hujung - mendatar. Ada yang bemula dari hujung kemudian imbas kembali dari awal dan ada pula dari tengah ke hujung sambil mengimbas kembali dari awal. Kaedah berbeza ini adalah mengikut keupayaan dan skill penulis tersebut.

Bagi yang mempelajari sastera melayu, terdapat berbagai corak penulisan, susunan kosa dan prosa juga berbeza. Tapi bagi abah yang tidak pernah mempelajari sastera maka cara penulisan adalah secara mendatar sahaja.

Ada juga penulis yang menulis secara bersantai, tiada penekanan terhadap motif penceritaan, tiada pengulangan sebagai tanda penekanan. Semuanya santai supaya pembaca tidak bibebani dengan kesimpulan yang berat.

Bagi Abah pula setiap penulisan mempunyai matlamat dan kesimpulan. Penekanan perlu diberikan kepada maksud dan tujuan sesebuah artikel tersebut. Mungkin kaedah ni sama seperti penulisan karangan BM semasa SPM dulu. Itulah sahaja skill yang ada. Abah tidak pandai bermain dengan skrip, dialog, jenaka spontan dalam penulisan.

Tetapi skill tersebut terdapat dalam kebanyakan penulisan mama. Ini menunjukkan mama berkeupayaan menulis cerpen atau lebih hebat novel yang pastinya akan diminati pembaca. Mama mempunyai skil untuk menarik minat pembaca untuk menghabiskan keseluruhan cerita tersebut.

Setiap plot yang mama susun mempunyai unsur-unsur tanda tanya. Apa yang akan berlaku seturusnya. Bukan semua penulis mampu melakukannya. Ia umpama menonton drama bersiri. Penonton akan teretunggu-tunggu apa terjadi seterusnya.Mama juga dapat menyelitkan dialog-doalog ringan yang padanya ada jenaka, ada nada serius dan juga mampu membawa pembaca terasa kesedihan dihadapi watak cerita tersebut. Ini menunjukkan mama mampu menulis dengan baik dan bermain dengan emosi pembaca juga.

Berbalik kepada tajuk artikel ni, setiap penulis mempunyai cara penulisan berbeza dan gaya tersendiri. Sesebuah artikel penulisan itu bergantung kepada pembacanya. Jika kena cara penulisan maka ramailah akan memujinya dan menyukai. Begitulah juga sebaliknya....

Thursday, August 18, 2011

Iffa dan Arrie khatam Al-Quran..


Mama bangga dengan Iffa dan Arrie kerana terpilih diantara 21 orang pelajar yang bakal naik ke atas pentas sempena Majlis Khatam Al-Quran di sekolah nanti.. Iffa seawal 8 tahun dah pun dipilih dan dinilai ustaz disekolah.. Begitu juga Arrie akan bersama2 adiknya membaca Al-Quran di atas pentas nanti.. Yang pasti abah akan lebih berbangga lagi kerana abahlah yang berusaha keras memberi penekanan hukum2 tajwid di dalam ayat2 Al-Quran yang dibacakan anak2.. Dari tidak mengenal huruf sehinggalah mampu khatam Al-Quran dengan sebutan yang betul.. Anak2 ingatlah jasa2 abah.. walaupun kami bukan ibubapa yang sempurna tetapi kasih sayang kami tidak pernah berbelah bagi.. Hargai abah dan kenang setiap pengorbanan abah tau...


Friday, August 12, 2011

"Mama.. nak kek..."





Entah bagaimana Dina menjumpai pemukul telur yang mama selalu gunakan untuk buat kek.. Dina membawa pemukul telur itu ke hulur ke hilir sambil berkata.."Hmmm dapnya kek...Mama bila mama nak buat kek untuk Nina?".. x lama kemudian Syirah pun yang juga membawa sebelah lagi pemukul telur mengikuti apa yang dikatakan Dina, kakaknya.."Mama nak tek..".. ayat yang simple dan mudah difahami.. Sikecil ini sedang membesar dengan meniru sikap kakak2 dan abang2nya..Ahai.. comel je mama tengok kelakuan diorang ni...

"Nantila dulu... mama belum beli barang2 kek tu lagi.. lain kali mama buat yea.."..serba salah rasanya bukan tak  mahu memenuhi permintaan mereka tetapi buat masa ni banyak memerlukan duit untuk persiapan raya dan lain2.. "Nanti mama buatkan untuk Nina tau.. sedap sangat kek mama buat.." ...Mama :"Insya-Allah nanti mama buatkan..."..

Inilah famili mama yang amat mama sayang.. setiap hari tiada waktu yang membuatkan hidup mama sepi.. anak2 adalah pengubat segalanya untuk mama...Alhamdulilllah syukur atas kurnianMu , Ya Allah...



Wednesday, August 10, 2011

Cayang Mama...




Setiap malam sebelum tidur.. akan bergurau senda dulu melayan dua orang anak yang masih lagi tidur bersama kami.. Dina dan Syirah.. Sebelum tidur sudah menjadi kebiasaan Syirah akan meminum susu di bawak ketiak babahnya.. Bila dah habis dia bangun mengucapkan bye dan beralih kepada aku ibunya... Inilah suasana yang membunga dihatiku.. melihatkan anak begitu manja dengan kami... Dina sudahpun mengambil tempat tidur bersebelahan dengan abah.. Semalam sebelum abah melelapkan matanya Dina berpesan..Dina :"Babah.. besok babah tido lambat tau mcm mama..". Abah :" Tido lambat..?" Dina :"A'ah Tido lambat macam mama..".. Abah seakan x faham dengan maksud Dina..

Tetapi aku faham.. apa yang dimaksudkan Dina abahnya bangun tido lambat supaya tidak perlu pergi kerja esok harinya... Keesokan hari pada sebelah malamnnya pula.. abah tidur awal dari kebiasaan. keletihan agaknya.. sibuk ditempat kerja.. "Melihatkan abahnya tidur awal.. Dina sekali lagi mengeluh.. "Abah dah tido cepat abah tido.."..

Bila melihatkan keadaan itu terasa kesian pula kepada Dina.. lalu cuba mama mula bergurau mencucuk2 pinggang membuatkan dia ketawa,,, Syirah jeles melihatkan keadaan itu.. sebelum mula melayan Syirah mama bertanya kepada Dina.."Dina tau tak mama sayang Dina..?".. Dina :"Tau.."..sambil tersengih2...

Tiba2 Syirah memegang kedua pipi mama dan berkata  :"Cayang mama.." Sambil mengucup mama beberapa kali .. Apa lagi yang ku harapakan selain daripada mengucapkan syukur Alhamdulillah diatas kenikmatan kebahagian yang kami rasai.. membelai anak2 dan menyayangi anak2 walaupun kami tidak sesenang mana dari segi harta dan kesenangan dunia.. Tapi kami  bahagia dengan 'harta' ini...Harta yang tida nila dan tolak bandingnya..

Tuesday, August 9, 2011

Kek Tiramisu..


Teringin sungguh nak mencuba resepi kek tiramisu .. Tapi belum ada kesempatan.. tengah menggoogle resepi jumpa resepi ni dari konsiresepi.com..


Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - guna sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian - belah 2 aje
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008