Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Thursday, April 23, 2009

Budi pekerti


Sekadar renungan diri sendiri....

Apakah maksud budi pekerti yang baik..?

*Salah seorang dari salafussoleh bernama al-Hassan berkata:Budi pekerti yang baik itu adalah menunjukkan wajah yang manis, suka membelanjakan harta kekayaan ke jalan yang benar dan mencegah dari menyakiti hati orang lain.

Di sini seolah2 al-Hassan telah menggariskan kepada kita tentang apa yang dikatakan akhlak mulia, bermanis muka, sanggup berkorban dan menjaga lidah dari mengeluarkan kata2 yang boleh menyakiti hati orang lain.

Tanda2 lain orang yang berakhlak mulia ialah dia boleh berkasih sayang dan bermesra dengan orang lain saudara semukmin. Sentiasa menjaga adab pertuturan dan membuang segala prasangka buruk yang terdetik di dalam hatinya.

Dengan membuang segala persoalan tentang tujuan seseorang, niat seseorang dapat menghindarkan diri kita dari syak wasangka yang keterlaluan yang boleh mengeruhkan perhubungan.

Wallahualam...

* Petikan di atas diambil dari sebuah buku karangan Abdul Aziz Ismail yang bertajuk Kewajipan menjaga hati,

Wednesday, April 22, 2009

Ziarah menziarahi....


Jom singgah menjenguk cik karg dan isteri di kediaman barunya di Taman Anda, Ipoh. Ziarah menziarahi di kalangan ahli keluarga boleh mengeratkan silaturahim.

Kebetulan abah pergi ke Ipoh atas urusan kerja lalu tergerak di hatinya untuk menziarahi satu2nya abang abah yang telah pun bertukar ke Ipoh, sebelum ini cik karg tinggal di Perlis.


Cik Karg dan isteri tersayang tersenyum di hadapan pintu rumah teres dua tingkat yang di sewa mereka.

Bila dah duduk dekat Selangor mai la singgah sini. Kami memang sentiasa mengalu2kan kehadiran ahli keluarga kami bagi mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada.

Friday, April 17, 2009

Rumah Terbakar ke ?


Suasana agak kelam kabut pada masa ni, budak-budak berlari secara cemas......

Abah sempat ambil gambar keadaan cemas ni..

Kereta Kancil hampir diliputi asap tebal.........




Apa agaknya yang sedang diperhati mama dengan jirannya tu.

Rumah memamg berasap teruk tapi masih sempat ketawa....

Angkara siapa agaknya ????

Kisah Sekolah Menengah



Kali ni nak cerita betapa susahnya belajar masa dulu-dulu lebih-lebih lagi terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Masih teringat lagi dalam ingatan betapa susahnya belajar di tahun 80-an. Susah bukan sebab mata pelajaran yang diambil tetapi sebab kemudahan yang terhad. Tambahan pula keperitan hidup pada masa tu.

Pendapatan ibu bapa pada masa tu cuma mengharapkan hasil kebun getah. Berapalah sangat. Baju sekolah hanya mampu dibeli setahun sekali tu pun dengan bantuan kakak-kakak yang dah bekerja.

Aku kira bernasib baik sebab Penilaian Darjah 5 agak baik, 4A 1B dapat masuk sekolah asrama penuh. Sekarang namanya UPSR. Bila dapat tawaran tu pastinya kedua ibu bapa bersyukur sebab bukan senang nak dapat peluang begitu.

Arwah mak orang yang paling bahagia waktu tu sebab hasil usaha beliau anak-anak berjaya. Dia orang yang selalu bising bila anak-anak malas belajar. Terbukti hasil usahanya aku menjadi di antara orang pertama di Kampung mencecahkan kaki ke Sekolah berasrama Penuh.

Mak jenis orang yang sentiasa bersedia untuk anak-anak. Walaupun kena merantau agak jauh – Ke Perlis sebab sekolah tu Sek. Men. Sains Perlis tapi tak segala modal dah prepare.

Sifat berdikit membolehkan sejumlah wang terkumpul dan bersedia untuk menghantar anak ke perantauan.
Walaupun mempunyai cukup perbelanjaan tapi masih berusaha jimatkan kos. Kebetulan Rashidi Mat Noh – anak jiran kampung juga mendapat tawaran ke sekolah yang sama. Kami berkongsi menyewa satu kereta. Pat Mad Matsan merupakan pemandu teksi juga orang kampung yang sama yang membawa kami ke Perlis.

Persiapan dibuat begitu meriah. Bapak membawaku ke Bandar Alor Setar untuk membeli barang keperluan. Aku membonceng bersamanya beberapa kali berulang alik. Mula-mula kena ke hospital ambil pengesahan kesihatan termasuk x-ray. Kemudian beli baju dan keperluan lain untuk di bawa ke sana.

Terasa bapak begitu mengambil berat tentang anak-anaknya pada waktu itu sehingga sanggup bersusah payah untukku. Satu pengorbanan yang tak terbalas rasanya.

Kenduri doa selamat juga dibuat, panggil orang kampung buat kenduri sambil bagitahu anak dapat masuk asrama penuh. Ibu mana yang tak bangga waktu tu.

Hari pertama mendaftar ke sekolah baru memang penglaman yang tak dapat dilupakan. Bulan Januari tahun 1985. Bila sampai saja di sekolah. Kami disambut mesra oleh abang-abang senior.

Sistem buddy diperkenalkan. Setiap adik akan mendapat seorang abang angkat. Wajah gembira kebanyakan pelajar baru sebab dapat abg angkat. Minggu orientasi dikelolakan oleh pelajar tingkatan 5.

Macam-macam acara dari Qiamullail, sukaneka hinggalah kepada penutup konsert dari pelajar baru.
Ramai yang tunjuk bakat masa tu. Lagu kegemaran pastinya rock ‘kapak’ sebab pada masa tu irama rock tengah naik (tahun 1985).

Seminggu berakhir minggu orientasi yang menghiburkan, bermulalah era kehidupan sebenar sebagai freshy yang akan dibuli senior. Abang angkat yang sebelum ni senyum saja kini menunjukkan muka bengis.

Menghabiskan tahun 1 dan 2 amat memeritkan. Pelajar tingkatan 4 & 5 umpama raja di asrama. Dari basuh baju, kasut, ‘iron’ baju hinggalah kepada urusan ambil makanan di dewan makan semuanya dibuat oleh pelajar baru.

Tiap-tiap hari berada dalam ketakutan terutama bila bertemu senior. Ada-ada saja yang disuruh mereka hinggakan urut belakang pun kena buat. Istilah yang paling famous bila masuk dewan makan ialah ‘double’.

Pelajar senior akan tunggu kat pintu dewan dan katanya ‘double’, maksudnya kami terpaksa beratur sekali lagi untuk ambil makanan 2X dan bagi pada mereka. Kali pertama tadi untuk makan kita sendiri. Ramai senior akan tunggu kat pintu bila masa kuih yang sedap-sedap seperti kek, pau dan lainnya.

Setiap kali hendak keluar dewan kena tengok abang senior ada ke tidak. Ataupun makan lama-lama sikit sampai mereka beredar.

Bila nak basuh baju pada hari minggu kena bangun awal sikit dalam pukul 6.30 pagi dan cepat-cepat cuci baju. Kalau tunggu lepas jam 9.00 pagi maknanya banyak baju yang kena cuci. Senior akan datang pada kita waktu tu dan bagi baju mereka.
Gosok baju juga kena cari masa yang sesuai. Kalau tidak letih kita menggosok baju senior.

Kes-kes buli macam ni perkara biasa di tahun 80-an. Tak ada yang berani melawan. Pelajar tingkatan 5 bergerak berkumpulan dengan saiz badan lagi besar. Kita pula baru usia 12 tahun lebih dari sekolah rendah mana berani.

Pernah juga mengadu perkara ni pada kakak-kakak, mereka nasihat suruh lawan – jangan ikut arahan senior. Mula-mula rasa nak lawan juga tapi bila lihat kawan-kawan kena pukul sampai bengkak-bengkak muka, aku pun tak berani.

Setakat duduk di asrama tu, belum pernah kena pukul teruk setakat tampar muka sekali perkara biasa. Aku pernah tengok kejadian senior pukul junior. Amat sardis jika dibandingkan dengan kes pukul yang dipaparkan di TV3.

Caranya, pelajar senior akan panggil pelajar junior ke bilik mereka. Alasan diberi nak bincang kebersihan bilik misalnya. Junior tadi mestilah tak syak apa-apa. Bila sampai aja junior tadi, mereka ramai-ramai akan tutup kepala junior tu dengan kain.
Jadinya tak dapat kenal siapa punya angkara.

Belasah dengan teruk sampai lebam-lebam. Masa pukul semua orang tak cakap, jadi susah nak kenal pasti. Cikgu juga tak dapat ambil tindakat sebab semua akan cakap tak tahu.

Menghabiskan 2 tahun di asrama amat menyiksakan. Terpaksa menurut perintah senior walaupun dalam hati menyumpah seranah.

Masuk tingkatan 3, barulah aman dari gangguan senior dan kehidupan kita pula bermula sebagai senior….

Bersambung… Cerita sekolah menengah lagi..

Nota : Semoga cerita abah ni dapat jadi pengajaran buat Arrie dan adik-adik bahawa menuntut ilmu itu penuh dengan liku-liku kepayahan dan kita kena bersabar menempuhinya untuk berjaya…

Wednesday, April 15, 2009

Amboi....



Sedapnya.... Kesian abah kaki asyik sakit jer... Nanti kita simpan duit beli alat urut kaki tu yek..

Habiskan masa bersama nenek.


Hujung minggu lepas nenek telefon mama seawal 6.30pagi untuk mengajak kami berjalan2 ke PKNS Shah Alam. Malangnya baru minggu sebelum tu kami dah pergi ke Shah Alam jadi mama mengajak nenek pergi ke rumah Mak Lang di Taman Lestari,Puchong.

Dalam perjalanan Ajip sempat menangkap beberapa gambar dirinya sendiri dan anak2 buah. Cheh hensem sangat la kononnya tue...

Sempat jugak Ajip menyuruh Ammar membuat mimik muka yang paling lawak kononnya...
Sampai di rumah Mak Lang, Pak Lang sempat test camera digital kami yg kami beli melalui Mudah.com. Samsung L210, 10.2 megapixel hanya berharga Rm430. Demo set belum pernah di gunakan lagi.

Agak berpuashati jugak bila beli camera digital samsung nie. Murah dan masih baru. Abah sedang test power camera nie. Nak tengok apa perbezaan camera Lumix yang kami beli (tapi telah di samun pun) berharga Rm1500. Mestila banyak bezanya kan. Harga pun jauh berbeza.

Iffa dan Alya anak Mak Lang, sama usia. Tetapi Alya nie baby face comel jer...

Di perkarangan ruang tamu Mak Lang, nenek dan Pak Lang sibuk sedang asyik memerhatikan Ammar bermain dengan ank patung Ultraman milik Amsyar.

Selang beberapa jam di rumah Mak Lang kami bersama Mak Nana dan uncle Fendi merancang pula membawa nenek berjalan2 di Putrajaya.

Selepas ini, insyaallah mama akan uploadkan gambar2 menarik sewaktu menghabiskan masa bersama nenek di Putrajaya.

Saturday, April 11, 2009

Berhati-hati dalam bab Hadis


Artikel ni diambil dari buku '20 persoalan asas tentang hadis' karangan Ustaz Adzlan bin Abd Aziz. Bab ke-18.

Semoga dapat jadi panduan dalam kita berinteraksi dengan hadis. Sekadar berhati-hati takut kita terlibat menyebarkan hadis palsu. Dan sebagai rujukan untuk arriesfamily.blogspot.com bila berinteraksi dengan hadis.

Link asal :-
http://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu18.htm

ISU 18 : PENGGUNAAN HADIS PALSU


Soalan 18:

Sebahagian masyarakat kita mengatakan bahawa tidak menjadi kesalahan untuk kita menyebut hadis palsu selagi maksudnya baik dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Adakah pendapat ini diterima?

Jawapan:

Pendapat ini tidak dapat kita terima. Kita perlu melihat kepada dosa dan bahaya menyebarkan hadis-hadis yang tidak benar datangnya daripada Rasulullah SAW. Kita harus berfikir apa akibatnya jika hadis-hadis palsu dan tidak sahih ini diyakini dan dipercayai sebagai sahih oleh masyarakat awam. Hal ini pastinya memberikan gambaran yang berlainan daripada perkara yang sepatutnya difahami dan diketahui oleh mereka. Mari kita renungi satu amaran yang terdapat dalam sabda Nabi SAW:

Maksudnya : Sesiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka”[1].

Elok rasanya penulis mencatatkan kata-kata seorang ahli hadis terkenal dari mazhab al Syafie iaitu Ibn Hibban. Menurut beliau ketika menghuraikan hadis sahih:

Maksudnya : “Cukuplah menjadi satu dosa bagi seseorang yang menceritakan segala yang dia dengari (tanpa mengkaji benar atau tidak)”[2]. Ibn Hibban berkata:

Di dalam hadis ini terdapat larangan kepada sesiapa sahaja supaya tidak menyebut semua perkara (termasuk hadis) sehinggalah dia yakini itu adalah sahih[3].

Malah Ibn Hibban telah membuat satu kesimpulan di dalam bukunya yang terkenal iaitu Sahih Ibn Hibban bahawa sesiapa yang menyebut sesuatu hadis tanpa mengetahui adakah hadis tersebut sahih atau tidak maka dia adalah berdosa dan layak memasuki neraka[4].

Al Zahabi dalam bukunya Tazkiratu al Huffaz telah menyebut sebuah hadis palsu bermaksud: “Sesiapa yang menghafal satu hadisku untuk umatku, maka dia mendapat pahala sebanyak pahala tujuh puluh satu Nabi yang benar”. Setelah menyebut hadis ini, beliau berkata:

Hadis ini adalah di antara hadis yang haram diriwayatkan kecuali diberitahu bahawa ia adalah palsu tanpa ragu-ragu lagi. Dan semoga ALLAH membalas perbuatan buruk orang yang menciptanya[5].

Lihatlah kata-kata al Zahabi yang jelas melarang kita meriwayatkan hadis palsu kecuali diberitahu bahawa ia adalah palsu. Walaupun maksud hadis itu nampak baik tetapi al Zahabi tetap tidak membenarkan kita menggunakannya seolah-olah hadis tersebut sahih. Inilah ketelitian yang kita ingini dalam masyarakat.


[1]Hadis sahih riwayat al Bukhari – hadis nombor 109.

[2]Hadis sahih riwayat Muslim – hadis nombor 5.

[3]Tamam al Minnah Fi al Ta’liq ‘Ala Fiqh al Sunnah – Syeikh al Albani – kaedah nombor 11.

[4]Sahih Ibnu Hibban – bab al I’tisham Bi al Sunnah – hadis nombor 29 hingga 32

[5]Silsilah al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhu’ah – Muhammad Nasiruddin al Albani – huraian hadis no.1174.

Friday, April 10, 2009

Tiada Nilainya Ijazah di sektor swasta


Artikel kali ni bertujuan memberi gambaran sebenar nilai kedudukan atau pangkat pekerja sektor swasta.

Gambar sekadar hiasan


Majoroti pekerja swasta memahami dan rasanya bersetuju dengan tajuk di atas. Ulasan yang bakal saya titipkan adalah berdasarkan pengalaman bekerja disektor swasta (kilang) selama 12 tahun.

Kenapa memilih tajuk ni kerana mungkin artikel ini boleh dijadikan panduan bagi bakal graduan yang akan menceburi sektor swasta.

Ramai menceburi sektor swasta kerana memikirkan gaji yang bakal diperolehi lebih tinggi berbanding sektor awam. Andaian ini benar dalam tahun 80~90an. Tapi kini pelarasan gaji sektor awam yang baru menyamakan tangga gaji dengan swasta dan mungkin lebih tinggi.

Berbalik kepada ijazah tadi, ianya sekadar syarat atau tiket untuk memulakan kerjaya sebagai pekerja kolar putih (eksekutif). Bila telah memasuki industri (kilang), baru kita ketahui bahawa ada pekerja senior tidak mempunyai ijazah tetapi berpangkat lebih tinggi dari kita.
Umpamanya pengurus kilang ada yang hanya berkelulusan SPM sahaja tetapi berdasarkan penglamannya beliau layak jadi manager. Bila kita sebagai 'fresh graduate' mula bekerja di kilang tersebut, kita terpaksa bekerja di bawah arahan beliau.

Ini adalah suatu yang mustahil di sektor awam. Heraki pangkat berdasarkan kelayakan akademik dan senioriti. Di sektor swasta tidak begitu. Pekerja baru yang berdedikasi, bijak merancang dan mengendali keadaan berpeluang tinggi mendapat promosi. Tidak kira apa sijil kelayakan yang dia ada.

Maka bekerja di sektor swasta menghadapai tekanan yang amat tinggi dalam menjamin kenaikan pangkat berterusan. Umpamanya jika seseorang itu bermula dari paras operator menjadi leader, supervisor , Assistant manager, manager seterusnya general manager.

Bagi siswazah mungkin melanglau pangkat leader terus ke eksekutif atau engineer yang setaraf dengan supervisor tetapi untuk naik ke peringkat seterusnya dia terpaksa bersaing dengan semua eksekutif lain termasuk para supervisor senior.

Oleh itu bakat mengurus amat perlu dan ianya tidak diajar di universiti. Kelebihan kepada para pekerja senior (supervisor/leader) kerana mereka lebih berpengalaman dalam mentadbir. Majikan tidak mempedulikan apa sijil yang kita ada asalkan kita membawa keuntungan kepada syarikat. Oleh itu nilai ijazah tolak ke tepi.

Penilaian majikan berdasarkan kepada bakat kita dalam mentadbir selia jabatan/seksyen kita misalnya. Tiada masalah atau komplen dari pihak lain terhadap jabatan kita. Setiap masalah timbul dapat diambil jalan penyelesaiannya.
Menjadi suatu trend di sektor swasta di mana setiap jabatan akan cuba menunjukkan kehebatan masing-masing terutama bila di hadapan Boss masa mesyuarat. Bila suatu masalah berlaku semua akan menafikan berpunca dari jabatan masing-masing. Kaedah 'taichi' digunakan dimana masalah tersebut akan ditolak kononnya berpunca dari jabatan lain.

Bagi kebanyakan siswazah yang baik sikapnya, tidak suka memburukkan rakan sekerja. Mereka menghadapi masalah kerana segala masalah akan ditanggungnya. Majikan akan nampak mereka tidak berbakat dan pekerja senior tadi lebih berbakat.

Dengan ringkasnya, segulung ijazah tiada nilainya di sektor swasta kiranya kita tidak pandai membawa diri bekerja di industri tersebut dan berlaku baik walaupun kita telah di pijak. Majikan pasti akan lebih menilai prestasi pekerja lain walaupun hanya berkelulusan SPM saja.

Oleh itu, kiranya mempunyai pilihan maka pilihlah sektor awam yang menilai kelulusan dalan heraki jawatan.
Sekian..

Note : tak ada maknanya degree besar mana pun bila kerja kilang...

Thursday, April 9, 2009

Etika Dalam penulisan Blog


Tergerak hati menulis tajuk ni memandangkan ramai ahli keluarga dan rakan-rakan aktif menulis blog. Tajuk ni bukan suatu yang baru memandangkan sudah ramai yang menulisnya tetapi untuk renungan bersama, saya memilih tajuk ini sebagai bahan penulisan. Artikel ini boleh memperingati diri penulis sendiri dan juga panduan untuk penulis yang lain.

Perubahan zaman dari penulisan akhbar atau majalah kini bertukar kepada penulisan blog. Dulu penulis hanya menulis artikel dan disebarkan melalui akhbar atau majalah sahaja. Kini, teknologi semakin canggih dan penyebaran maklumat tidak terbatas. Dan memang menjadi trend setiap pengguna broadband mempunyai blog sendiri.

Setiap blogger cuba untuk mencatikkan blog masing-masing dan menarik ramai pengunjung melayari blog mereka. Berbagai bentuk artikel akan diselitkan dalam blog masing-masing dari berbagai kategori. Dari kisah keluarga, masyarakat, agama, politik hinggalah kepada gossip-gossip panas.

Perlu kita sedari bahawa kita bertanggungjawab terhadap apa-apa artikel dalam blog kita kerana pengunjung akan melayari blog kita. Ianya umpama kita menyampaikan sesuatu berita terus kepada kenalan kita.

Samalah seperti kita berbicara atau bercerita dengan kawan-kawan kita pastinya kena berhati-hati dengan apa yang kita tuturkan. Setiap dari kita bertanggungjawab terhadap apa-apa yang kita tuturkan.

Peringatan terhadap bahaya lisan yang tidak terkawal seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud :-
“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan suatu kata yang Allah redhoi dalam keadaan tidak terpikir olehnya, tidak tergambar kesan akibatnya, dan tidak menyangka kata tersebut membawa sesuatu akibat, ternyata dengan kata tersebut Allah mengangkatnya beberapa derajat. Dan sungguh seorang hamba mengucapkan suatu kata yang Allah murkai dalam keadaan tidak terpikir olehnya, tidak terbayang akibatnya, dan tidak menyangka kata tersebut mengakibatkan sesuatu, ternyata disebabkan itu, Allah melemparkannya ke dalam neraka Jahannam.” (HR. Al-Bukhari no. 6478)

Dapat kita simpulkan bahawa kata-kata yang baik akan membawa kesan yang baik dan begitulah sebaliknya. Samalah halnya dengan penulisan blog, kiranya kita ditapis dengan baik pastinya memberi kesan buruk.
Umpamanya bila kita mendapat maklumat tentang sesuatu yang agak sensasi dan kita terus 'copy & paste' ke dalam blog kita tanpa terlebih dahulu memastikan kebenaran maklumat tersebut.
Kita telah menyampaikan satu maklumat palsu. Lebih memburukkan keadaan kiranya maklumat kita itu menyebabkan nama atau imej seseorang atau sesebuat syarikat terjejas. Contohnya ada artikel menceritakan keburukan sesuatu produk yang kita tak pasti kesahihannya. Disebabkan ianya sensasi kita terus 'paste' dalam blog kita. Kesannya nama dan imej syarikat tersebut tercalar. Lebih memburukkan keadaan pengunjung blog kita pula mengambil artikel kita dan sebarkan lagi.

Tidakkah kita akan turut mendapat saham dalam penyebaran maklumat palsu, kita yang memulakan dan orang lain pula turut menyebarkan. ringkasnya kita telah memulakan suatu kejahatan.

Ramai Penulis ghairah menambah artikel berkualiti dalam blog masing-masing. Ini satu fenomena yang sihat tetapi dalam etika penulisan hendaklah kita menyatakan rujukan asal bila kita mengamalkan kaedah 'copy& paste'. Nyatakan penulis asal dan dari mana artikel itu diperolehi. Jika tidak ianya umpama artikel tersebut milik kita walhal kita hanya copy dari penulis lain.

Mungkin penulis asal tidak bersetuju artikel beliau diciplak. Ini merupakan satu pelanggaran hak cikta. Kita tidak boleh menciklak 'harta intelek' milik orang lain secara semborono.

Jika ini berlaku kita umpama mencuri hak cipta penulis tersebut. Kita jelas maklum bahawa hukum mencuri adalah salah satu dosa besar sebagaimana Islam mengenakan hudud terhadap kesalahan tersebut.

Dari Ibnu Umar r.a berkata, “Beliau (Rasulullah) memotong tangan pencuri kerana mencuri perisai (baju besi) berharga 3 dirham” (Al Bukhari dalam Al Hudud no.6796 dan Muslim dalam Al Hudud no.1686/6)
Walaupun kita hanya mencuri artikel sahaja yang nilainya kecil tetapi sikap berhati-hati perlu dalam penulisan beretika.

Kebanyakan bloggers beragama Islam pula ingin menyelitkan artikel lebih islamik kerana mempelbagaikan kategori atau label bagi artikel mereka. Maka kaedah 'copy & paste' sekali lagi digunakan. Malangnya lupa untuk memperhalusi tahap kesahihan artikel tersebut. Asal bunyi sedikit tentang agama, terus diselitkan dalam blog masing-masing.

Ini lebih memudaratkan kerana, seorang bukan ahli agama mengeluarkan artikel agama. Lebih memburukkan keadaan adanya sabdaan nabi atau tafsiran al-quran yang tidak pasti kebenarannya. Hadis-hadis disertakan yang bertaraf doif dan lebih buruk lagi hadis-hadis maudhu' turut disertakan.

Perlu diambil perhatian, menyatakan sesuatu berkenaan nabi yang sebenarnya lansung tidak berkaitan dengan baginda bermaksud kita telah mendustakan Nabi. Hukumannya amat besar menanti sesiapa yang berdusta menggunakan nama nabi.

“Barang siapa yang sengaja berdusta atas namaku, maka hendaklah ia mengambil tempat tinggalnya dineraka” (Hadits Shahih, riwayat Bukhari dan Muslim).


Secara keseluruhannya dalam kita berlumpa untuk menulis blog atau menarik pengunjung melayari blog masing-masing, etika penulisan wajib diambil kira. Pepatah melayu menyebut 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa' mungkin lebih sebuai bertukar menjadi 'Kerana blog badan binasa'
Semoga peringatan ini dapat dijadikan panduan untuk kita semua termasuk penulis sendiri.
Suhaimi Ahmad

Suka Duka Sebagai QA Engineer


Atas permintaan mama, dan juga mungkin untuk renungan bakal graduan yang ada minat untuk menceburi bidang ini seperti NaimKN, Haikal dan lain-lainnya, maka artikel ini ditulis.

Kisah ini adalah dari pengalaman 12 tahun sebagai QA bermula selepas grade tahun 1997 dulu.
Dulu masa study ada juga kawan-kawan senior yang recommend unutuk ceburi bidang ini. Menurut depa best bidang ni. Jadi aku pun cuba lah....

Lepas result keluar masa final year dulu dalam bulan Jun-1997, terus jadi job hunter. Berpuluh jawatan apply termasuk beberapa jawatan sebagai QA Engineer. Masa interview post ni , soalan lebih kurang sama je..
Ada lesen memandu ? Ada transport ? Ada passport ? tahu apa itu ISO ? Boleh kerja outstation ?
Ni kira soalan spot yang mesti prepare untuk bagi jawapan.

Dulu tertanya-tanya juga kenapa mesti ada lesen memandu. Sekarang baru faham rupa-rupanya QA kena selalu outstation. Kena jumpa customer kat luar dari ofis atau kilang kita. Masa mula-mula kerja dulu memang cergas. selalu gi kerja luar sampai Singapore dan hampir-hampir ke Jepun juga.

Sekarang pun selalu juga pergi jumpa customer. Meeting kat tempat customer. Contohnya bulan lepas (24/3 ~ 25/03/09) ada meeting kat Sony Penang. Jadi kena stay (overnight) 1 malam kat sana. Bila dah berkeluarga ni kena berjauhan dengan anak bini agak keberatan sikit.

Tapi bagi yang masih fresh - baru grade kerja luar ni amat sesuai. Boleh jalan-jalan tempat orang sambil settle kerja kita. Selalunya meeting customer lebih kepada isu berkaitan kualiti. Mungkin produk keluaran syarikat kita bermasalah dan customer minta countermeasure problem tu.

Sebagai QA engineer kena prepare problem analysis dan juga countermeasure yang telah diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Kita kena present depan customer apa status analisis kita dan corrective/preventive action untuk re-solve problem tu.

Dulu se-awal pembabitan sebagai QA Engineer bab present ni yang lemah sekali. Dah la kena berdepan dengan otai-otai dari Sony. Dah tentu banyak soalan yang kena jawab. Soalan tentang why-why yang tak terjawab.
Contohnya bila kena present produk 'dent' atau kemek pada bahagian tertentu. Defect part tersebut dijumpai di kilang Sony. Walaupun hanya 2 ~ 3 pieces tapi tetap kena mengadap PQA Sony. Kena present Why happen & why leak out ?

Soalan pertama : Why dent ?

Sebab tooling facing problem

Why Problem ?

Sebab improper maintenance.

Why Improper ?

Sebab lacking of man power

Dan begitulah seterusnya.


Tu yang buat kita sebagai QA agak fed up, orang lain buat silap kita kena jawab bagi pihak mereka.

Tapi tu lah reality sebagai QA. Sekarang dah imune, kena marah dengan customer perkara biasa.
Sebab tu secara peribadi jika ada pilihan, pilih kerjaya yang lebih ecademical. Contohnya jadi pensyarah, Reseacher ataupun bisness sendiri. Susah senang kita tanggung sendiri.

Wednesday, April 8, 2009

Nasi Lemak Kopi O 2


Seperti yang telah di janjikan sebelum ini, ada beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan sewaktu jalan2 pada hujung minggu yang lalu. Nak kami ceritakan lagi di Laman Budaya Tasik Shah Alam (tempatnya berlangsung acara program Nasi Lemak Kopi O) mereka juga turut menyediakan taman permainan kanak2. Ala2 belon gitu, sudah tentu anak2 kami tidak mahu melepaskan peluang melompat2.

Hanya gambar Dina dan Iffa yang abah sempat merakamkannya yang lain tak boleh diambil gambar mereka kerana permainan mereka terlalu ekstrem..

Kira2 sejam kemudian lebih kurang dalam pukul 2 petang kami membawa anak2 ke kompleks PKNS yang berdekatan untuk menunaikan solat Zohor.

Di PKNS, setiap hujung minggu mereka akan mengadakan acara bagi meraikan pengunjung yang datang. Acara biasanya akan bermula lebih kurang pada pukul 3-5 petang.

Anak2 kami seperti biasa memang gemar menyertai acara2 atas pentas ni. Iffa dan Arrie contohnya sejak usia mereka 4 tahun dah biasa naik ke pentas untuk meyertai acara kanak2. Seronok dapat hadiah katanya.

Gambar ini kami rakamkan pada tahun lepas pertengahan tahun 2008. Tahun2 yang lain kami tak sempat rakamkan kerana pada waktu tu belum ada kamera lagi.


Waktu nie kami sempat ambil video untuk kenang-kenangan. Tak silap mama waktu ni mereka sedang diinterview oleh ahli kumpulan nasyid Safwan yang nyanyi lagu 'isteri cerdik yang solehah'... Saksikannya.


Dibawah nie ada beberapa keping gambar bagi acara yang anak2 kami sertai. Sepatutnya hanya Arrie dan Iffa saja yang naik ke pentas entah macamamana Ammar pun turut naik ke atas. Aduh macammana nie, panik betul kami maklumlah Ammar bukan fasih bertutur lagi. Tengok ajelah.

Sayang sekali telefon kamera N95 mama habis bateri tak boleh merakamkan video mereka.


Waktu ini wakil dari pihak PKNS dan pengacara jemputan Irwanshah Duta uptown Shah Alam (sebelah kiri) sedang memberikan sedikit taklimat kepada mereka tentang acara yang bakal mereka sertai iaitu meniup belon. Siapa paling besar dan tak pecah dialah pemenangnya.


Perhatikan mereka berdua tu sebenarnya sedang mengusik Ammar kata Irwanshah, Ammar pasti boleh menang sebab senang kerana tak ada gigi dua batang di hadapan. Irwanshah suka mengusik Ammar menurutnya Ammar favourite peserta dia. Lawak betul. Tersengih2 Ammar bukan paham apa yang orang tu cakap kat dia.

Acara pun bermula Iffa mendapat tempat kedua manakala Arrie ketiga. Pemenangnya sudah tentu belon warna kuning. Ammar pulak entah kenapa belon yang ditiup bila kembung aje dia sedut balik, kembung dia sedut.. Irwanshah suruh abah trained Ammar di rumah next year lawan lagi..

Irwanshah sempat mengusik pemenangnya ialah Ammar, sebab belon paling kecik. Bila turun aje pentas selepas dapat hadiah saguhati berupa air kotak, Ammar mengadu kepada abah "Oyang tu akap Amma menang tapi dapat air je.." Ala siannya.. Arrie dan Iffa pun dapat hadiah yang sama takpelah kan untuk suka2 aje.. Ok apa air kotak selamat duit abah hari tu.


Tapi kenapa mama pulak berada atas pentas jugak ye? Nak tahu layari http://zuraidajemain.blogspot.com untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Monday, April 6, 2009

Nasi Lemak Kopi O Bangun wei..


Last week abah pagi2 lagi dah sudgest for this week kita gi jalan2 kat Taman Tasik Shah Alam. Ada program rancangan TV9 Nasi Lemak Kopi O. Ok Jom kita tengok apa aktiviti yang kami sempat joint kat situ.

Lebih kurang pukul 12 tghari kami sampai kat tasik tu.. bergambar dulu. Tapi kesian jugak kat abah selalu nya gambar dia mesti tak ada. Tapi takpe kali ini mama akan pastikan gambar abah ada terselit kat sini.

Haa kan ada tu. Gambar kandid mama sempat captured untuk abah. Tapi apa yang sedang di tengok mereka dengan bersungguh2 tu agaknya yea.. Yang kat bawah ni pun lebih kurang jugak.. Ooo konpius konpius..

Apakah itu? Tell me aggh ... Ikan jaws kot tak pun buaya putih sarawak kot.. Tak lojik takkan buaya tu berjaya berenang sampai shah alam.. Jom check it out..


ooh rupanya2 perlawananan FI bot kecik.
Sorila tak tahu apa kenamanya game ni..

Ni la rupanya bot kecik tu.. Arrie dok berangan suruh abah dia beli bot tu..

Ada lagi yang special kat situ Aiskrim Goyang, sebelum makan kita kena goyang2 dulu itu syarat dia.. Eeh eh bukanla, cara nak buat aiskrim tu kita perlu goyang2kan acuannya.. Apa kena mengena lak aiskrim tu dengan kita. Takkan nak makan aiskrim kena goyang2 dulu.. macam something wrong jer..

Mak buyung dan anak2nya sedang menikmati aiskrim goyang. Sebab tu tak lojik kalau dia suruh sebelum makan kena goyang2 kan badan dulu, mahu mama bersalin cepat kalau macam tu.. Siapa punya idea la agaknya yek?

Lepas lebih kurang 2 jam habiskan masa dan tenaga kat situ kami pun pergi menunaikan sembahyang zohor di bangunan PKNS yang berdekatan. Kat situ pun ada aktiviti menarik yang kami ingin ceritakan. Tunggu...!!

Wednesday, April 1, 2009

Hasil Usaha Arrie..


Di atas permintaan Arrie yang meminta supaya mama masukkan keputusan ujian peringkat sekolahnya baru2 ini di dalam blog. Sebelum ini mama dah janji jika dia perolehi keputusan yang baik mama akan muatkan di dalam blog bukannya apa nak menggalakkan dia terus berusaha.

Maklumlah di awal kami mendapat idea membuat blog pun kami ingin menceritakan segala suka duka keluarga kami di sini untuk tatapan anak2 di kemudian hari.

Hanya beberapa kertas yang di perolehinya maths, science dan pendidikan islam. Untuk BM hanya kertas 1 yang telah diterima jumlah markah 28/40 kertas 2 belum lagi.

Markah bagi mathematics untuk kertas 1 dan 2 keseluruhannya sebanyak 96%, manakala untuk science pula 91% dan pendidikan islam pula 90%. Alhamdullillah inilah hasilnya kalau rajin mengulangkaji.

Tapi sebenarnya Arrie perlu juga berterima kasih kepada abah yang banyak meluangkan masanya di sebelah malam untuk membantu Arrie dalam mengulangkaji pelajaran. Sebab itu setiap kali peperiksaan abahlah orang pertama yang ingin tahu keputusan peperiksaan Arrie.

Hari nie abah seawal 4.30pagi telah bergegas pergi ke tempat kerjanya kerana abah bersama beberapa rakan sekerja yang lain akan pergi ke Penang untuk meeting dengan customer kilangnya. Sebenarnya dah banyak kali abah berulang alik ke luar daerah seperti Ipoh dan Penang atas urusan kerja dan kebiasaannya kalau abah sempat balik sebelum maghrib dia akan meluangkan masa mengajar anak2 di rumah.

Hari nie sebaik kaki melangkah masuk Arrie terus tanya "Abah dah balik belum? Abang dapat kertas maths 96% mama.."


Sudah tentu abahlah orang pertama yang di cari Arrie kerana abahlah yang banya mengajarnya sendiri di rumah.



Di sebelah kiri pula keputusan terkini Arrie untuk Sekolah Agama Rakyatnya.

Banyak yang perlu di baiki tapi di harap Arrie akan terus berusaha..

Kami sebagai ibu bapa, sudah tentu kami sentiasa mendoakan kejayaan anak2, bukan untuk diri kami tetapi untuk diri mereka sendiri. Nak memberi harta kami tidak mampu tetapi hanya pendidikan dan ilmu yang kami dapat berikan untuk mereka meneruskan kehidupan di dunia dan juga akhirat.

Mama harap sekiranya berjaya suatu hari nanti jangan meninggi diri dan jangan merendah2kan orang lain. Jadilah seorang manusia yang sentiasa menghargai dan menghormati orang sekeliling. Sentiasa bersyukur dan sentiasa mengingati Allah. Yang penting sentiasa berusaha kalau kita gagal hari ini tak bermakna gagal selama2nya kan?

Bila abah balik nanti ucap terima kasih kat abah tau, harapnya kepenatan abah seharian dalam perjalanan pergi dan pulang dari Penang terubat dengan keputusan ujian Arrie kali nie.

Terima kasih abah yang banyak membantu mama dalam menguruskan hal2 rumahtangga.

Segala jasa dan budi abah selama ini tak termampu kami balas. Kami sayangkan abah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008