Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, October 5, 2009

Bahagia menurut kaca mata Islam



Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dan sesetengahnya bangga mengishtiharkan mereka adalah sebuah keluarga bahagia.

Artis juga tidak terkecuali memaparkan kehidupan bahagia mereka di dada-dada akhbar dan majalah. Persoalannya bagaimanakah bahagia sebenarnya menurut perspektif Islam. Penulis cuba menghurai takrif sebenar berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

Sebelum mengulas lebih lanjut ada baiknya kita menghurai istilah bahagia tersebut dahulu. Huraian yang dibuat pastinya membawa maksud yang berbeza mengikut dari perspektif mana ianya dirujuk.

Simiskin merujuk bahagia kepada neraca kekayaan seseorang. Dia akan menganggap berbahagialah si kaya itu keran mempunyai harta yang banyak. Oleh itu ukuran kekayaan dibuat simiskin tadi tidak tepat kerana ianya mengambil relatif kepada harta kekayaan.

Begitulah juga pesakit akan berkata berbahagia lah si anu itu kerana dia sihat sentiasa. Oleh itu setiap kita mempunyai takrifan berbeza pengertiah bahagia ini tetapi penulis ingin merujuk bahagia dari kaca mata Islam.

Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Ayat di atas merupakan saranan supaya kita mengingati Allah sentiasa supaya hati menjadi tenang. Maksudnya hati tenang merupakan cirri-ciri kebahagiaan sebenar yang dicari setiap insan.

Berbalik kepada si kaya tadi, walaupun kaya tetapi jika hati tidak tenang apalah gunanya. Walaupun kaya mana sekalipun jika tidak sihat pun tiada gunanya. Agak mustahil seseorang memiliki kesemua kelebihan kaya, sihat, ternama, popular dan sebagainya.

Dengan kata lain jika bahagia sekadar dinilai dari sumber luaran sahaja tidaklah memadai dan tidak mungkin kita dapat mencapi semuanya untuk benar-benar bahagia.

Ada juga yang berpendapat ujian keperitan hidup menghilangkan bahagia.Contohnya kemiskinan menghilangkan kebahagiaan. Keperitan hidup, bebanan hutang dan sebagainya punca rumahtangga tidak bahagia.

Pendapat ini adalah janggal sekali kerana memang fitrah kehidupan kita di muka bumi ini untuk diuji. Sekiranya ujian hidup ini adalah punca hilang bahagia maka tiada orang yang bahagia di duania ini kerana semua pasti pernah diuji. Pernah sakit, tiada wang, kena buang kerja, kereta ditarik bank, kemalangan kecil dan sebagainya.

Kita umpamakan bila jari kita terluka dan kena gaul garam kunyit. Adakah garam penyebab kita sakit. Bila tidak luka tiada terasa apa-apa. Garam umpama ujian hidup kita manakala luka adalah hati kita. Garam tidak memberi kesan apa-apa jika hati terpelihara –tiada luka.

Bererti walaupun apa keadaan sekalipun jika dalaman kita (hati) terpelihara, kita pasti akan bahagia. Berbalik kepada hurian bahagia menurut kaca mata Islam bererti bahagia adalah bermula dari hati yang bersih.

Ianya hendaklah dijaga, dipulihara supaya sentiasa terpelihara dengan baik. Apa-apa rantangan dalam hidup akan dapat diatasi dengan tenang dan sabar.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)


Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

Nota : Semoga Arriesfamily sentiasa bahagia dunia & akhirat. Amin...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008