Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Wednesday, September 21, 2011

Tapak rumah dah siap


Hasil dari kerjasama dan bantuan orang kampung terutamanya 2 orang adik beserta pasangan mereka, maka usaha membina tapak rumah telah berjaya. Terima kasih yang tak terhingga kepada EYENA'S PHOTOGRAPHY atas sumbangan gambar di sini..

Kelihatan 'Back Hoe' sedang menolak kawasan tapak tersebut.


Pemandangan tapak tersebut dari satu sudut lain.


Abang Joe (Kontraktor) yang bertungkus lumus menyiapkan kerja tambak tanah.


Kelihatannya, Adik Fakru dengan gaya peneroka berbincang sesuatu yang serius dengan kontraktor. Sempat juga mendukung walaupun dalam kesibukan berbincang. Kelihatan juga seseorang yang membelakangkan Kamera (agaknya tidak mahu dikenali ramai) memerhati dengan serius perkembangan projek ni.

Tanpa bantuan dan sokongan dari warga kampung, rasanya projek ni sukar berjalan lancar. Sekali lagi ucapan terima kasih yang tak terhingga dari arriesfamily.....

1 comments:

ieda on September 21, 2011 at 4:32 PM said...

Terima kasih yang tak terhingga kepada kak Nab yang sanggup memberikan tanahnya kepada kita.. Kepada Fakru, Aida, Aina,Aslam dll.. yang menjadi orang perantaraan kami.. tanpa mereka susah juga urusan ni kan.. tak sabaq nak pindah bila tengok gambar2 tu.. Mudah2an Allah permudahkan segalanya untuk kita sekeluarga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008