Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, September 23, 2011

Kerja swasta, kerajaan atau sendiri ?


Lanjutan dari artikel terdahulu, terdapat beberapa pilihan dalam memilih kerjaya. Penulis pada masa tersebut memikirkan hanya 2 pilihan popular antara sektor awam atau swasta:-
http://arriesfamily.blogspot.com/2011/03/panduan-memilih-kerjaya-awamswasta.html

Mutaakhir ini, penulis mula memikirkan terdapat satu lagi pilihan iaitu bekerja sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Ramai akan tertanya-tanya terutama graduan muda, yang mana satu patut dijadikan pilihan. Jawapan paling cepat dan ringkas, pilihlah sektor awam. Artikel terdahulu juga menerangkan perbezaan ketara antara kedua-duanya dan jika penulis sendiri diberi pilihan semula untuk kembali ke 15 tahun yang lalu pasti memilih kerjaya di sektor awam.

Kenapa pilih sektor awam ?
Persoalan dalam benak para graduan muda kenapa perlu pilih sektor awam. Jawapan mudah ialah kerana sektor pekerjaan yang lebih menjamin masa depan. Tiada risiko syarikat tutup, tiada risiko gaji statik, tiada bebanan melampau urusan kerja, tiada tekanan melampau pihak majikan dan sebagainya.

Pengalaman penulis sendiri selama berkhidmat hampir 15 tahun di sektor swasta, itulah di antara bebanan yang sentiasa ditanggung sendiri atas pilihan kerjaya yang dipilih. Bukanlah tujuan penulis menakutkan pembaca semua tentang tekanan kerja di sektor swasta tetapi itulah hakikatnya bila kita telah berada di dalamnya. Penulis pernah meluahkan pengaman melaui artikel berikut : Kerjaya sebagai Eksekutif

Belum pernah kita dengar lagi kakitangan kerajaan mana-mana negara tidak dibayar gaji mereka kecuali negara yang menghadapi krisis dalaman seperti Somalia. Perang saudara menyebabkan seluruh negara menghadapi krisis tak kira dalam sektor apa sekalipun. Walaupun ada beberapa negara menghadapi krisis ekonomi sehingga ke tahap muflis seperti Denmark tetapi kesannya dirasai oleh seluruh penduduknya. Bermaksud semua sektor pekerjaan hadapi masalah yang sama.

Berbalik kepada 3 pilihan tadi, selain awam dan swasta - ada juga pilihan bekerja sendiri. Pilihan ke-3 ini lebih sesuai kepada penjawat awam yang telah pencen ataupun pekerja swasta yang telah banyak Simpanan KWSPnya. Kenapa demikian ?
Jawabnya mudah : Sektor awam berpencen, maka lebih sesuai menunggu hingga pencen baru bekerja sendiri. Pada masa tersebut duit pencen dah dapat dan bekerja sekadar mengisi masa lapang. Bagi yang bekerja di sektor swasta - tiada wang pencen dan hanya mengharapkan duit simpanan KWSP. Kiranya jumlah simpanan telah mencecah ratusan ribu, maka boleh dipertimbangkan untuk bekerja sendiri. Kenapa perlu ada simpanan ?

Jawapannya kerana : selepas pencen tidaklah perlu bekerja teruk-teruk lagi kerana duit KWSP tersebut cukup untuk membayar segala baki hutang dan memulakan kehidupan berpencen. Jika tiada simpanan bermaksud kita akan terus terpaksa bekerja secara bertungkus lumus walaupun di penghujung usia. bukankah lebih baik di akhir usia banyak dihabiskan masa bersama rakan masjid, ke kuliah-kuliah agama, solat berjemaah dan sebagainya.

Penulis sendiri kini mula terfikir untuk bekerja sendiri, bukanlah kerana bosan bekerja swasta tetapi memikirkan adalah lebih baik menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga. Simpanan KWSP juga telah mencecah lebih RM 100K pada masa kini dan pelaburan Public Mutual melalui KWSP juga boleh mencecah RM200K setelah pencen nanti. Dari perkiraan jumlah simpanan tadi, rasanya cukup membiayai kehidupan selepas pencen.

Kesimpulan dari keseluruhan topik ini, bekerja sektor awam adalah pilihan terbaik. Sektor swasta boleh bagi mereka yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Bekerja sendiri adalah suatu pilihan alternatif bagi mereka yang tidak suka bekerja di bawah arahan orang lain. Kita lah kuli kitalah 'tauke'. Walau bagaimanapun perlu dibuat perancangan teliti untuk bekerja sendiri kerana anda telah tiada pendapatan yang tetap. Tetapi jika perancangan anda berjaya, anda bakal seorang usahawan muda yang berjaya tidak kira apa sektor anda ceburi.Selamat memilih kerjaya.......

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008