Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, March 20, 2009

Banyak Sebab Anak Lambat Bercakap


Sebuah Artikel dari Berita Harian...
Ammar pernah menghadapi symptom yang sama suatu ketika dulu.

Oleh Rohaniza Idris

Genetik, persekitaran boleh pengaruhi perkembangan linguistik kanak-kanak
AIREEN, empat tahun petah bercakap dan sering membuat mamanyaterdiam apabila disoal dengan pertanyaan yang kadangkala tiada jawapan.
Ini berbeza sekali dengan rakan seusianya, Nurin yang masih tidak pandai bercakap walaupun aktif seperti kanak-kanak lain. Keadaan Nurin menyebabkan ibunya, Noor bimbang dan seringtertanya-tanya kenapa anaknya yang anaknya boleh dikategorikan ‘bising’walaupun apa yang keluar dari mulutnya tidak difahami kerana bunyinya seperti kanak-kanak baru belajar bercakap.


Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-KanakUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktorpersekitaran dan kesihatan mereka.Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru.


Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibubapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,”katanya

Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapajuga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambatbercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan.
Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar)“Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagaiberisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi,penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap.


Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya.Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata. “Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap.


Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,” katanya.Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.


Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan. Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata. Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa. Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.FAKTA: Percakapan kanak-kanak

Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanakdari bayi lagi sebenarnya sudah boleh ‘berkomunikasi’ dengan orang lainmelalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembanganpra-linguistik).
Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.

Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkunganusia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami ‘semantik’sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.[b]INFO: Tip membantu anak bercakap.

Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketikamereka masih belum lagi pandai bercakap!
Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayatyang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepadaanak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lainsupaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindakbalas

Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat
Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak
Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untukmembantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajariperkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya.

Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik danberusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak.
Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak.
Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008