Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Wednesday, March 11, 2009

Perihal anak.


Semalam merupakan hari yang amat meletihkan minda dan fizikal. Akibat terlalu risaukan kesihatan Ammar, mama bertindak pergi sendirian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada abah ini kerana dengan fikiran yang bercelaru dan emosi yang tak menentu akibat dari pengalaman lalu yang mengaanggap remeh tentang kesihatan anak dan membiarkan Ammar menderita kesakitan akibat appendiks selama 3 hari.

Bagi mama cukuplah kesilapan lalu dan mama tak sanggup lagi hendak menempuhi apa yang akan berlaku sekiranya kita lambat bertindak. Dan kalau boleh mama nak mengetahui selanjutnya apakah masalah kesihatan yang Ammar alami oleh doktor pakar.


Mulanya ingatkan beguk tetapi ianya adalah kelenjar yang sedang membengkak.


Sebelum ini ada doctor yang menyarankan agar mama membawa Ammar untuk menjalani ujian darah bagi mengenalpasti adakah punca Leukimia atau bukan. Dengar saja Leukimia hati mama sudah tentu menjadi gerun kerana mama pernah menyaksikan penderitaan arwah abah mama yang telah pun meninggal dunia disebabkan penyakit itu. Oleh itu mama ambil tindakan pergi sendiri kerana kalau boleh nak tahu pada hari itu juga kondisi Ammar sebenarnya.

Setelah berulang alik dari satu hospital ke satu hospital dan kini kami hanya menunggu keputusan doktor. Bukan mudah bagi mama untuk melakukan ini semua seorang diri dan mama memang memerlukan seseorang untuk membantu tetapi mama tak mahu mengganggu abah bekerja.

Bukan tidak berusaha memberitahu dahulu tetapi sewaktu mama cuba hubungi abah kredit sudah tamat tempoh dan mama juga berusaha mencari public phone malangnya rosak oleh kerana nak cepat untuk kembali pulang mengambil Iffa di sekolah mama terus pergi ke klinik Telok Panglima.




Ammar sewaktu menunggu untuk mendapatkan rawatan di hospital Banting. Terima kasih kepada Abah kerana sudi menghantar kami.

Dengan membawa kandungan 7 bulan, anak berusia 2 tahun dan Ammar yang sedang lasak juga di dalam fikiran khuatir terlambat ambil Iffa di sekolah sudah tentu meletihkan tetapi kerana terlalu kasih dan bimbang kesihatan anak sudah tentu mama tak mahu berdiam diri di rumah menunggu dengan perasaan tertanya2 dan khuatir.

Mujur ada jiran yang boleh membantu kerana mama sempat berpesan sekiranya mama lewat balik dari klinik mama perlukan bantuannya untuk ambil Iffa pulang. Terima kasih kak Lily.

Nak tunggu sehingga abah pulang dari kerja? Sudah tentu malam kalau boleh mama nak tahu pada hari itu juga apa sebenarnya masalah itu.

Bila diminta pertolongan biasanya perbincangan hanya berpihak kepada satu pihak tanpa memikirkan pihak yang lain seperti yang mama beritahu mama tak mahu kesilapan menganggap tak de apa2 akan berulang kerana mama tahu tanggungjawab ibubapa melindungi dan mengasihi anak. Dan kerana terlalu kasih mama tak mahu anak2 mama menanggung kesakitan terlalu lama akibat dari sikap sambil lewa ibu bapa.

Pada tengaharinya kami bergegas ke hospital Banting dengan di hantar abah yang sanggup keluar (potong gaji lagi) dari tempat kerja tetapi disuruh pula ke hospital besar untuk dapatkan rawatan daripada doktor pakar kanak2.

Alhamdullilah akhirnya kami dapat juga ketempat yang dituju pada pukul 4 (sebelum tutup klinik tutup pukul 5) walaupun pada mulanya ada pendapat mengatakan tak sempat kerana sewaktu keluar dari hospital Banting 3.30 ptg tetapi sewaktu perjalanan mama banyak memohon kepada Allah agar di permudahkan jalan bagi kami kerana mama tak sanggup mendengar herdikan demi herdikan lagi. Alhamdullillah Allah makbulkan. Akhirnya doktor pakar yang merawat memberitahu bahawa Ammar hanya bengkak di bahagian anak tekak (tonsil) dia berikan ubat untuk mengecutkan kelenjar dan tonsil yang sedang membengkak ( antibiotik) mama dapat menghela nafas lega.

Keletihan berulang alik membawa anak2 di rasakan berbaloi walaupun menghadapi sikap individu yang selalu meletakkan kesalahan dan memarahi tanpa memahami perasaan. Hancur luluh perasaan tak tahu di mana hendak mengadu.

Dan kini kami hanya perlu menunggu keputusan ujian darah dan x ray pada hari Isnin nanti.

Dengan sokongan daripada ahli keluarga terdekat ianya membuatkan airmata mama mengalir kerana mama memang memerlukannya di waktu ini. Terima kasih kepada kakak Miza dan Along Uji yang terus telefon bertanya tentang Ammar sebaik tahu. Dan tidak lupa juga terima kasih kepada Emak kerana bersusah payah naik bas untuk ke hospital risaukan cucunya. Dan Naim anak saudara yang sedang belajar di UKM kerana sempat memberikan kata2 sokongan di dalam blog makcik. Dengan kata2 semangat dan panggilan telefon sudah tentu amat mama hargai sokongan kalian semua.

Walaupun bantuan sekadar bertanya khabar tetapi ianya membawa seribu erti kerana ketika kita dalam kesusahan sudah tentu sikap ambil peduli terhadap orang sekeliling dan kata sokongan memang di perlukan.

Kadangkala sewaktu ujian melanda inilah Dia menguji kita dalam bagaimana caranya kita menangani masalah ini. Bagaimana sikap kita, tindakan kita dalam mengharunginya.

Dan hari ini mama masih lagi terima panggilan dari Along, akak dan emak yang bertanyakan khabat Ammar.

Untuk abah mama minta maaf kerana keputusan mama pergi sendiri tanpa memberitahu terlebih dahulu adalah satu kesalahan kepada isteri. Maklumlah isteri kan kena minta izin suami dulu tetapi mama tahu abah sentiasa memahami tindakan mama sebab sebelum ini pun selalu terjadi tetapi apabila dimaklumkan kemudian abah biasanya ok je.

Terima kasih segalanya..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008