Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, March 9, 2009

Kisah Hidup Abah - Masa membesar bersama adik beradik


Penulis bersama adik (Dik Die)

Bila dah berkeluarga ni, tengok anak-anak membesar teringat zaman dulu-dulu (tahun 80-an) masa aku tengah membesar.


Agaknya kedua ibu bapa kami masa tu amat mencabar dalam mendidik kami adik beradik. Dah la ramai (7 orang) - susah pulak tu. Dengan kata lain kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kehidupan masa tu amat sederhana, makan pakai apa yang ada sahaja. Kami adik beradik tak diajar 'branded-branded' ni. Didikan lelaki dan perempuan agak berbeza dan mengikut faktor usia juga.


Kala aku membesar waktu tu (awal 80-an), mempunyai kakak yang ramai (4 orang), seorang abang (Bacat) dan seorang adik lelaki (Dikdie). Aku diapit oleh 2 saudara lelaki dan pastinya sifatku agak aggresif. Sebagai budak yang membesar sifat nakal atau 'buas' kata orang Kedah tak dapat dinafikan. Arwah mak lebih memberi penumpuan tolak ansur dalam keluarga. Konsepnya mudah : yang tua sentiasa mengalah.


Jadinya Dikdie sentiasa menang dalam banyak perkara. Bacat dan aku terpaksa mengalah bila berlaku perebutan mainan misalnya. Pun begitu sikap hendak menguasai tetap menebal dalam diriku. Masih segar dalam ingatan satu kejadian dalam darjah 2 rasanya; aku berebut sesuatu mainan tak dapat dipastikan apakah mainan tersebut (dah lupa) pastinya terpaksa mengalah dengannya. Dek kerana tak berpuas hati, aku telah membaling/melontar Dikdie dengan batu dan kena kepalanya.


Budak kecik mesti mudah luka. Maka berdarahlah dahinya. Aku pula buat selamba dan lari pergi main ngan kawan-kawan. Kejadian tu berlaku dekat dengan dewan lama (kini dah jadi dewan orang ramai Kampung Bendang Raja).


Aku ingat tak ada apa-apa, balik rumah arwah mak tanya kenapa baling adik ?
Aku memang jenis yang keras kepala; tak jawab buat tak tahu aja..


Masa tu Kak Yam tengah main congkak dengan Kak Jah kat tepi pokok Cempedak depan rumah. Kak Yam suruh jawab apa yang mak tanya. Tapi aku masih jenis yang degil.

Mak terus piat telinga (pulas telinga kata orang Kedah) dan minta aku mengaku tak nak buat lagi.

Mak tanya 'Serik dak lagi ?' sambil tangannya kat telinga aku.

Mak jenis ibu yang penyabar cuma pulas telinga saja walaupun dikdie berdarah dahinya....tapi aku pula terlalu 'degil' tak nak cakap 'SERIK'.
Cara didikan arwah mak memang begitu, setiap anak yang bersalah - dia akan minta kita mengaku SERIK dan janji tak buat lagi.


Hari tu memang hari gelap buat aku sebab degil sangat.

Aku tetap buat selamba walaupun telinga dah merah. Bapak datang dari belakang bersama rotan dan terus melibas atas belakang.

Kak Yam disebelah aku terperanjat dan cepat-cepat minta aku mengaku SERIK.

Kak Yam memang jenis kakak yang lembut hatinya, dia yang minta bapak hentikan merotan aku dan dia peluk aku sambil pujuk aku suruh mengaku serik.

Aku dengan keadaan birat di belakang sambil menangis tersedu-sedu mengalah mengaku SERIK.
Kak Yam turut menangis melihat belakng yang bertanda.


Kejadian ini masih segar dalam ingatan (mungkin Dikdie tak ingat lagi sebab masih kecik) sebab menunjukkan keakraban adik beradik bila berlaku sesuatu perkara.

Walaupun puncanya dari kesalahan aku tapi kakak-kakak tetap pujuk aku. Ini menunjukkan ikatan kekeluargaan amat akrab pada masa tu.
Rotan amat jarang digunakan hanya untuk kes-kes yang serius saja. Arwah mak sentiasa memberi teguran untuk anak-anak dahulu dan dihukum seminima yang mungkin dah meminta kami mengakui kesalahan yang dibuat dan berjanji tidak mengulanginya. 'SERIK' istilah yang kerap digunakan.
Bila teringat kejadian tersebut membuktikan ibu bapa dahulu memang penyabar dalam menghadapi kerenah anak-anak. Walaupun hidup susah, makan pakai yang tak menentu tetapi didikan akhlak diutamakan.
Melihat anak-anak kian membesar naik, aku amat khuatir dalam menghadapi cabaran mendatang.
Mampukah aku mendidik anak-anak seperti ibu bapa dulu-dulu dalam melahirkan generasi mulia pada masa akan datang.


Kepada anak-anak dan isteri : maafkan abah atas kelemahan memberi didikan terbaik buat anda semua.

2 comments:

abg sidi on March 9, 2009 at 7:37 PM said...

Sebenarnya bukan batu yang dibaling. tp sabut kelapa.. kena pada hidung dan berdarah.Bukan kerana rebut mainan tapi kerana tak bagi ikut menaiki basikal Lepastu pak bukan libas guna rotan tapi menggunakan batang pokok kapalterbang yang dah tua(keras)yang dicabut dari tanah

Suhaimi Ahmad on March 9, 2009 at 10:34 PM said...

Thanks for clarification.
Hopefully u can create your own story which more accurate....

motive of this story is for my family as guidance to them in order to improve our life style.

kekeluargaan itu penting dan cabaran dalam mendidik anak-anak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008