Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Tuesday, January 20, 2009

Rumah yang menjadi kenangan



Inilah rumah kami sekeluarga sebelum kami berpindah ke rumah sewa di Sijangkang. Rumah ini abah beli pada tahun 2003 dan siap hujung tahun 2004. Rumah ini walaupun tak sebesar mana hanya bersaiz dalam ukur 20x74 kaki persegi, tapi bagi kami sudah cukup sempurna dan selesa.

Memang pada mulanya mama enggan berpindah ke tempat yang berhampiran dengan tempat kerja abah kerana di sini, Meru, mama mempunyai ramai kawan yang baik2 dan rumah nie pun mempunyai 4 bilik ruang yang agak besar bagi kami sekeluarga. Mama gembira ketika mendiami rumah ini.


Sehinggalah peristiwa yang tak dapat kami lupakan berlaku dimana rumah kami telah dimasuki 2 orang penyamun Indonesia pada pukul 4.30 pagi. Ketika itu Dina baru saja berusia 3 bulan. Sedang kami nyenyak tidur mama dikejutkan oleh lampu yang tiba2 terpasang di dalam bilik. Dengan jelas mama melihat abah diacukan parang ke leher dengan diugut oleh penyamun tersebut yang mengatakan sekiranya abah cuba melawan dia akan bunuh abah. Manakala penyamun seorang lagi meletakkan pisau di kaki Ammar yang berusia 2 tahun ketika itu. Tangan abah diikat manakala seorang lagi penyamun memerhatikan badan mama mencari barang kemas. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2007.


Manakala Dina pula diacukan pizau ke badannya dan mama diugut sekiranya tidak menyerahkan barang kemas yang mama miliki Dina akan dibunuh. Mama termangu seketika dan cuba mengelak dengan mengatakan mama tiada barang kemas. Dengan nada keras dan pisau diletakkan rapat ke dada Dina penyamun tersebut berkata, " Aku mau barang berharga. Kalau tidak aku bunuh." Mama terdiam dan fikir sejenak kerana tidak mahu anak2 diapa-apakan akhirnya mama tunjukkan tempat mama sorokkan barang kemas tersebut.

Setelah penyamun itu dapat apa yang diingini, mereke keluar dengan melarang kami berbuat bising. Mama ikut kata penyamun itu kerana risaukan keselamatan Arrie dan Iffa yang tidur di bilik berasingan kerana mama lihat lampu dibilik mereka terpasang tetapi tiada suara kedengaran.

Stetlah mama dapati kedua2 penyamun itu melarikan diri mama segere menjenguk Iffa dan Arrie didalam bilik mereka. Alhamdullillah mereka tidak diapa2kan.

Mama berlari menjenguk ke pintu dapur dan melihat kelibat mereka berlari masuk ke dalam semak yang berhampiran.

Dina bergambar dengan anak penyewa rumah kami.

Walaupun kerugian hampir Rm9 ribu, kami masih bersyukur kami tidak diapa2kan. Selepas 2 minggu kejadian kami membuat keputusan untuk berpindah dan menyewakan rumah tersebut kepada orang lain.

Baru2 ini kami telah pergi membaiki kerosakan di bahagian tangki rumah tersebut, maka tergamitlah memori ketika tinggal di situ dan kamim juga sempat berbual2 dengan jiran2 lama.

Buat masa nie kami tidak mahu membeli rumah lain kerana tidak mau tambah hutang. Tunggu dulu kalau ada rezeki di masa akan datang. Insyaalllah.

Monday, January 19, 2009

Resepi : Pizza hawaian chicken ala mama.


Cara membuat doh pizza.
  1. I paket yis mauripan
  2. 500g high protein flour.
  3. 1 cawan air sejuk
  4. 5-6 sudu minyak zaitun
  5. 1 biji telur.
Cara caranya :
Masukkan tepung, yis dan sedikit garam. Gaul rata kesemua bahan.
Kemudian tuangkan air, minyak dan telur.
Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi doh. Perapkan doh yang telah ditutup kain sehingga kembang.

Sementara menunggu doh pizza kembang siapkan bahan2 yang perlu ditaburkan diatas doh pizza yang sudah siap.

Bahan2 yang diperlukan untuk hiasan atas pizza.

  1. Setengah biji nenas.
  2. Sebungkus sosej
  3. Ayam yang telah dicincang
  4. Sebiji lada benggala.
  5. Sebiji tomato
  6. Sebiji bawang besar
  7. Keju mozzarella.
  8. Daun oregano kering
  9. Sos tobasco
  10. Sos tomato preego
Gambar diatas ialah bahan2 yang telah siap dicincang.


Doh pizza di letakkan di atas pan pizza. Ratakan doh mengikut saiz ukuran pizza anda.

  1. Doh pizza tersebut diratakan. Sapukan sos preego diatasnya.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali keju.
  3. Taburkan sos tobasco dan akhir sekali taburkan keju mozzarella diatas sekali.
  4. Masak pada suhu 187 darjah celcius selama 25 minute.

Inilah hasilnya pizza hawaian chicken ala mama.


Anak2 yang tak sabar2 menunggu waktu untuk makan pizza. Selamat mencuba.

Friday, January 16, 2009

Melatih Arrie belajar menaip.



Saya suka menolong ayah mencuci kereta.

Saya selalu menyapu halaman rumah.

Saya kerap menyiram pokok bunga.

Saya sering membantu ibu di dapur.

Saya suka mengemaskan rumah.





Akhirnya inilah hasil Arrie. Pembelajaran hari ini ialah cara menggunakan caps lock, enter dan backspace. Semoga Arrie akan menjadi seorang kanak2 yang pandai menggunakan komputer di peringkat awal lagi.

Kisah Hidup Abah - Part 3 (Zaman Kanak-kanak)



Sambungan Part 3 (Zaman kanak-kanak)


Mengenangkan zaman kanak-kanak dulu, aku agak hairan kerana ibu bapa zaman dulu begitu percayakan anak mereka. Seingat aku aku mula pergi ke sekolah sendiri sejak tadika lagi.


Masa umur 6 tahun, bapak dan kakak-kakak ajar aku beberapa kali cara-cara naik dan turun bas. Lepas tu aku pergi sendiri. Macam tak logik aje...

Menurut cerita Kakak-kakak ku, aku memang berani gi sekolah kat Pekan Kuala Nerang seorang diri. Bukan tu aja, menurut Kak Balqis (kakak sulung) ; aku juga turut membawa Wahiba (anak Kak Balqis) bersama. Wahiba sebayaku walaupun dari segi pangkatnya dia anak saudara.


Kami akan pergi ke tadika bersama-sama dan aku akan menjadi kepalanya tanpa orang tua mengiringi.

Kak Balqis selalu cerita : aku selalu marahkan Wahiba kerana terlalu lambat orangnya. Maklumlah aku budak jenis ligat-semuanya nak cepat. Sifat baran aku memang dari kecik rupanya....

Masih lagi ku ingat pernah sekali, pemandu bas MARA (satu-satunya bas yang ada masa tu) namanya 'Mat Zain drebar' mintak aku tambang. Aku jawab : belum sekolah lagi, baru tadika.Jadi aku dan Wahiba naik bas free je....
Mat Zain drebar usik nak tangkap aku masuk jail sebab tak bayar tambang. Aku takut giler, tak dapat gambarkan sebab tu memori ni masih segar dalam ingatan..
Nasib baik Long - seorang penduduk kampung dekat dengan rumahku menenangkan keadaan.

Tu yang selalu buat aku terfikir, agaknya zaman dulu lebih aman kot. Tak ada penyamun, perompak, pencolek dan sebagainya. Sebab tu mak bapak dulu-dulu baik anak gi sekolah sorang-sorang walaupun masih kecil.
Tambahan pula jiran-jiran mengenali anak jiran masing-masing.Bukan macam sekarang, jiran sebelah pun tak tahu nama. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

Lepas balik sekolah tadika, pastinya main-main sebelah petang. Tak banyak kenangan main-main masa zaman tadika. Kecik lagi kot masa tu, tak ingat sangat...
Lepas tu dalam pukul 6.30 petang bersiap nak gi ngaji. Dulu pukul 6.30 petang sama macam 7.00 sekarang sebab waktu dulu lambat 30 minit. Hanya tahun 80-an, era Dr Mahathir baru waktu Semenanjung disamakan dengan waktu Sabah-Sarawak.
Gi ngaji pastinya dengan Bacat (Abu Bakar), abang terdekat denganku. Tu la satu-satunya abang yang sentiasa main bersama-sama tapi gaduh pun bersama-sama juga.

Terima kasih tak terhingga untuk Bang Li (Ustaz Ramli) yang sudi mengajar kami tak mengharapkan apa-apa bayaran.
Orang dulu-dulu memang ikhlas, ajar dengan percuma je. Sebab tu rasa hormat ibu bapa terhadap guru-guru masa tu amat tinggi.

Bang li memang garang orangnya. Rotan tersedia sebelah tangannya sebagai amaran. Sebutan, mahraj, dengu, panjang pendek betul-betul ditekankan. Al-hamdulillah sebab tu agaknya semua pelajarnya termasuk aku sendiri mampu membaca dengan betul.
Jasamu tidak ternilai harganya. Sebab tu setiap kali balik kampung, kami sekeluarga akan menziarah Abg Li. Mama (Ieda-isteriku) pun dah mesra dengan Kak Yam (Isteri Bang Li) sebab selalu gi rumah dia.

Awal 80-an, belum ada letrik kat kampung, jadi kena ngaji guna pelita. Kami semua kena bawak sorang satu pelita mingak tanah gi rumah guru. Pelita tu juga gunanya untuk jadi lampu masa balik ngaji.
Rumah Bang Li - guru yang mengajag Qur-an tu agak jaun juga dalam 400 meter. Masa balik paling mencabar. Habis ngaji dalam pukul 9.30 malam, gelapnya tak yah cakap ler.

Nasib baik ada Bacat, berani sikit. Balik dari rumah Bang Li kena lalu satu pokok besar (Pokok gemia). Mencabar sungguh bila nak melepasi pokok tu. Kami balik ramai-ramai. Bacat pula kadang kala buat nakal. Dia lari dulu, aku apa lagi....

Balik rumah berpeluh tu perkara biasa. Bila mak tanya (Dah arwah sekarang), kami dua adik beradik kontrol hensem. Tak ada apa-apa walaupun mafas tercungap-cungap.

Bila kenang balik masa dulu-dulu memang susah ngaji pun dalam gelap tapi Al-hamdulillah semua celik Al-quran. Cuma sekarang aku hairan, kemudahan dah banyak. Home tuition pun ada tapi masih ramai anak-anak muda yang buta Al-quran. Tajwid jangan cakap ler. Artis & celebrati pun hancur bila baca Qur-an dalam satu rancangan TV9 tu.

Semoga anak-anakku semuanya celik Al-quan, Insya-Allah.....

Bersambung part 4 (Cerita zaman kanak-kanak lagi)

Kisah Hidup Abah - Part 2 (5 ~ 6 Tahun)


Gambar sekadar Hiasan

Sambungan Part 2 (mula tadika)


Aku antara anak kampung yang dapat menikmati sekolah tadika sejak usia 5 tahun. Zaman sebelum tu agak susah, mungkin kerana tahap pembelajaran masih rendah. Kurang nya sekolah-sekolah tadika di waktu tu.

Januari, 1976 aku mula ke sekolah Tadika. Tak dapat dipastikan tadika anjuran siapa (mungkin KEMAS kot).

Di Kuala Nerang, pekan terdekat dengan kampungku hanya wujud 1 sekolah tadika. Itu pun kelas takida dipinjamkan dari bangunan tambahan tepi masjid Kuala Nerang.

Beruntung kerana kedua ibu bapaku mementingkan pelajaran. Jadinya aku dihantar ke Tadika. Pastinya bapak adalah orang yang bertanggungjawap menghantarku ke sekolah.


Di zaman tu, kenderaan yang terbagus dan termampu di beli hanyalah basikal. Bapak mempunyai sebuah basikal tua yang mempunyai pelantar besar, selesa bagi seorang budak kecil sepertiku. Basikal tu lah juga digunakan untuk mengangkut getah 'scrap' untuk dijual ke pekan. Hari Selasa, adalah hari pungutan 'scrap' untuk di jual maka hari tersebut kawan-kawan kat sekolah dapat menikmati bau tambahan dalam kelas.


Apa perasaan cikgu yang mengajarku pada masa tu agaknya. Pastinya tak sama macam cikgu sekarang. Cikgu dulu-dulu lebih menampakkan keikhlasan dalam mengajar. Soal bermacam bau dalam kelas tak penting, asalkan murid-murid dapat belajar mengenal ABC...

Kadang-kadang aku akan balik sekolah dengan Pak Ngah 'Man Sik'. Salah seorang penoreh kebun bapak yang masih setia sampai kini. Beliau digelar Man Sik kerana beralas dari Sik sebuah daerah bersebelahan Kuala Nerang. Pak Ngah kadang-kadang akan membawa sendiri hasil getah untuk dijual de pekan dan mengambilku dari sekolah. Hasil jualan akan di bahagi 50-50 dengan bapak.



Pak Ngah memang seorang yang jujur. Dia akan menunjukkan setiap resit jualan kepada bapak sebagai bukti dan dibahagi sama rata. Masih segar dalam ingatanku kedudukan kedai getah tadi berdekatan jambatan lama di Kuala Nerang. Getah dijual dalam 2 gread : getah keping dan getah scrap.






Untuk mendapat getah yang lebih mahal dan berkualiti Pak ngah akan memproses getah jadi getah keping. Balik dari sekolah aku juga akan membantu Pak ngah prosess getah keping tersebut. Pastinya Pak ngah akan anggap aku lebih mengacaunya dari membantu tapi dia tak pernah marah. Kerja paling senang aku boleh buat adalah mengacau cuka getah dalam acuan. Pak ngah akan masukkan cuka tersebut dan aku lah tukang kacau.

Bapak mengediakan sebuah pondok memprosess getah keping di belakang rumah, kira-kira dekat dengan kolam ikan sekarang ni. Di situlah juga disediakan tempat menyidai getah keping untuk di keringkan.


Untuk pengetahuan semua, proses membuat getah keping memang rumit. Sebab tu agaknya sekarang susah untuk kita lihat process tersebut.


Getah cair di kutip selepas di toreh. Dikumpulkan dan di masukkan dalam acuan (satu bongkah zink 4 segi tepat).


Dicampur cuka getah (sejenis asid) untuk membekukan getah tersebut.


Lepas beku, keluarkan dan dilenyek untuk dilebarkan seterusnya dimesinkan. 2 jenis mesin : lurus dan berjalur.


Hasilnya getah keping tersebut berbentuk 4 segi lebar dan berjalur seperti bunga tayar kereta.


Perlu dikeringkan, di salai dalam 3~4 hari, baru boleh dijual.





Bila fikir-fikir balik, memang susah orang dulu-dulu bekerja se awal subuh bangun menoreh. Lepas tu kutip getah, proses petang baru siap semuanya. Kita generasi sekarang patut bersyukur dengan kemewahan yang ada (bukan kempen ni....tau).


Berbalik kisah aku di Tadika tadi. Di tahun 1977 ada perkhidmatan bas dari syarikat MARA, bapak mengambil inisiatif, menghantar menggunakan bas pula. Tambang hanya 20 sen bagi orang dewasa dan 10 sen bagi kanak-kanak yang dah sekolah. Aku percuma.....ler

Bersambung - Part 3 : Kisah zaman kanak-kanakku...

Thursday, January 15, 2009

Kisah hidup Abah - part 1


Atas permintaan mama & Arrie adik beradik, abah akan menulis tentang pengalaman hidup abah pula.....

Part 1 ( Umur 1 ~ 4 tahun)

Aku di lahirkan pada 14 Feb 1972 di Kg Bendang Raja. Sebuah kampung terpencil di Kuala Nerang, Kedah. Tak banyak cerita se usia baby cuma banyak diceritakan tentang keletah ku selepas 2 tahun.

Pada tahun 1974, kedua ibu bapaku merancang menunaikan haji. Disebabkan aku baru berusia 2 tahun dan susah untuk ditinggalkan , maka aku turut dibawa bersama.

Dulu-dulu belum ada kapal terbang MAS, jadi guna jalan laut ler...

Nak gi buat haji bulan Zulhijjah, sebelum puasa (Ramadhan) dah bertolak.

2 bulan perjalanan dengan kapal. Berhenti merata tempat; Siam, India, Sri Langka dan sebagainya.Menurut cerita bapak berbagai ragamku ketika dalam kapal.

Nakal tak terkata la... maklum la, budak baru membesar.
Pernah satu kejadian aku bermain-main sekitar tangga kapal. Setiap tingkat kapal ada tangga menyambungkan antara 1st floor & 2nd floor dan seterusnya.

Kerana asyik sangat bermain kat tangga tu, aku masukkan kepala ke dalam rongga pemegang tangga. Pemegang jenis klasik berbunga-bunga. Tau-tau tersangkut kat situ....
Apa lagi melalak sakan, mana tak panik dah kepala sangkut kat situ.

Puas bapakku cuba umpil tapi takleh keluar juga. Terpaksa panggil kelasi kapal settle kan.
Pastinya keadaan tu, amat mencemaskan sebab tu kenangan ni masih segar dalam ingatan bapakku.

Bapak banyak cerita tentang aku turut mengerjakan haji bersamanya. Orang tawaf aku ikut, sa'i, melontar dan sebagainya. Cuma mungkin tak ada bacaan dan niat sebab kecik sangat waktu tu.

Bila aku penat jalan, bapak akan mengendungku atas bahuya. Selalu diulang-ulang cerita ni yang aku sentiasa diusung ke sana kemari. Melihat bapak yang semakin dimamah usia sekarang ni, terasa sedih kerana suatu ketika dulu begitu gagah aku di bahunya..

Menurut bapak lagi, aku begitu akrab dengan seorang makcik (orang kelantan). Selalu main dengannya tetapi sikap 'kelolo'ku hinggakan bila nak buang air kecil dia jadi sasaran. Bajunya jadi tandasku. Makcik ni memang penyabar. Senyum je...
Ini menunjukkan orang dahulu ke Mekah memang ikhlas dan bersih hati mereka.

Bila lihat kejadian anakku Ammar pernah sekali kencing atas mamanya walupun usia dah 3 tahun lebih, fikirku mungkin Ammar mewarisi sifat 'kelolo'ku itu agaknya.Mama pula masih tersenyum walaupun bajunya lenjun dikerjakan.
Syabas buat 'mama' - terserlah sifat keibuan sejati.

Menurut bapa, aku dikhatankan di Mekah. Masih segar ingatan bapak bagaimana aku bersemangat untuk ke tempat Khatan. Lepas selesai terus diam membisu, nangis takyah cerita ler.Bapak dimarahi oleh tok mudin Arab tu. Dari apa yang bapak faham katanya " kenapa lambat sangat bawak budak berkhatan". Rupanya orang Arab khatan masa baby lagi.

Mungkin kaedah ni sesuai dipraktiskan di Malaysia juga, sebab baby tak banyak bergerak. Cepat sembuh.
Sekarang teknologi dah canggih - khatan 2 ~ 3 hari dah elok.Lepas khatan, aku rupanya mogok - dok diam tak nak cakap, tak mau makan dan sebagainya. Tapi tahan 2 hari saja, lepas tu....'buas' balik kata orang Kedah.

Lari ke sana ke mari, lompat dan sebagainya. Luka lambat sangat nak sembuh, sampai berdarah pun pernah kata bapak.Agaknya bapak mesti pening jaga aku masa kat Mekah dulu.

Sekarang bila aku pun dah ada anak baru tahu betapa susahnya membesarkan anak-anak.
Memang kena banyak bersabar bila anak nakal sikit tapi sekarang Al-hamdulillah Arrie, Iffa dah beransur-ansur membesar banyak membantu dalam urusan rumahtangga.Mereka yang siapkan segala persiapan untuk makan bersama. Tolong angkat pinggan, ambil air, basuh pinggan, sapu lantai. Arrie rajin basuh baju malah baju, kasut sekolah pun basuh sendiri walaupun baru darjah 2.

Tahniah buat 'Mama' yang bijak mendidik mereka....

Bersambung....( Part 2 - Usia 5 tahun ++ )

Wednesday, January 14, 2009

Ilmu atau Harta ?











Ilmu Atau Harta ?

Tajuk kali ini mengupas manakah yang lebih penting antara keduanya.
Baru-baru ini, penulis ada mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus, beliau ada menyebut segala isi alam ini adalah pinjaman semata-mata.
Rumah yang besar adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita menjaganya sewaktu kita di dunia. Anak yang ramai, adalah amanah Allah untuk ibubapa menjaganya. Kereta besar, wang yang banyak semua milik Allah yang dipinjamkan untuk kita di dunia sementara ini dan diamanahkan untuk menjaga dan menpergunakannya sebaik mungkin.

Dari situlah terlintas di fikiran saya untuk mengupas persoalan ini manakah yang lebih utama Ilmu atau harta. Ramai berpendapat harta lebih utama sebab dalam dunia materialistik ini, segalanya menggunakan wang.
Tidak belajar tinggi tak apa asalnya bijak menjana ekonomi. Dengan kata lain bijak mencari wang samada berniaga atau terlibat dengan apa-apa perniagaan yang membawa pulangan yang tinggi.

Lebih parah lagi pula bagi yang terlibat dengan MLM, penceramah atau tukang kempen direct selling tersebut secara terus berbangga mempunyai pendapatan ribuan RM walaupun tidak sekolah tinggi. Maka lebih ramai yang terpengaruh melihat kejayaan kebendaan beliau. Kelulusan perkara ke-dua.

Untuk mengupas lebih lanjut ada baiknya dirujuk sebuah hadis berbunyi :-

“Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini.
Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah).
Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain
." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Di nilai dari tafsiran hadis di atas kedua-dua orang tersebut mempunyai kebaikan masing-masing. Si kaya yang banyak Infaq pada jalan Allah dan si alim yang beramal dengan ilmunya dan meyampaikan kepada yang lain.

Perumpamaan si kaya yang menafkahkan pada jalan Allah seperti benih yang mempunyai 7 butir dan setiap butir mempunyai 100 biji. Begitu besar ganjarannya untuk si kaya yang bertaqwa. Hakikatnya, di zaman serba mencabar ini adakah kita mampu menjadi si kaya pemurah tersebut.

Begitu banyak dugaan bagi orang yang banyak hartanya dan begitu banyak kisah-kisah paparan Al-quran tentang kesesatan orang yang banyak hartanya. Umpamanya Qarun telah disebut sebanyak 4 kali dalam Al-quran dan dalam ayat di bawah diceritakan bagaimana Allah menghancurkan mereka.

"Dan (juga) Qarun, Fir'aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang luput (dari kehancuran itu).


Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (al-Ankabut: 39-40)

Begitulah terkenalnya Qarun sehinggakan Orang Melayu kita menggelarkan ‘Harta Karun’ sekiranya menjumpai sesuatu harta rahsia.
Berbalik kepada harta tadi, lebih banyak membawa keburukan jika tidak membelanjakan pada jalan yang hak.

Ilmu pula dapat menjana harta, umpamanya seseorang yang berpendikan tinggi, pastinya mempunyai pekerjaaan yang baik dan pendapatan tetap secara tidak lansung dapat mambina dan mengumpul hartanya sendiri.

Untuk sebuah keluarga pula, memberi anak-anak dengan kemewahan dan harta semata-mata umpama memberi ikan kepadanya. Adalah lebih baik diberi pancing, dengannya dia dapat terus hidup dan mencari ikan pada masa akan datang. Anak yang tidak berilmu akan menghabiskan harta ibubapa mereka sahaja dan di generasi seterusnya mungkin pada peringkat cucu-cucu akan kehabisan harta dan mula merempat.
Begitulah pentingnya Ilmu mengatasi Harta benda dunia yang sementara ini.

Bersesuaian seperti kata-kata sayidina Ali: "Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya."

Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Semoga analisa ringkas ini dapat dijadikan panduan bagi Arrie sekeluarga tentang pentingnya Ilmu dalam kedidupan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008