Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Thursday, October 27, 2011

4 Jenis Ujian



Pagi ni sempat dengar IKIM.fm semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Dalam slot tazkirah ustaz penyampai kuliah bawa tajuk 4 jenis ujian.

Bila fikir-fikir balik memang ujian itu perkara biasa dalam kehidupan kita. Kita tidak dapat lari dari pelbagai ujian dalam hidup. Cumanya adakah kita menyedari kenapa kita diuji. Jawapannya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ankabut,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Di sini jelas, kita sebagai orang beriman pastinya diuji dan 4 jenis ujian yang kita pasti tempuhi:

Ujian amal ibadah
Manusia beriman perlu beramal ibadah sebagaimana tuntutan AQ dan Sunnah. Solat juga satu ujian, berapa ramai yang gagal dalam ujian ini. Solat hanya bila keadaan senang dan bila sibuk atau dalam perjalanan lupa walaupun ada kemudahan jamak dan qosar. Lebih buruk lagi lansung tidak bersolat. Ibu bapa pula wajib menyuruh anak mereka solat seawal 7 tahun. Berapa ramai yang gagal dalam ujian ini.

Ujian Kemaksiatan
Kita berada pada akhir zaman begitu banyak kemaksiatan berlaku. Zina, rogol kedengaran setiap hari. Berpacaran sana sini. Aurat yang perlu dijaga sebagaimana tuntutan agama gagal dipenuhi. sekali lagi begitu ramai gagal dalam ujian ini.

Ujian Kesenangan
Kadang-kadang kita diberi kemewahan. Bergaji besar, mampu membeli rumah yang selesa, kereta besar. Wang bukan lagi masalah dalam kehidupan. Semua benda boleh dibeli. Tapi kita lupa bahawa harta kekayaan itu juga ujian. Berapa ramai yang mula sombong, lupa keluarkan zakat. Bercakap mula tinggikan suara dan menganggap pendapat orang lain semua salah. Selalunya ramai yang tewas dengan ujian ini.

Ujian Musibah
Ada antara kita yang dhoif, kehidupan kais pagi makan pagi - kais petang makan petang. Sentiasa dalam kesempitan. Adakah kita mampu bersabar atau mula memikirkan tambah pendapatan tanpa mempedulikan halal haram. Rasuah begitu berleluasa. Adakah jalan haram juga diambil bagi menjadi kaya. Sekali lagi kita diuji.

Semua keempat-empat ujian di atas pasti ada bagi setiap yang beriman. Kerana Allah hendak menguji kesabaran kita. Maka beruntunglah bagi mereka yang berjaya menghadapi setiap ujian tersebut denfan jayanya.

Semoga arriesfamily tabah dalam menempuh ujian yang bakal dihadapi dengan perpindahan ke kampung nanti. Amin...

Wednesday, October 5, 2011

Perubahan hidup sentiasa berlaku


Pengalaman hidup hampir mencecah 40 tahun mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam membuat perubahan dalam hidup. Mengimbau kembali perubahan pertama dan begitu ketara ialah apabila memasuki sekolah asrama.

Katil asrama sekadar hiasan

Kisah ni berlaku di awal 80-an, seorang kanak-kanak diusia 11 tahun berpindah dari sekolah kampung ke pekan dan menetap di asrama. Sebelum ini ada orang yang perhatikan kita, makan minum, pakai dan sebagainya. Kini semuanya terpaksa dibuat sendiri. Dari membasuh baju, menyiapkan tempat tidur berkemas hinggalah kepada belajar semuanya sendiri. Kisah tinggal di asrama ada aku ceritakan di sini: Kisah Asrama

Bagi kanak-kanak yang manja adalah suatu yang mustahil berseorangan dan tinggal berjauhan dari sanak saudara. Tapi, aku tidak begitu. Aku berjaya harungi segala kesusahan dan kesulitan dalam menempuh perubahan hidup yang pastinya membawa lebih kebaikan. Sistem pembelajaran lebih teratur. Kawan-kawan dari mereka yang terpelajar pastinya mendorong aku untuk lebih maju dan berjaya dalam peperiksaan.

Seterusnya berlaku lagi perubahan bila aku ditawarkan ke IPTA selepas SPM. Aku berjaya mengikuti kursus pengajian AAD (American Associate Degree) di UITM, S Alam. Kisah pengajian di UITM ada aku ceritakan dalam artikel terdahulu : Kisah Belajar di ITMPerubahan ketara ialah sebelum itu, 11 tahun bersekolah dengan memakai unifom tapi kini pakaian bebas. Pastinya perubahan yang ketara dirasai. Rasa sedikit bongkak juga ada kerana tidak lagi bergelar budak sekolah.

Malangnya, rezki tidak menyebelahi aku. Belum masanya untuk aku melanjutkan pelajaran ke USA. Aku gagal dan kembali ke kampung bekerja semula dengan Pak Nayan. Rasa putus asa menguasai tetapi mujurlah ada saudara terdekat yang menasihati. Sekali lagi berlaku perubahan mendadak di mana aku terpaksa kembali ke sekolah. Kisah tingkatan 6

Bayangkan jika sebelum ini bergelar budak U, kini kembali menjadi budak sekolah. Mana nak letak muka. Kerana tidak sanggup berdepan dengan soalan dari kawan-kawan aku rahsiakan kisah UITM dari sesiapapun. Tiada seorang pun yang tahu aku pernah dibuang UITM. Pastinya perubahan yang sukar dari bebas berpakaian hinggalah semua urusan mengikut jaudal. Masa belajar, bermain hinggalah waktu tidur semua mengikut jadual waktu asrama.

Perubahan ini juga berjaya aku tempuh hingga lulus STPM dan dapat menjejaki UM. Kehidupan di UM tiada beza sangat jika dibandingkan dengan UITM. Keduanya IPTA. Perubahan seterusnya adalah bila memasuki alam pekerjaan.
Bekerja dan belajar begitu berbeza dari segi tekanan emosi, fizikal dan mental. Belajar tidak perlu berfikir tentang sara hidup tetapi tertekan dengan keputusan jika tidak mendapat keputusan cemerlang. Pendapatan tiada tetapi cukuplah dari biasiswa sebagai sumber tambahan juga sumbangan dari saudara (kakak-kakak dan abang-abang).

Bekerja mendapat hasil pendapatan tetapi tekanan setaraf dengan gaji yang kita perolehi. Gaji pertama dari bekerja sebagai Jurutera Kawalan Mutu (QC Engineer) di sebuah kilang swasta masih terbayang-bayang lagi. Itulah kali pertama akaun aku mempunyai lebih 4 angka secara tetap tiap bulan.

Perubahan itu pastinya seiring dengan pengalaman bekerja. Makin lama bekerja makin tinggi pendapatannya. Bagi mendapat tawaran yang cepat dalam kenaikan gaji di sektor swasta adalah dengan berpindah tempat kerja. Petua ni dapat dari senior masa di Universiti dulu.

Memang benar, bila kita telah berpengalaman mudah untuk mencari kerja baru dan menetapkan gaji yang diharapkan dari majikan baru. Walaupun nampak mudah berpindah tempat kerja tetapi hakikatnya perubahan tetap terasa dan kita mesti menghadapinya. Perubahan menyesuaikan diri dengan suasana baru dan kawan-kawan baru tidak dapat dielakkan.Bila dah bekerjaya pastinya kita hendak berumahtangga. Begitu juga aku. Aku bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan seorang isteri yang pernah bekerja disektor swasta. Beliau memahami kerjaya aku sebagai QA Engineer di mana masa bekerja tidak menentu. Kadang-kadang malam juga terpaksa ke tempat kerja atas panggilan yang Urgent.

Jika bujang ini bukanlah suatu masalah malah boleh untuk bermalam (over night) di tempat kerja tetapi kini keluarga perlu diutamakan. Perubahan bila bekerluarga dalam membahagikan antara tanggungjawab kerja dan keluarga perlu seiring.

Tambahan pula bila mendapat Arrie (anak pertama), aku jadi agak tertekan pada mulanya. Perubahan hidup dari berdua kepada bertiga perlu persediaan rapi. Al-hamdulillah dapat aku tempuh semuanya walaupun pada mulanya sedikit tertekan dengan Arrie yang tak henti-henti menangis.

Setelah 15 tahun makan gaji, kini tiba perubahan untuk berniaga sendiri. Persoalannya adakah aku telah bersedia? Dari perkiraan sumber pendapatan baru (berkebun dan berniaga) aku yakin bahawa rezeki itu ada di mana-mana. Jika dimurahkan rezeki pendapatan dari hasil berniaga mungkin dapat menyaingi pendapatan sekarang. Perubahan ini pastinya suatu yang mencabar kerana berpindah dari berpendapatan tetap kepada pendapatan harian. Lebih usaha lebihlah hasilnya.
Semoga pengalaman hidup lalu dan cabaran yang pernah ditempuhi dapat memantapkan lagi iltizam dan nekad untuk membawa perubahan yang lebih positif. Di mana ada usaha di situ ada jalannya. Insya-Allah....

Tuesday, October 4, 2011

Hukum Cabutan Bertuah


Dalam merancang memajukan perniagaan, terhasil idea untuk mengadakan cabutan bertuah. Ada baiknya dirujuk kepada pakar tentang hukumnya kerana dikhuatiri terlibat dengan perkara Haram.

Berikut adalah FATWA dari JAKIM :-

Harus dan tidak menyalahi syarak untuk mengadakan cabutan bertuah sekiranya mematuhi syarat-syarat berikut:

i) Tidak mengandungi unsur judi

ii) Hadiah yang diberi atas dasar rela hati dan redha penganjur itu sendiri

iii) Tiada sebarang unsur yang boleh membawa mudarat dan penganiayaan kepada pelanggan disebabkan hadiah tersebut.

iv) Tiada unsur penipuan dan agenda-agenda tersembunyi.

Rujukan : Fatwa Jakim

Setelah pasti akan keharusannya, maka kaedah untuk menarik pelanggan melalui cabutan bertuah ini patut diteruskan...

Cara menghadapi Pelanggan


Bila memikirkan urusan perniagaan pastinya kita akan menghadapi pelanggan. Pengalaman hampir 15 tahun dalam industri pembuatan dan menghadapi pelanggan sebagai Eksekutif Kawalan Mutu (QA Executive) akan digunakan sepenuhnya.

Sebagai seorang usahawan pastinya kita tidak dapat lari dari menghadapi pelanggan dan perlu memenuhi kehendak mereka (customer needs). Seorang usahawan perlu mempunyai kemahiran pengurusan perniagaan juga kaedah menghadapi pelanggan. Tanpa pengetahuan tersebut agak sukar perniagaan anda untuk terus maju dan berdaya saing.

Cara menghadapi pelanggan secara am.

Kaedah menghadapi pelanggan adalah sama bagi seseorang usahawan samada baru memulakan perniagaan atau telah lama kerana keduanya memerlukan kesabaran dan tenang dalam menghadapi karenah mereka.

Kiranya anda sebagai peruncit atau pemilik restoran pastinya pelanggan akan berkunjung ke kedai anda. Sapa mereka dengan penuh mesra. Ucap 'Selamat datang', 'Selamat Pagi', atau bagi salam adalah suatu kemestian. Pelanggan akan berasa selesa kerana ada yang menyapa mereka.
Tanya pelanggan apa-apa yang boleh ditolong. Tunjukkan apa-apa yang mereka cari terutamanya di mana lokasi barang tersebut di kedai runcit anda. Ini akan membuatkan pelanggan berasa mudah berurusan dengan anda dan segala yang dicari mudah ditemui. Tambahan pula keadaan sekitaran kedai yang teratur dan kemas akan membuatkan pelanggan yang sekali datang akan datang lagi.

Jangan sesekali meminggirkan kualiti. Setiap barangan hendaklah berkualiti untuk dijual. Pastikan tarikh lumut belum berakhir. Kawalan inventori amat penting di sini. Pelanggan akan berpuas hati dengan setiap bayaran yang dibuat bagi sesuatu barangan yang berkualiti.

Berlaku adil dengan pelanggan dari segi harga barangan. Jangan terlalu mahal juga terlalu murah. Jika mahal akan menyebabkan pelanggan merasa tertipu dan jika terlalu murah akan merugikan anda.

Ingat ! Hubungan pelanggan (customer relationship) amat penting untuk perniagaan kita terus maju dan berdaya saing. Hubungan pelanggan ini perlu dipupuk dari mula perniagaan dibuka hinggalah anda menjadi usahawan berjaya.

Semoga arriesfamily bakal bergelar usahawan niaga yang berjaya...

Ubah suai Kedai


Hujung minggu lepas sempat balik kampung dan berjumpa dengan tukang rumah. Perancangan asal untuk membina rumah terpaksa ditanguhkan terlebih dahulu kerana kekurangan dana. Budget sebuah rumah ringkas seperti perancangan sebelum ni mencecah lebih RM100K.

Untuk sementara waktu, sebelum rumah dapat disiapkan adalah lebih baik dilakukan pengubahsuaian kedai terlebih dahulu. Di bawah ini adalah plan tapak kedai. Renovasi akan dibuat untuk bahagian dapor sahaja.

Pengubahsuaian tertumpu kepada ruang dapor dan bilik air. Keselesaan isteri dan anak-anak semua diutamakan supaya dapat duduk sambil bersantai di sana nanti.

Gambaran lukisan ini hanyalah sekadar imaginasi pelukis sahaja. Keadaan sebenar mungkin tidak seperti ini. Ianya sekadar panduan untuk tukang rumah membuat pengubahsuaian nanti. Semoga renovasi kedai dapat disiapkan mengikut jadual dan arriesfamily dapat berteduh di bawahnya dengan selesa.....

Monday, October 3, 2011

KIsah anak-anak..


Nak menitis airmata bila diberitahu bahawa Arrie telah dilantik menjadi ketua kelas darjah 4 Intan (kelas pertama di SKPR).. Walaupun sekolah bakal berakhir dalam 2 bulan lagi tetapi Allah telah memakbulkan sebahagian impian mama selama ini untuk melihat anak2 pergi ke sekolah sebagai 'seseorang' di sekolah..Dari sejak menjadi seorang ibu lagi mama terlalu ingin melihat kejayaan anak2..Mama selalu bayangkan anak2 menjadi seseorang sebagai ketua kelas ke, penolong ke, ketua perpustakaan ke, pengawas ke tak kisah janji ada jawatan yang dipikul sewaktu mereka berada di alam persekolahan.. Siapa sangka di saat2 akhir kita berada di johor dengan takdir Allah ini yang berlaku..

Setakat ini pencapaian anak2 membanggakan mama. Arrie semasa darjah satu dulu di sekolah agama kampung medan telah pun diberikan tugasan untuk memikul jawatan sebagai ketua kelas.. alahai bangganya mama melihat Arrie membawa balik piala cenderahati sebagai ketua kelas.. Darjah dua pula Arrie berjaya membawa pulang 3 piala kecemerlangan.. Darjah 3 pula Arrie menjadi Ketua perpustakaan.. Pada awal tahun darjah 4 Arrie pernah merasa kecewa kerana tidak dapat dilantik menjadi pengawas sekolah.. tetapi mama memujuknya mengatakan tak mengapa sekurang2nya Arrie berjaya mengekalkan kedudukan di kelas pertama tahun 4..Dan dia mengharapkan agar dapat menjadi ketua kelas malangnya undian agak kurang pula.. Tetapi setelah ketua kelas yang lama telah disenaraikan sebagai pelajar bermasalah Arrie kini menggantikannya sebagai ketua pula..Syukur.. Alhamdulillah..syukur..

Di awal tahun hari tu Arrie kecewa bila dia tidak dilantik menjadi pengawas sekolah kebangsaan tetapi sebaik sesi persekolahan sekolah agama habis, petang itu Arrie dengan wajah berseri2 memberikan surat lantikan pengawas agama sabak uni kepada mama.. "Mama, jadi pengawas sekolah agama pun boleh kan..?"..kata Arrie..Mama;"Alhamdulillah.. boleh..mama bangga dengan anak mama.."..

Itu kisah Arrie.. Tahniah.. Mama bangga dengan Arrie..

Kisah Iffa pula.. semasa darjah satu Iffa dapat membawa pulang 3 piala.. di hujung tahun persekolahan Iffa dengan gembira memberikan khabar gembira.."Mama..akak tahun depan dapat jadi penolong ketua kelas..".. Mama: "Alhamdulillah..tahniah..mama bangga ngan akak..".. sebaik sahaja sesi persekolahan bermula di sekolah agama Iffa pula dilantik menjadi pengawas sesi pertama sekolah agama.. siapa sangka darjah dua dah jadi pengawas.. rezeki Iffa yang petah bercakap..mama bangga bila menghantar kedua2 anak kesekolah dengan memakai uniform pengawas.. Ibu mana yang tak banggakan.. bukan untuk berasa riak tetapi ini adalah impian mama sejak dari mula mengandungkan Arrie lagi..

Alhamdulillah impian mama tercapai jua.. ini baru sedikit ..impian2 mama seterusnya adalah untuk melihat anak2 berjaya habiskan pelajaran setinggi mungkin.. InsyaAllah mama yakin dengan tekad dan usaha anak2 pasti berjaya . Mama sentiasa doakan kalian semua..harap Allah akan makbulkan doa2 mama selama ini..

Tahun depan kita akan berpindah ke Kedah semoga anak2 dapat mengekalkan prestasi malah lebih maju jaya lagi dalam pelajaran.. InysaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008