Terlintas di fikiran kali ni nak tulis mengenai mata pelajaran pula. Bila tengok Arrie dengan Iffa ulangkaji Matematik timbul persoalan ni. Susah Ke Matematik ni ?
Bila abah tanya Arrie, susah ke tidak - Dapat Jawab tak soalan periksa sebelum cuti tempoh hari. Katanya Senang, soalan sama macam dalam buku latihan tambahan yang abah beli. Arrie sempat check jawapan betul ke tidak.

Kenapa ? Untuk mengajar dan mamahamkan pelajar tentang teori matematik bukan suatu yang mudah. Maknanya cikgu-cikgu di sekolah mesti mempunyai cara tersendiri, kreativiti dalam memahamkan pelajar. Tidak boleh bergantung hanya pada buku teks. Tu yang susah dan menjadi suatu cabaran buat guru-guru.

Begitu juga dengan Iffa(tahun 2), untuk menerangkan konsep darab amat sukar. Pelajar akan hairan kenapa ada darab padahal hasil tambah beberapa kali. Kena guna bilah toothstick untuk menunjukkan konsep darab dari pertambahan banyak kali. Contoh : 4 + 4 + 4 bersamaan 4 X 3 = 12.
Bila kita telah memahami konsep tadi amat mudah untuk menjawab apa juga soalan berkaitan walaupun kelihatan begitu sukar. Sama konsepnya bila kita berlajar matematik di tahap yang lebih tinggi. Tingkatan 5 misalnya kita ada Kalkulus seperti Perbedaan (differentiation) atau kamiran (Intergration) . Jika kita sendiri tidak memahami kenapa ada perbedaan dydx bagaimana kita nak menjawab soalan seterusnya. Dari situ kita mula membenci subjek ni dan mula dapat keputusan merah.

Kesimpulannya untuk memahami konsep matematik memang susah, lebih-lebih lagi memberi kefahaman kepada orang lain TETAPI setelah kita faham pastinya ia menjadi subjek yang begitu mudah dan tak perlu berfikir banyak kerana semua jalan untuk menjawab telah sedia ada.
Nota: Kursus Matematik peringkat IPT tidak digalakkan dipilih untuk major course memandangkan pengalaman abah, ianya amat memeningkan kerana terlalu banyak teori penomboran. Matematik telah menjadi seperti belajar ilmu logik-Ada nombor ter-angkakan, ada nombor terbilangkan. Math bukan sekadar Kalculus, Trigonometri lagi...
0 comments:
Post a Comment