Setiap suami menginginkan isteri solehah, begitu juga anak-anak mendambakan ibu solehah atau ibu mithali tapi sedarkah kita apa maksud sebenar wanita solehah itu dan apakah ciri-ciri sebenar yang patut ada bagi melayakkannya menurut perspektif Al-Quran & sunnah.
Sebuah riwayat menceritakan :
“Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Bagi yang belum berkahwin dan mempunyai ibu bapa, sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”-surah al-Israk:23.
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.
1) Penyejuk mata
2) Taat ibu bapa selagi tidak melanggar syarak.
3) Amanah.
4) Ber-agama dan mengamalkan sebaiknya.
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka..." (Surah An-Nisa':34)
"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita"
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
1. Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadap suami ketika ketiadaannya.
2. Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
3. Sentiasa menghormati keluarga suami .
4. Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
5. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
6. Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
7. Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
8. Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
9. Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah suami selesai berbicara.
10 Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
11 Bersikap malu terhadap suami.
Begitu mendalam dan terperinci cirri-ciri yang perlu ada bagi setiap wanita bergelar untuk menjadi isteri solehah. Justeru itu, sama-sama kita renungi sejauh manakah penghayatan serta pengamalan dalam kehidupan seharian bagi melayakkan kita diberi gelaran tersebut.
Adalah tidak tepat kiranya tanpa memenuhi cirri-ciri khusus bagi isteri solehah tapi masih merasa selesa dan menganggap kita ataupun di kalangan ahli keluarga begitu mudah mendapat gelaran tersebut.
Haruslah kita beriltizam dan istiqamah dalam mencari keredaan-Nya dan berusaha memenuhi cirri-ciri tersebut. Gelaran solehah akan diperolehi secara automatik tanpa perlu penganugerahan dari sesama manusia.
0 comments:
Post a Comment