Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, March 11, 2011

Bertalaqqi


Gambar hiasan - merupakan salah satu majlis ilmu

Ianya satu istilah ringkas tapi penuh makna. Walaupun zaman berubah tapi method lama dalam mencari ilmu ini masih praktikal. Zaman internet di mana kita boleh mendengar kuliah secara life tetapi kehangatan majlis ilmu itu kurang dirasai.

Menyedari keperluan bertalaqqi ini, arriesfamily akan cuba mengikuti kuliah pengajian sekitar Parit Raja semampu yang boleh. Insya-Allah, malam ni ada kuliah di sekolah tadika Ammar. Peluang untuk bertanya akan digunakan sebaiknya untuk memahami setiap kemushkilan tentang apa-apa yang dipelajari secara on-line.

Di Johor agak terhad majlis-majlis ilmu ini tapi kami sekeluarga akan menghadiri semampu yang boleh. Semoga usaha sedikit ini ada keberkatan dari-Nya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008