Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, March 28, 2011

Nasi Goreng Kampung ala abah


Gambar sekadar hiasan

Setiap kali teringin nak makan nasik goreng budak-budak suka minta abah buat. Sedap ke tidak tak tahu lah... Tapi bolehlah masukkan resepi juga mana tau ada yang nak cuba.

Bahan-bahan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji cili melaka - kalau nak pedas tambah lebih sikit
3 cawan nasi
1 genggam ikan bilis.
2 sudu minyak masak.
Mix fruit - kalau suka atau sayur apa-apa
garam, gula serbuk perasa - secukup rasa.

Cara-cara
1) Goreng ikan bilis dahulu dan asingkan.
2) Masukkan bawang putih, bawang besar dan cili dalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat
3) Ambil separuh dari ikan bilis tadi dan tumbuk bersama.
4) Panaskan minyak dan tumis bahan tumis yang dah ditumbuk tadi.
5) Bila dah naik wangi masukkan sedikit air
6) Tambah parisa (Garam, gula, aji) secukup rasa.
7) Masukkan nasi dan kacau.
8) Masukkan mix fruit bagi yang suka makan sayur.

Bila dah sebati, garing serta rata, angkat dan siap untuk di hidang.
Tambahkan Ikan bilis yang dah goreng dalam pinggan (jangan goreng bersama kerana nanti ia akan hilang rangup).

Siap dihidangkan dan boleh tambah juga fish ball, meat ball, telur goreng dicincang untuk menambah rasa berlauk nasi goreng tersebut.

Begitulah resepi nasi goreng ala abah untuk arriesfamily...

2 comments:

ieda on March 28, 2011 at 6:06 PM said...

Eleh nak rampas title cooking master sifu la tu... tapi memang sedap nasi goreng tu cuba gak nak buat tak leh lawan abah punya nasi goreng... peghhh

Suhaimi Ahmad on March 29, 2011 at 9:01 AM said...

mana ada...
mana leh lawan sifu.
masak main tabur je tapi secukup rasa tu yang xdak teng..kata org kedah (tak leh challenge)

Nasib baik org cina tak tau kehebatan sifu ni....
kalau tak ramai yg sembah latok melayu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008