Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, April 29, 2011

Jenis-jenis Basikal


Terlanjur minat ke Basikal ni, baik kita tengok jenis-jenis basikal yang biasa dilihat. Gambar-gambar dipilih dari jenis yang terkenal kat Malaysia ni. Ikutkan sebenar mungkin lebih banyak yang tak pernah jumpa.
Basikal mini

Basikal ni yang selalu digunakan oleh ibu-ibu atau remaja peremuan atau budak-budak ke sekolah. Ianya sesuai kerana ada raga di depan. Boleh isi sayur yang dibeli di pasar.

Basikal tua

Ni pula jenis basikal dulu-dulu. Dah jadi barangan klasik. Sudirman pernah nyanyi berkenaan basikal ni ler. Sekarang susah nak jumpa.
Basikal tua yang diberi nafas baru. Kelihatan menarik juga ada ciri-ciri klasikal.
Kalau di Jepun ianya dimodenkan mengikut keperluan terkini. Menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur. Basikal ni jarang jumpa kat Malaysia, kalau ada pun yang recond dari Jepun.


Basikal Chopper
Basikal jenis ni suatu ketika dahulu di era 80-an begitu popular. Bagi peminat Harley Davidson pastinya tidak ketinggalan memiliki model ni.

Basikal Racing/ Roadbike
Bagi pelumba jarak jauh dan bawa laju-laju, basikal ni jadi pilihan. Harga boleh sama macam Perodua Viva.
Basikal MTB
Ni pula model yang menjadi idaman arriesfamily. Model Mountain Bike atau biasa disebut MTB sahaja. Ianya sesuai untuk acara lasak, panjat dan turun gunung atau sekadar santai kat jalan-jalan kampung. Untuk acara 'extreme' kena lah dapatkan yang berkualiti tinggi.

Bagi arriesfamily cukuplah sekadar modelnya sama tetapi harga dan kualiti untuk beginner stage dulu. Bila dah expert baru lah boleh upgrade.....

Tuesday, April 26, 2011

Aktiviti hujung minggu...



Aktiviti keluarga kami yang terkini berbasikal di hujung minggu kalau boleh setiap parit kami akan redah tak kira pagi atau petang.. Seronok sambil mengeluarkan peluh sambil menghirup udara segar di sekitar kawasan kampung..

Sambil berbasikal kami berbual2 untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga yang tersayang.. Anak2 pun seronok tiap kali nampak mama dan abah menyorong basikal masing2 akan menjerit.."Nak itot nak itot...", Yang si kecik tanpa peduli perasaan ibubapanya segera memanjat tempat duduk belakang basikal tanda segala rayuan anda tidak akan di layan..Nak taknak kena bonceng jugak anak2 di belakang...

Perbezaan Manhaj di Johor


Semalam lepas Maghrib sempat dengar kuliah dari penceramah tetap masjid Sabak Uni, Parit Raja. Ustaz yang mengajar memang ada tauliah dari Jabatan Agama Johor. Kuliah berkaitan masalah Feqah bab solat.

Perbezaan ketara antara negeri Selangor dan Johor adalah dari segi manhaj adalah isi penyampaiannya. Kuliah di Johor lebih teratur dan mempunyi silibus tetap bagi setiap masjid . Ini bermakna setiap penceramah telah dilantik untuk mengajar mengikut silibus sahaja. Silibus pula lebih kepada masalah feqah bab solat, puasa, zakat dan lainnya.

Di Selangor manhajnya lebih terbuka, penceramah bebas memilih kitab-kitab muktabar untuk dibaca dan disampaikan kepada ahli jemaah. Penceramah juga dari pelbagai bidang - ada pakar Hadis, Ahli Fiqh, Pakar ilmu tafsir dan sebagainya.

Perbezaan ini menampakkan penduduk di Johor hanya belajar majoriti fardu ain bab solat, puasa, zakat dan lainnya tetapi terbatas bagi perkara lain seperti mualamat, jenayat, siasah dan sebagainya. Hukum hudud jauh sekali dari dibincangkan.

Dengan kata lain, mereka tidak arif tentang perundangan Islam, perbankan Islam, Fiqh kontemporary dan sebagainya. Silibus yang ditulis lebih menjurus kepada pendapat Syafi'e semata-mata. Ini akan menyebabkan huraian tentang masalah semasa, isu anak muda, keruntuhan akhlak amat kurang disentuh. Itu masalah keluarga masing-masing dan serah kepada setiap ibu bapa menanganinya.

Kalau di Selangor, setiap penceramah akan membaca kitab rujukan mereka disamping itu akan menghuraikan keadaan semasa dan cara mengatasinya. Pendengar akan lebih terbuka tentang peri pentingnya penyelesaian bagi masalah isu semasa umpamanya keruntuhan akhlak yang semakin meruncing dan jalan keluarnya.
Jika begini keadaanya bagi kuliah agama di Johor berterusan maka rakyat negeri ini akan mahir bab feqah menurut mazhab Syafi'e tetapi amat jahil tentang siasah, hudud, qisas dan sebagainya. Amat malang lagi sikap taksub mazhab begitu ketara sehinggakan ada yang mengganggap pendapat Syafi'e sahaja yang terbaik.

Walaupun PASTI telah mula mendapat perhatian tetapi anak generasi kecil ini amat jauh lagi untuk membawa TAJDID terhadap Manhaj Malizi terutama di Johor ini........
Takbir...........

Monday, April 25, 2011

Syiekh As-sudais di KL.


Jumaat yang lepas Syiekh AbdurRahman As-sudais berada di Malaysia dan menjadi khtib dan imam di Masjid Wilayah Persekutuan. Bagi mereka yang pernah ke Mekah untuk haji atau umrah mestilah maklum akan kelunakan bacaan beliau.

Beliau membaca khutbah Jumaat begitu lantang lagi nyaring. Terasa seolah-olah kita berada di Mekah. Aku hanya sempat mendengar sedikit khutbah yang dibawa secara lansung melalui radio IKIM.fm semasa perjalanan balik dari solat Jumaat (Perbezaan waktu di Johor lebih awal dari waktu di KL).

Tokoh ini memang diminati ramai dan begitu terkenal. Seorang imam besar Masjidil Haram yang begitu tinggi ilmunya. Memahami perbezaan mazhab dan beliau meraikan pendapat Syafi'e tentang membaca basmalah secara jahar. Kalau di Mekah beliau membaca perlahan tetapi kerana meraikan rakyat Malaysia yang berpegang pendapat Syafi'e beliau membaca secara kuat. Inilah sifat terpuji seorang imam juga ilmuan Islam yang patut kita contohi.

Selesai solat beliau dikerumuni seumpama seorang artis malah lebih rasanya. Ketokohannnya menyebabkan beliau begitu dihormati. Beruntunglah mereka yang dapat solat bersamanya Jumaat lepas dan lebih-lebih lagi di Mekah....

Mesyuarat agung PIBG



Hari Sabtu lepas sempat menghadiri mesyuarat agung PIBG sekolah Arrie/Iffa. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi. Kami (mama & abah) sampai lewat sikit dalam 8.35. Kelihatan kerusi-kerusi ibu bapa masih banyak kosong.

Perasmi mesyuarat agak terkenal orangnya, seorang ahli perlimen Dato' Mohamad Aziz. Nampaknya sambutan agak hambar dari ibubapa walaupun perasminya orang ternama. VIP sampai dalam 8. 45 pagi dan majlis pun bermula.

Majlis mula dengan doa itu OK. Nampak sikit islamiknya walaupun ianya bukan satu sunnah untuk mula majlis dengan berdoa secara jama'i. Untuk mendapat keberkatan katanya. Seterusnya ada acara kesenian. Ada lagu khoir - OK lagi, ada muzik band - nyanyi lagu patriotik - Ok lagi walaupun ada khilaf tentang alat muzik.

Yang kurang menyenangkan ada tarian zapin tambah lagi tarian jawa moden. Habis berlenggang lenggok anak-anak kita. Walaupun masih kanak-kanak tapi kenapa diajar tarian sedemikian. Alasan untuk memartabatkan warisan melayu asli dan Jawa. Ini tidak khilaf lagi, pastinya suatu yang tercela. Asalnya tarian itu memang harus tetapi kerana percampuran penuntun yang menyaksikan adalah dari lelaki dan perempuan tu yang menjadikannya tidak harus lagi.

Perbincangan mengenai hukum tarian secara lebih detail ada dalam Al-fikrah.net:-
http://40580640abuirfan.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=21394&postdays=0&postorder=asc&start=0

Bukanlah tujuan artikel ni untuk bincang bab tarian tersebut, cuma sekadar pandangan mengenai majlis mesyuarat PIBG yang kelihatan kurang sesuai. Lepas tarian diikuti ucapan pula. Dari jadual 8.30 ~ 11.00 pagi habis persembahan + ucapan dan baru mesyuarat bermula.

Majlis mesyuarat hanya tinggal 1 jam sebab pukul 12.00 t/hari akan tamat. Kelihatan semua ibu bapa termasuk guru-guru sudah mula resah. Semua ingat nak habiskan mesyuarat dengan cepat sebab dah lama sangat menuggu. Dah tu pula semua tak sabar nak tengok acara cabutan bertuah, mana tahu dapat basikal MTB (1st price).

Perjalanan mesyuarat begitu pantas, pengesahan minit mesyuarat begitu cepat juga budget tahunan disahkan tanpa ada pertanyaaan. Puncanya kerana nak cepat dan semua telah penat (lebih 2 jam) tarian dan ucapan.

Sepatutnya tentatif program lebih memihak kepada masa bermesyuarat dari ucapan & tarian. Pendekkan masa perkara lain dan panjangkan mesyuarat. Banyak usul ibubapa juga tidak dicatatkan dalam minit mesyuarat. Jawapan Guru besar kebanyakan usul adalah dasar kementerian dan tak boleh dibincangkan. Seolah-olah tidak telus pengurusannya.

Apa pun yang menjadi kebanggaan hanya satu usul dibincangkan tapi telah diedit oleh setiausaha. Usul itu dari mama sendiri bermaksud mama memang mempunyai idea yang kreatif dan berkualiti walupun diedit sedikit. Tidak sia-sia menggunakan pengalaman kerja dahulu dan memberikan idea bernas bila bermesyuarat. 5 bintang untuk mama.

Penyudah mesyuarat dibuka ruang ucapan ibu bapa, ramai yang mula mempersoalkan kredibiliti guru-guru. Majlis menjadi macam sessi lepas geram. Ibu bapa hentam guru dan guru-guru pula hentam balik ibu bapa. Kelihatan tiada komunikasi yang baik antara ahli persatuan.
Sepatutnya persatuan mendekatkan jurang ibu bapa & guru tetapi berlaku sebaliknya. Sessi soal jawab juga diberhentikan dengan cepat walaupun ada lagi yang nak memberi pandangan dan komen. Aku juga tidak dapat memberi pandangan kerana masa dah jam 1 t/hari.

Kesimpulan dari majlis mesyuarat tersebut, ianya adalah tidak effektif kerana ruang masa terhad dan begitu banyak acara sampingan yang tidak perlu. Kalau nak buat ucapan, kita adakan hari ucapan. Kempenlah 1Malaysia sampai petang.

Komunikasi perlu lebih berkesan antara guru-guru dan ibu bapa. Jangan saling menyalahkan antara satu sama lain. Ambil jalan tengah. Bincang setiap usul tanpa prejudis. Jangan komen usul yang bernas seperti usul mama. Jawapan dari guru tiada budget untuk hadiah sisah cemerlang pelajar adalah suatu yang paling tidak berkualiti. Bukankah ianya suatu alasan untuk tidak melaksanakan suatu idea yang bermutu. Berapalah sangat hadiah medal plastik tu........

Mesyuarat tahun depan abah akan bagi usul tentatif program mesyuarat perlu dirombak...........

Sunday, April 24, 2011

Sukaneka PASTI Kawasan Ayer Hitam...


Hari ini kami sekeluarga menghadiri sukaneka PASTI di Parit Tengah, Parit Yaani.. Bangga mama melihat Ammar dengan aktif bermain bola sepak team B mewakili PASTI Al-Ikhsan..

Dalam kereta semasa berbual dan bergurau senda dengan anak2..mama meluahkan perasaan bangga mama kepada Ammar.."Mama banggala dapat tengok anak lelaki mama main bola sepak.. dah la ada 2 orang je anak lelaki kalau nak harapkan sorang tu..hmm entah bila la agaknya.."..kata2 mama disambut hilai ketawa oleh Arrie yang semacam faham je mama tujukan untuk dia.. Secara jujurnya mama juga turut berbangga kepada semua anak2 mama, mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri.. Abang yang lebih fokus kepada pelajaran manakala Iffa pula berbakat kepada seni lukis, Ammar pula lebih aktif dan mudah menerima ilmu yang kita sampaikan..

Arrie cuba defend dirinya.."Abang pun pandai gak main badminton..mana tau nanti jadi macam Lee Chong Wei ke..."..Mama mengusik lagi.."Ye la tu...Baru pandai pukul bola dua tiga kali dah nak jadi macam Lee Chong Wei..."..."Abang dah pandai la mama.. abah dah ajar abang smash.." Arrie masih lagi mempertahankan dirinya...Mama sengaja nak bergurau dengan anak2 suka melihat gelagat diorang bila diusik.."Takpela bang, abang belajar elok2 dapatkan piala banyak2 buat kenangan nanti itupun boleh buat mama bangga jugak.."..

Bergambar sebaik sahaja kami sampai di lokasi sukaneka...


Abah teman hidupku... Dah 10 tahun kahwin tapi macam baru je kan.. 

Arrie cepat sikit ambik gambar tu...!!

Bersiap sedia untuk bermain bola...
Sabar menunggu ditepi padang sambil mamam nugget..

Ammar praktis main bola sambil si perhatikan adiknya Syirah..

Ammar sedang membuang undian..

Aksi Ammar di padang... 

Apasal Syirah tersengih2 tu..eee comelnya..

Ammar seorang kanak2 aktif.. mama sayang Ammar..

Antara aksi2 Ammar di padang...

Ammar ada skill tersendiri...

Aktif mengejar bola..dimana ada bola disitu ada Ammar...

Panasnya..bila la nombor cabutan bertuah nak naik ni...

Babah Peace!!!

Tunggu giliran untuk mengambil hadiah..

Sekolah pasti Ammar menghantar dua team untuk bermain bola sepak..iaitu team A dan team B.. Ammar dikumpulan team B.. Team A Johan peringkat kawasan manakala team Ammar hanya mendapat tempat ke-4.. Takpe walaupun hanya mendapat tempat ke-4 mama bangga sangat tengok Ammar bermain.. sebak sebab melihat anak yang dahulunya kupimpin, kutatih kukendong bermain dengan aktif dan cerdik fikirannya... Alhamdulillah syukur ke pada tuhan kerana menganugerahkan ku anak2 yang come, sihat dan bijak ...




Friday, April 22, 2011

Khutbah Jumaat 22/04/11



Khutbah hari ini berkenaan Iman. Setiap orang yang beriman pastinya diuji.
Sahabat Rasullullah diuji dengan ujian yang amat berat tetapi mereka tetap mengatakan mereka beriman. Bilal contohnya walaupun disiksa dengan teruk tetapi tetap berkata 'Ahad ! Ahad !. Begitu teguh iman para sahabat dahulu.

Khatib seterusnya membacakan ayat 1 ~ 3 dari surah Al-ahkabut.

الم (١)أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (٢)وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (٣)

1. Alif laaf miim 1145. (QS. 29:1)

2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (QS. 29:2)


3. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS. 29:3)


Dari tafsiran ayat ini, setiap yang beriman pasti akan diuji dan setelah mereka melepasi ujian dengan tenang dan sabar maka kemanisan iman itu akan dapat dirasai.

Wednesday, April 20, 2011

Hobi baru arriesfamily


Gambar - sekadar hiasan

Arriesfamily dapat satu hobi baru. Berbasikal. Tapi bukan macam atas tu....mahal woo, mana mampu. Berbasikal ni memang mengasyikkan. Seronok naik ramai-ramai. Buat masa ni, basikal MTB (Mountain Bike) macam atas tu (sama tapi tak serupa) ada 2 biji.

Mama ngan abah bawa sorang satu. Arrie bawa jenis kecik 20 inci. Kadang kala dia minta yang besar ni juga. Laju katanya. Aktiviti bersama keluarga dengan berbasikal ni memang fun. Nanti nak repair lagi basikal Iffa yang dah lama tersadai. Leh la konvoi arriesfamily.

Mungkin suatu masa kami akan upgrade jenis Le Run ke, Reliegh ke, GT ke, Merida ke atau pun lainnya yang lebih berkualiti. Tak apa baru beginner.....

Hadis Popular tapi Dhoif & Maudhu'


Terdapat beberapa hadis popular tapi statusnya Dhoif lagi maudhu'. Semoga arriesfamily mendapat kefahaman tentang taraf hadis-hadis tersebut.

1)
Hadis dha`if: Yang halal yang paling dibenci oleh Allah ialah cerai.
حديث ضعيف: أبغض الحلال إلى الله الطلاق


2)
Hadis mawdhu`: Perselisihan umat saya adalah rahmat.
حديث موضوع: اختلاف أمتي رحمة


3) Hadis dha`if: Empat puluh rumah adalah jiran.
حديث ضعيف: أربعون دارا جار


4)
Hadis batil: Tuntutlah ilmu walau di China, maka sesungguhnya menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim.
حديث باطل: اطلبوا العلم ولو بالصين، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم


5)
Hadis dha`if: Bacalah yasin ke atas orang yang hampir mati di kalangan kamu.
حديث ضعيف: اقرأوا يس على موتاكم


6)
Hadis dha`if: Ya Allah, berkatilah kami pada Rajab dan Sya`ban, dan sampaikan kami ke Ramadhan.
حديث ضعيف: اللهم بارك لنا رجب وشعبان، وبلغنا رمضان


7) Hadis mawdhu`: Sesungguhnya bagi setiap sesuatu terdapat hati, dan hati Al-Qur'an ialah Yasin. Dan sesiapa membaca Yasin, Allah menuliskan baginya dengan bacaannya itu bacaan Al-Qur'an 10 kali.
حديث موضوع: إن لكل شيء قلبا وقلب القرآن يس، ومن قرأ يس كتب الله له بقرائتها قراءة القرأن عشر مرات


8) Hadis munkar: Awal bulan Ramadhan adalah rahmat, dan pertengahannya adalah keampunan, dan penghujungnya pelepasan daripada api neraka.
حديث منكر: أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار


9) Hadis mawdhu`: Berkahwinlah dan jangan menceraikan, maka sesungguhnya perceraian itu bergegar kerananya `arasy.
حديث موضوع: تزوجوا ولا تطلقوا، فإن الطلاق يهتز له العرش


10) Hadis batil: Sesiapa membaca Yasin pada waktu malam, diampunkan baginya.
حديث باطل: من قرأ يس في ليلة غفر له


Contoh-contoh diatas adalah 10 dari hadis-hadis popular tetapi tarafnya adalah tidak sampai kepada sahih. Ianya disebar luas termasuk oleh penceramah-penceramah. Penerangan detail tentang status hadis tersebut ada dalam kitab 'Silsilah hadis Dhoif dan maudhu' karangan Syiekh Nashiruddin Al-bani.
Terdapat 2 jilid tetapi sempat upload satu sahaja. Saiz terlalu besar.
50354401 Silsilah Hadits Dhaif Dan Maudhu i
Semoga arriesfamily diberi kefahaman tentang status hadis dan mengelakkan diri dari menyebarkannya........

Monday, April 18, 2011

Kisah Keldai dgn petani



Sempat dengar motivasi pagi melalui radio IKIM.FM pagi ni. Tajuk kali ni berkaitan semangat bekerja dan motivasi dalam menghadapi kesukaran dan kepayahan. Penceramah sempat mengambil contoh kisah keldai dengan petani sebagai analogi.

Kisahnya bermula dari kejadian keldai yang jatuh ke dalam perigi buta dan terasa seperti tiada harapan lagi untuk hidup. Keldai tersebut menangis sekuatnya hinggalah didengari oleh tuannya(petani). Petani tersebut cuba mengeluarkan kaldai tersebut tetapi sukar kerana ianya dalam dan lubang yang sempit.

Jadi petani tesebut mengambil keputusan untuk menimbus sahaja keldai tersebut supaya hilang penderitaan keldai tersebut juga dapat menimbus perigi tersebut. Keldai menangis lebih kuat mengenangkan nasibnya yang akan mati tertimbus.

Petani tersebut dengan bantuan jiran-jirannnya mula menimbus perigi tersebut. Suara keldai mulanya agak kuat tiba-tiba diam dan semua kehairanan. Kenapakah keldai tersebut berhenti menangis ?. Mereka teruskan juga menimbus dan selang beberapa lama muncul kepala keldai tersebut dan ia melompat keluar dari perigi tersebut dengan selamat.

Walaupun ini hanyalah cerita rekaan tetapi ada pengajaran dapat diambil. Pertamanya menangis dan menyesal atas sesuatu kesusahan atau musibah tidak membawa apa-apa perubahan. Berfikir cara mengatasi kesukaran dan mencari jalan keluarnya adalah suatu sifat yang terpuji. Bersabar menghadapi kesusahan dan terus berusaha mengubahnya adalah sifat yang perlu ada dalam setiap diri kita.

Berbalik kepada kisah keldai tadi, semasa sedang ditimbus tanah - ia mula berfikir tanah tersebut boleh digunakan untuknya keluar dari perigi tersebut. Setiap bakul tanah yang dibuang kepadanya, ia akan mengoyangkan badannya dan tanah tersebut jatuh ke bawah. Tanah tersebut dipijaknya sedikit demi sedikit dan akhirnya ia sampai ke puncaknya.

Pengajaran dari kisah tersebut, kita semua pasti akan menghadapi kesusahan dalam hidup tetapi kita perlu berfikir cara mengatasinya. Jangan cepat panik dan melatah kerana ia tidak boleh menyelesaikan apa-apa.

Semoga kisah keldai ini dapat menjadi panduan dan motivasi buat arriesfamily...

Friday, April 15, 2011

Khutbah Jumaat 15/04/11


Masjid Nabawi

Khutbah hari ini berkenaan kepentingan masjid dan adab-adab kita ketika berada di dalamnya. Khatib membacakan Firman Allah dalam surah An-nur ayat 36.
Nur hidayah pertunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya disitu juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang

Ayat tersebut menyebut tentang masjid suatu tempat ibadat yang perlu kita muliakan dan jaga kesuciannya. Seterusnya khatib memperingati sidang Jumaat supaya menjaga adab-adab di dalam masjid.
Antaranya :-
1) Barwudhu'
2) Masuk dengan kaki kanan
3) Solat tahiyyatul Masjid.
4) Jaga kebersihan kawasan masjid
5) Berwangi-wangian
6) Banyakkan berzikir
7) Jangan berbuat bising hingga mengganggu orang lain.
Itu lah sebahagian adab-adab yang sempat dicedok dari isi khutbah tadi.

Peringatan tadi seiring dengan kejadian Ammar bercakap-cakap dalam masjid minggu lepas. Khatib berpesan , adalah lebih baik tidak membawa anak-anak jika mengganggu jemaah lain ketika solat ataupun majlis-majlis lain.

Sesungguhnya peringatan khutbah tersebut memang kena pada tempatnya. Semoga arriesfamily dapat menjaga adab-adab yang baik ketika berada di rumah Allah. Insya-Allah.....

Monday, April 11, 2011

Kerjaya sebagai 'executive' penat ?


Semalam ada berbincang dengan isteriku tentang kerja sebagai 'executive' adakah ia memenatkan ? Jawapannya pasti tidak dari segi fizikla kerana seorang executive tidak perlu mengeluarkan tenaga, berpenat lelah, berpeluh dalam tugasnya sehari-hari.

Setiap executive mempunyai skopnya tersendiri, begitulah juga sebagai QA executive. Menjadi pihak pengurusan pertengahan (middle management) memang tidak memerlukan kita berhempas pulas menjalankan tugas tersebut dan cuma perlu memastikan tugasan dijalankan oleh orang lain dengan berkesan.

Contohnya sebagai QA, kita perlu memastikan setiap produk memenuhi spesifikasi. Orang yang menjalankan pemeriksaan produk tersebut adalah QA inspector. Kita sebagai executive memastikan mereka melakukan kerja tersebut mengikut aturannya.

QA inspector pastinya penat kerana terpaksa melakukan pemeriksaan secara detail tetapi executive hanya memberi arahan. Akan tetapi, kiranya berlaku sesuatu kesilapan, maka executive akan disoal olen majikan terlebih dahulu. Dengan kata lain executive bertanggungjawab terhadap semua permasaalahan ditempat kerja walaupun bukan dia yang melakukan kesilapan.

QA executive perlu menjawab punca dan penyelesaian (cause and countermeasure) bagi setiap permasalahan samada dari dalam proses atau dari komplain pelanggan (customer complain). Dari pengalaman kerja sebagai QA executive selama 12 tahun, pengalaman dimarahi majikan atau pelanggan (customer) adalah perkara biasa.

Pernah dulu semasa berurusan dengan pelanggan dari syarikat Sony - apabila produk tidak memenuhi spesifikasi, perkara pertama yang ditanya ' Tak check ke ?' Kilang awak tak ada ISO ka ?' Macam mana awak check ? Kilang macam kilang kicap !!.

Ayat-ayat seumpama ini telah lali sebagai QA executive. Kena marah customer pun perkara biasa. Bagi yang tidak tahan rasanya 2~3 tahun sebagai QA telah berhenti atau tukar bahagian lain. Berbalik kepada isu penat atau tidak tadi, memang secara fizikal kerjaya sebagai executive tidak memenatkan tetapi mental kena tahan.

12 tahun memang telah lalai (immune) tetapi cumanya berapa lama lagi dapat bertahan. Bukan tidak suka bekerja tetapi sampai bila asyik makan gaji. Nak juga mencari pengalaman bekerja sendiri. Walaupun pendapatan tidak tetap dan tidak seberapa tetapi kitalah kuli dan kitalah taukenya...

Bolehkah menukar mazhab ?


Malam Sabtu lalu kami ada mengikuti kuliah agama bab Feqah di Sekolah Ammar. Ustaz yang mengajar ada menjawab soalan salah seorang yang bertanya tentang bolehkah kita menukar mazhab. Jawapannya boleh tapi agak ringkas mungkin kerana kesuntukan masa dan demi kelancaran majlis tersebut.

Dengan bantuan pak google terjumpa artikel jawapan panel Al-ahkam.net tentang masalah berpindah mazhab ini. Penerangan agak lengkap termasuk istilah ijtihad, taqlid dan talfiq, ittiba' bagi kita sebagai orang awam. Semoga bermanfaat....

Link asal : http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/05/sentuh-pmpuan-batal-wudhu-atau-tidak/

Soalan

1. Apakah ada hadis atau fatwa atau dalil2 atau yang seangkatan dengannya yang mengatakan bahawa bersentuh kulit suami isteri tidak batal air sembahyang?
2. Rasulullah pernah mencium ‘Aishah tetapi kemudian terus beribadat. Ada pula satu ketika semasa beliau smbahyang tersentuh kaki ‘Aishah tetapi beliau terus beribadat. Apa komen Ustaz?
3. Apakah yg dimaksudkan dgn bersentuhan itu, adakah ia bersentuhan dgn telapak tangan atau bersentuhan antara kulit dgn kulit [selain telapak tangan] dan apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?
4. Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mzhab Syafii dalam hal ini. Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat ini lebih praktikal dengan cara hidup saya. Adakah ini sah ???

so, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ?? Mestikah kita kekal selama2nya dlm mazhab Syafii ? Apa perbezaan utama antara mazhab2 Islam?

Saya harap soalan saya ini tidak menganggu ketenteraman saudara. Saya dahului bantuan saudara dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Wassalam

Jawapan:


assalamualaikum,

JAWAB 1. Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempaun ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?

Menurut mazhab Syafi’i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri.

Mazhab Maliki: Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz’ (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan.

Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Mengapa mereka berselelisih pendapat?

Ulamak Syafi’i berdalilkan, firman Allah Taala:
“Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)

Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

Ada hadis lain riwayat al-Nasa’i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya:
Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.

Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi’i dan hanafi.

(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)

JAWAB 2. Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para ulamak syafi’i menolak kehujahan hadis berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha’if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa:
1. mungkin ketika itu ada lapik/alas
2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).

Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak syafi’i mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wudhuk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wudhuk

Sentuh kulit lelaki dan wanita- Gambar sekadar hiasan

JAWAB 3. Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.

Hanya dalam mazhab Syafi’I mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.

Cuma dalam masalah menyentuh zakar/faraj, para ulamak Syafi’I menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.

Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk (selain dari zakar dan faraj):

Soal: apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?

Jawab: Menurut Syafi’I batal hukumnya. Manakala menurut Hanafi, Hanbali dan Maliki, tidak batal.

Alasannya telah dikemukakan sebelum ini.

JAWAB 4. Perkara ini menyangkut masalah taklid dan talfiq. Pembahasan ini telah dibicarakan secara terperinci dan hingga ke dasarnya di dalam ilmu Usul Fiqh. Ilmu ini amat penting bagi mereka yang benar-benar mendalami dasar-dasar pembinaan hukum Islam.

Taklid ialah: Mengikut pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui sumber dan cara pengambilannya.

Seperti seseorang itu mengkut pendapat Imam Syafi’I tanpa mengetahui dalilnya atau hujahnya. Orang seperti ini disebut muqallid.

Apa hukum bertaklid?
Hukum-hakam amaliyah dapat kita bahagikan kepada 2:
1. Hukum-hakam yang dapat diketahui tanpa memerlukan penelitian dan ijtihad. Iaitu hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh dalil yang qath’I dan yang dapat diketahui dengan segera. Ia disebut sebagai `al-ma’lum minad din bid-dharurah’. Contohnya ialah hukum tentang kewajipan sembahyang lima waktu, kewajipan puasa bulan ramadhan, bilangan rakaat dalam sembahyang dsbnya. Ini semua dapat diketahui oleh semua umat Islam. Pengetahuan tentang hukumnya tidak memerlukan kepada penelitian terhadap dalil-dalilnya.

Dalam maslaah ini, seseorang itu tidak dibenarkan bertaklid, kerana semua orang dapat mengetahuinya.

2. Hukum-hakam yang memerlukan penelitian dan ijtihad. Masalah-masalah yang berada di bawah kategori ini amat banyak sekali. Seperti masalah yang kita telah bincangkan di atas mengenai hukum menyentuh perempuan ajnabi, apakah batal wuduk? Ini adalah masalah yang termasuk di dalam kategori ini. Sebab, masalah ini memang ada dalilnya dari al-Quran. Tetapi dalilnya perlu diteliti terlebih dahulu untuk diketahui – Apakah hukum yang boleh dikeluarkan darinya. Dalam penelitian dan kajian ini, sudah semestinya terjadi perselisihan pendapat. Mazhab-mazhab dan perbedaan-perbedaan pendapat di kalangan ulamak terjadi dalam dalam masalah yang seumpama ini.

Orang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum dari dalil berkenaan di namakan sebagai mujtahid. Antara mereka adalah seperti Imam Syafi’I, Malik, Hanbali dll. Manakala mereka yang mengikutnya atau memakai hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid disebut sebagai orang yang bertaklid. Perbuatan mengikut/memakai hukum berkenaan disebut sebagai bertaklid.

Dalam masalah inilah yang dibenarkan bertaklid.

Kebanyakkan ulamak Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawa mereka yang tidak berkeupayaan untuk berijtihad wajib mengikut dan mengambil pendapat atau fatwa dari para mujtahid (org yg berkeupayaan berijtihad).

Bertaklid kepada mazhab-mazhab
Mazhab-mazhab masyhur yang wujud hingga sekarang ini ialah mazhab Syafi’I, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Kita di Malaysia ini rata-rata bertaklid kepada mazhab Syafi’i.

Soalan: Apakah kita boleh bertukar kepada mazhab lain?
Jawab: Boleh. Kerana, apa bezanya Syafi’I dan lain-lain mazhab di atas? Jika kita boleh bertaklid kepada mazhab Syafi’I, ini bermakna kita juga boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.

Menurut Al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Hummam, tidak wajib bertaklid kepada seorang mujtahid (mazhab) tertentu. Dalam satu masalah, mereka boleh beramal dengan mazhab ini, kemudian dalam masalah lain mereka beramal dengan mazhab lain.

Berdasarkan pendapat ini, jika kita bertaklid dengan mazhab Syafi’I dalam satu-satu masalah, tidak semestinya kita mesti bertaklid dengan mazhab ini dalam semua masalah. Dibenarkan mengamalkan pendapat dari mazhab-mazhab lain.

Taklid yang diharamkan ialah:
1. Bertaklid kepada seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan Sunnah.
2. Bertaklid kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya berijtihad.

Talfiq
Ialah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh, mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafi’i. Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat Syafi’I dengan membaca Bismillah.., esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi dengan tidak membaca bismillah.

Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.

Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:
1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi dan sembahyang ikut Maliki.

Apa hukumnya? Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini adalah dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza dalam dua maslah yang berbeza – Wuduk dan sembahyang.

Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.

Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.

Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafi’i. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hanafi.

Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat Syafi’I telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.

2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.

Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.

Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.

Ittiba’
Ialah menerima pendapat orang lain dengan mengetahui sumber atau hujahnya.

Ittiba’ adalah sebaik-baik cara menerima dan mengamalkan pendapat dari mujtahid.

Feqhul Muqaran
Yang sedang berkembang sekarang ini ialah Feqhul muqaran. Ia menjadi salah satu dari subjek di kuliah syariah al-Azhar.

Feqhul muqaran ialah membahaskan satu-satu masalah dengan mengambil semua pendapat ulamak yang ada dengan dalil-dalilnya. Kemudian ia didiskusikan secara ilmiah. Akhirnya ialah membuat rumusan, pendapat manakah yang paling kukuh dalil dan hujahnya (tarjih). Tarjih yang dilakukan tanpa terikat kepada mana mazhab fikah.

Feqhul Muqaran berbeda dengan muqaranah al-Mazahib yang terdapat sebelum ini, di mana para ulamak mengumpul semua pendapat dari semua mazhab yang ada bersama dalil-dalilnya. Kemudian ia dibincangkan. Akhir sekali ialah melakukan tarjih berdasarkan mazhab masing-masing. Jika yang melakukan perbandingan itu dari mazhab Hanafi, maka tarjih itu dilakukan berdasarkan mazhab Hanafi, begitulah seterusnya.

Sekarang kita dapat melihat feqhul muqaran ini terus berkembang dan semakin diterima oleh umat Islam. Antara yang bekerja keras memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Dr Yusof al-Qardhawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, lujnah fatwa al-Azhar dan beberapa tokoh ulamak al-Azhar.

Banyak kebaikkan dari feqh ini ialah:
1. Dapat mengetahui dalil dan hujah dari semua pihak.
2. Menghindarkan fahaman taksub mazhab – Dapat bertolak ansur dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita.
3. Dapat beramal dengan hati yang lebih tenang kerana hujahnya kukuh.

Bagaimana kita di Malaysia?
Memang, secara umumnya, dalam soal-soal fikah masyarakat Malaysia beramal dengan mazhab Syafi’i. Namun sudah tidak dalam semua cabang permasalahan. Ia lebih banyak tertumpu kepada soal-soal ibadah individu sahaja. Zakat? Sudah banyak yang tidak mengikut Syafi’i. Dalam soal-soal muamalat, adalah sukar seandainya jika kita mengikat diri kepada satu mazhab sahaja. Ini termasuk di dalam urusan-urusan perbankan Islam. Seandainya negara kita ini melaksanakan undang-undang Islam – Mengikat diri kepada mazhab juga menjadikan keadaan amat sulit sekali.

Di Malaysia, menurut pendapat saya, yang terbaik ialah feqhul muqaran. Tetapi ia hendaklah dijalankan secara beransur-ansur tanpa kekerasan dan paksaan.

Contohnya, mengenai masalah zakat pendapatan. Jika mengikut pendapat Syafi’I, sudah tentu tidak ada. Tetapi hasil dari penelitian beberapa ulamak abad ini, ia wajib dizakatkan. Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia? Semesti berbagai, terutamanya para ulamak tradisional. Setelah proses penerangan dan campurtangan pemerintah, akhirnya ramai di kalangan mereka yang menerimanya dengan dada yang lapang. Saya percaya, jika usaha begini terus dilakukan, semuanya akan menerima.

Ini membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia ini boleh dan mudah menerima satu-satu pendapat sekalipun bertentangan dengan mazhab Syafi’I – jika kena caranya. Tapi, kalau silap gayanya, kita akan dijadikan sebagai musuh tradisi. Ini pernah terjadi kepada sebahagian golongan yang secara keras dan tegas, gemar memaksa-maksa umat Islam agar menerima pendapat mereka. Jika umat Islam tidak menerima, mereka akan cela dan bid’ahkan. Saya percaya, ini akan memberikan kesan yang lebih buruk lagi.

——————–
Soal: Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mazhab Syafii dalam hal ini. Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat ini lebih praktikal dengan cara hidup saya. Adakah ini sah ???

Jawab: Boleh. Lihat penjelasan di atas tadi.
Cuma, seperti yang saya katakan, bahawa kita masih dalam persekitaran `kuat Syafi’I’. Oleh itu hati-hati ketika beramal dengan mazhab lain terutamanya dalam masalah ibadah individu. Jika mereka lihat anda menyentuh suami, lantas mengerjakan sembahyang, ini adalah sesuatu yang pelik bagi mereka. Sebab umum sudah tahu bahawa sentuh suami adalah membatalkan wuduk. Silap haribulan anda akan dikatakan sebagai sesat.

Baiklah, jika diandaikan anda cuba memberi penjelasan, apakah mereka bisa menerimanya? Jika tidak, anda akan terus dituduh sesat.

Untuk perhatian, saya tidak katakan tidak boleh mengamalkan tetapi hati-hati. Maksud hati-hati di sini ialah agar tidak berlaku masalah yang lebih besar lagi, iaitu fitnah perpecahan. Sebab orang-orang sebelum kita telah melalui zaman berkenaan.

Kadangkala kita ini, bila mendapat satu ilmu, kita suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Contohnya, bila kita belajar dan tahu bahawa menurut pendapat yang terkuat dalam masalah menyentuh perempuan tidak batal wuduk. Lalu kita amalkan pendapat itu. Kita kadangkala dengan sengaja, mahu menunjuk-nunjuk bahawa kita ini beramal dengan pendapat berkenaan. Kita dengan sengaja menyentuh isteri kita di depan orang ramai, lalu kita bersembahyang terus. Mereka yang melihat sudah tentu tersentak dan pelik. Mereka akan berkata begitu dan begini. Lebih malang lagi kita suka berhujah dengan mereka secara kasar serta menyesat-nyesatkan mereka. Apakah mereka akan menerima pendapat kita?

Bila masyarakat memusuhi kita, kita dengan mudah berkata: “Memang, orang yang berada di jalan kebenaran sentiasa di cemuh dan dimusuhi.” Padahal, sebelum itu kita dengan sengaja memancing-mancing mereka agar mencemuh kita. Kitalah sebenarnya yang menjerat mereka agar memusuhi kita.

Sebagai contoh lain, kalau kita mahu mengikut pendapat bahawa anjing itu tidak najis. Lalu kita dengan sengaja menyentuhnya malah memeluknya. Kita, seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk bahawa aku ini Maliki. Bila kita buat begitu, nanti sudah tentu mereka akan bertanya “tidak najis ke?”, saat itulah yang dinanti-nantikan. Kitapun akan membelasah orang yang bertanya itu dengan hujah berapi-api dari al-Quran dan sunnah….

Tidak mengapa seandainya anda berada dalam lingkungan yang mereka berfikiran terbuka dalam masalah mazhab.

Dan alhamdulillah, semakin ramai yang terbuka, terutamanya dengan adanya usaha-usaha dari pelbagai pihak termasuk dari aL-AHKAM sendiri.

——————————————————————————–

Soal: so, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ??
Jawab: Boleh. Lihat penjelasan mengenai taklid, talfiq dan ittiba’.

Soal: Mestikah kita kekal selama2nya dlm mazhab Syafii?
Jawab: Tidak. Lihat juga penjelasan yang sama di atas.

Soal: Apa perbezaan utama antara mazhab2 Islam?
Jawab: Mereka berbeza hanya dari segi furuk sahaja tidak pada usul. Semua mazhab menjadikan al-Quran sebagai sumber pengambilan hukum yang pertama. Dan al-Sunnah sebagai yang kedua. Dan dua perkara lagi yang mereka sepakati sebagai sumber hukum iaitu ijma’ dan qiyas. Selepas itu, mereka berbeza. Berikut ini adalah sumber pengambilan hukum dari 4 mazhab:

Mazhab Hanafi:
1. Al-Quran
2. Sunnah dan athar sahih yang masyhur di kalangan ulamak.
3. Fatwa2 sahabat
4. Qiyas
5. Istihsan
6. Adat dan `uruf masyarakat

Mazhab Maliki:
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Amalan ulamak Madinah (ijmak ahli Madinah)
4. Qiyas
5. Mashlahah mursalah / Ishtishab

Mazhab Syafi’I
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Ijma’
4. Qiyas
5. Istidlal

Mazhab Hanbali
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Fatwa-fatwa sahabat
4. Fatwa sahabat yang terdekat dengan al-Quran dan Sunnah
5. Hadis Mursal dan Dha’if
6. Qiyas

Di atas adalah perbezaan pengambilan sumber hukum antara mazhab-mazhab. Perbezaan ini bukanlah pada dasarnya.

Dasar yang mereka sepakati adalah al-Quran dan Sunnah, sedangkan sumber-sumber lain tidak kira apa sekalipun, mestilah tidak lari dari prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh al-Quran.

Untuk rujukan lanjut, saya cadangkan agar saudara/ri merujuk buku-buku Usul fikah. Di sini saudara/ri akan didedahkan dengan pembahasan mengenainya dengan lebih luas lagi. Dan, buku-buku Usul Fikah sudah ada yang ditulis atau diterjemahkan di dalam bahasa Melayu.

Perbezaan di dalam furu’ fikah… Terlalu banyak sekali. Antaranya ialah yang sedang kita bincangkan sekarang ini. Namun ia hanyalah perbedaan dari sudut cabang sahaja bukan sudut dasar.

Sebagai contoh, ayat al-Quran: “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah:6)

Dalam ayat ini, mana yang dasar dan mana yang furu’?
Dasarnya ialah -> Semua mazhab bersepakat mengatakan bahawa ayat di atas adalah mengenai menyentuh perempuan batal wudhuk.
Furu’nya ialah -> Sentuh yang bagaimana? Apakah maksud `sentuh’ itu jimak atau semata-mata sentuh atau sentuh dengan syahwat atau bagaimana? Mereka berbeda pendapat dalam menafsirkan masalah `sentuh’. Nanti dalam menafsirkan lafaz `sentuh’, mereka menggunakan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Inilah juga yang dinamakan sebagai: Dalil qath’I sedangkan dilalahnya zhanni.
Iaitu dalilnya qath’I sebab ia adalah ayat al-Quran. Satu dalil yang memang benar-benar kuat. 100% perlu diyakini. Sedangkan dilalahnya zhanni.

Dilalah ialah -> Ayat ini menunjukkan atas hukum apa? Atau apa yang ditunjuk oleh ayat ini? Atau ayat ini menunjukkan maksud apa? Zhanni kerana ia masih perlu dibahas dan diselidiki penafsirannya.

Perselisihan begini adalah lumrah dan mesti berlaku. Ia juga menunjukkan betapa luasnya feqh Islami. Betapa bijaksananya Allah Taala di dalam hukumNya. Betapa tidak terjangkaunya ilmu manusia terhadap apa yang Allah ada.

Itulah dia bukti keagungan al-Quran. Keindahan sastera al-Quran. Kerana al-Quran bukanlah suratkhabar atau majalah. Al-Quran adalah Kalam Allah yang Qadim. Mukjizat yang terus hidup hingga ke hari ini. Kitab perundangan yang sesuai pada setiap zaman.

—————–
Akhirnya.. Sebagaimana biasa, kami menyeru agar jangan sampai berlaku pertelingkahan sesama kita hanya disebabkan masalah `sentuh perempuan: Batal wuduk atau tidak’.

Sebarkan…!

Rujukan:
Al-Quran
Tafsir al-Qurtubi
al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, Dr Muhamad Bakar Ismail
Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh – Dr Wahbah al-Zuhaili
Usul Feqh al-Islami – Dr Wahbah al-Zuhaili
Usul Feqh – Muhamad Abu Zahrah
Usul Feqh – Abdul Wahab Khalaf
Usul Feqh – Muhamad Khdari Bek
Subulus Salam – Al-Shon’ani

Friday, April 8, 2011

Khutbah Jumaat 08/04/11


Khutbah hari ini berkaitan solat Jumaat. Khatib juga menyentuh tentang peri pentingnya solat berjemaah. Ianya satu peringatan berguna dan juga kesinambungan tentang solat berjemaah di masjid seperti yang pernah dibincangkan dalam artikel sebelum ni.

Khatib membacakan ayat 9 Surah Al-Jumaat yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang berfirman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu).''


Ayat ini merupakan satu suruhan supaya bersegera ke Masjid setelah mendengar azan dan tinggalkan segala urusan seperti jual beli dan lainnya. Kita digalakkan untuk ke masjid seawal mungkin untuk mengejar kelebihan yang banyak.

Seterusnya dibacakan hadis berkenaan perumpamaan pahala bagi orang yang ke masjid pada hari Jumaat mengikut masa dia tiba ke sana:

Apabila datang hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi, kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam, kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telur.
(Hadis riwayat Muslim)

Dari hadis ni dapat kita simpulkan bersegera ke Masjid pada hari Jumaat amat besar fadhilatnya tetapi begitu ramai termasuk diri ini sendiri melambatkannya.
Semoga khutbah kali ni dapat memberi peringatan untuk terus berusaha ke Masjid seawal mungkin dan mengejar ganjaran terbesar.

Paling rendah pun dapat ganjaran telur pun jadilah dari tiada lansung.

Sembahyang Jemaah di Masjid lebih Afdal


Pagi tadi berlaku perbincangan dengan isteri tercinta berkenaan solat berjemaah. Dia memberi peringatan bahawa solat berjemaah di masjid perlu diutamamakan disamping solat bersama keluarga. Ianya merupatan suatu peringatan berguna untuk abah muhasabah diri balik kerana mengimarahkan masjid merupakan satu tuntutan besar. Terima kasih isteriku....

Walaupun pendapat Imam Syafie berjemaah di masjid adalah fardhu kifayah sahaja tetapi fadhilatnya begitu besar dan perlu diberi penekanan. Persoalan yang sama pernah di tanya oleh pembaca berita harian dan di bawah adalah Jawapan dari Ustaz Zahazan - seorang penceramah bebas terkenal yang kerap muncul di kaca TV.

Semoga abah dan arriesfamily diberi kekuatan untuk terus berada pada jalan-Nya dan terus mengimarahkan rumah-rumah Allah sebagaimana tuntuntan-Nya......

http://alrisalah.wordpress.com/2009/08/09/persoalan-agama-sembahyang-jemaah-di-masjid-lebih-afdal/

SOALAN:

ANTARA sembahyang fardu berjemaah di rumah dengan masjid atau surau, manakah lebih dituntut Islam dan perlu saya utamakan? Saya ada kalanya di sindir jiran kerana jarang ke surau sedangkan saya mengerjakan solat berjemaah bersama keluarga di rumah.

H Ahmad,
Petaling Jaya, Selangor.

JAWAPAN:

Untuk menjelaskan kepentingan solat berjemaah, lebih baiknya kita meneliti hadis yang menjelaskan kelebihannya.

Ibnu Umar meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda: “Solat jemaah lebih utama 27 darjat daripada solat sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang solat Isyak berjemaah seperti solat setengah malam dan siapa solat subuh berjemaah seperti solat sepanjang malam.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda dalam nada amaran bahawa: “Sesungguhnya solat terberat bagi orang munafik ialah Isyak dan Subuh. Andai kata mereka tahu apa yang ada dalam solat Isyak dan Subuh, pasti mereka mendatanginya meskipun dengan merangkak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Andai kata orang tahu apa yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara diundi, pasti mereka mahu mengundinya. Andai kata mereka tahu apa yang ada dalam bergegas melakukan solat, pasti mereka berlumba mendapatkannya. Andai kata mereka tahu apa yang ada dalam solat Isyak dan Subuh, pasti mereka mendatanginya meskipun dengan merangkak.” (Hadis riwayat .al- Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW juga bersabda: “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum solat Subuh) lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya.” (Hadis riwayat Muslim, dan lainnya)

Imam Nawawi dalam kitabnya Syarah Muslim menjelaskan maksud ‘dunia dan apa yang ada di dalamnya’ merujuk segala kesenangan dan kenikmatan dunia.

Pahala bagi solat berjemaah sebenarnya bermula ketika keluar menuju masjid hingga selesai solat. Seterusnya ganjaran itu berlanjutan sehingga kita tiba di rumah semula.

Ia disebabkan bekas tapak kaki dalam perjalanan ke masjid untuk bersolat berjemaah menjadi bukti tuntutan pahala di hadapan Allah kelak.

Dalil mengenai keutamaan hadir ke tempat solat dihadiri umat Islam pula terlalu banyak, contohnya firman Allah dalam surah al-Taubah ayat ke-18, maksudnya: “Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah SWT ialah orang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan sifat sedemikian) maka diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk.”

Al-imam Ibn Kathir, pakar tafsir bermazhab Syafie itu membuat penjelasan menarik ayat ini. Beliau menjelaskan Allah SWT menjadi saksi mereka yang sentiasa memakmurkan masjid adalah golongan memiliki keimanan. ( Sahih Tafsir Ibn Kathir )

Mengenai keutamaan perjalanan ke masjid sebagai sebab mendapat pahala, Jabir Abdullah berkata: “Bani Salimah ingin berpindah supaya lebih hampir dengan masjid, lantas menyatakan tempat itu banyak kosong.

“Berita itu sampai kepada Nabi SAW, Baginda bersabda: Hai Bani Salimah! Tetap di rumah kalian, sesungguhnya dicatat bekas perjalanan kalian (ke masjid).

“Mereka berkata: Tidaklah menyenangkan bagi kami, kalau kami berpindah.” (Hadis riwayat Muslim)

Kesimpulannya, saudara dituntut mengerjakan solat secara berjemaah di surau atau masjid dalam kawasan saudara dan itulah yang dimaksudkan berjemaah bagi lelaki mukalaf.

Namun, tidak menjadi kesalahan untuk berjemaah bersama keluarga, isteri dan anak sekali-sekala bagi tujuan memberikan pendidikan atau apabila menghadapi masalah ke surau disebabkan hujan, ribut atau kehadiran tetamu atau kerana keuzuran dibenarkan syarak yang lain. Wallahu a’lam.

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

Thursday, April 7, 2011

Adakah Arak Najis ?



Arak telah sedia maklum ianya haram meminumnya, menjual, membawa, menghidang dan apa juga berkaitan dengannya. Tetapi terdapat sedikit perbezaan pendapat samada ianya najis atau tidak.

Dengan kata lain jika arak terkena baju kita dan kita terus solat adakah ianya membatalakan solat kita sebab kenajisannya atau tidak. Pendapat yang begitu popular ialah ianya najis dan wajib disucikan terlebih dahulu sebelum solat. Perlu diingat popular bukan bermaksud pendapat yang paling rojih.

Namun jika dirujuk dari AQ dan hadis, ada pendapat yang mengatakan ianya hanya najis dari sudut tafsirannya sahaja dan bukan najis dari segi zahirnya. Bermaksud ianya bukan najis muthlak yang wajib dibersihkan umpama terkena tahi tetapi najis sekadar istilah tentang keharamannya sahaja.

Artikel di bawah menghuraikan lebih mendalam dalam bab ini. Semoga dapat membantu memahaminya lebih mendalam.
sfs-adakah-khamar-dikira-sebagai-najis

Perlu difahami, inilah dinamakan perbezaan pendapat. Jangan pula kita terlalu taksub atas suatu perkara dan memaksa orang lain menerima dan mengikut semua pendapat kita. Berlapang dada lah atas perkara khilafiah.

Tuesday, April 5, 2011

Sukarnya Hendak cuti


Semalam (04/04/11) dapat cuti untuk ke bank dan EPF. Permohonan cuti diluluskan oleh Pengurus Operasi (Operation Manager-OM) tempat aku bekerja. Itu pun setelah ditunjukkan surat temujanji sebagai bukti untuk bercuti.

Hari ini bila masuk ofis dan buka e-mail, Boss terbesar (Managing Director-MD) bagi notis kat OM dan aku sendiri bahawa lain kali cuti hanya akan diluluskan olehnya sahaja atau 2 pengarah(Director) lain. Berkuatkuasa serta merta.

Nampaknya hanya semalam sahaja dapat cuti dengan mudah dengan kelulusan OM. Lain kali mesti susah bila terpaksa jumpa MD. Masih teringat lagi tahun lalu masa kena minta cuti dengan MD bila nak balik kampung kenduri kahwin adik, tension sebab MD hanya bagi satu hari. Terpaksa aku kata ' If only 1 day, I will cancel my leave - Kedah is very far. Long trip needed . 3 day include weekend is not sufficient!'.

Terkejut juga MD bila aku mula bersuara. Sign juga untuk 3 hari tapi sempat berpesan, ' I'm concern if you are not arround, everything will 'kelam kabut'. Apa punya MD, takkan aku nak cuti tak prepare hand over kerja kat members lain. Nampaknya perkara yang sama akan berulang bila nak minta cuti banyak hari lain kali.

Pengajaran buat arriesfamily: Kerja aja di sektor awam, nak cuti senang. Time off pun sekadar cakap 'saya keluar jab, ada urusan....'.

Friday, April 1, 2011

Khutbah Jumaat 01/04/11


Khutbah kali ini membawa tajuk gambaran kiamat. Khatib membacakan surah Al-qari'ah dari ayat 1-11
1. Hari kiamat,

2. Apakah hari kiamat itu?

3. Tahukah kamu apakah hari kiamat itu?

4. Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran,

5. Dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan.

6. Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya,

7. Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.

8. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya,

9. Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.

10. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?

11. (yaitu) api yang sangat panas.


Peringatan untuk semua ahli jumaat bahawa kiamat pasti berlaku dan kita manusia umpama anai-anai yang kecil. Begitu dasyat gambarannya hinggakan gunung juga umpama bulu yang dihambur-hambur. Begitu kerdil kita sebagai hamba di sisi Al-Haq.

Video di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan, walaupun bukan gambaran sebenar. Sekadar mengingatkan kita betapa bilamana Kiamat itu berlaku, pastinya kehancuran yang amat dasyat pasti terjadi.

Beriman : Pasti ada jalan keluarnya..


Semalan isteriku yang tercinta membeli sebuah buku agama. Dia mula membaca dan terjumpa ayat Al-Quran berbunyi :

“…Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

Dari maksud ayat tersebut dapat kita faham jika kita beriman dan bertakwa kepada Allah dengan sepenuh hati, walau apa kesusahan dan kepayahan dalam hidup pasti ada penyelesaiannya. Pasti ada jalan keluar untuk kita.

Bersesuaian dengan Firman-Nya lagi:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)
Jelas di sini bahawa setiap kesulitan akan ada kemudahan yang dijanjikan dari Allah. Asalkan kita tidak berburuk sangka dengan Allah dan redho akan setiap ujian dari-Nya.

Baru-baru ni kami (Arriesfamily) merancang untuk ke EPF dan Bank pada hari Isnin depan. Cuti telah diluluskan malangnya penyata dari CIMB bank masih belum dapat. EPF memerlukan penyata tersebut sebagai sokongan untuk pengeluaran simpanan bagi membayar hutang rumah.


Terasa begitu sulit dalam masa terhad dan beberapa hari lagi untuk ke EPF tapi penyata belum dapat lagi. Dengan takdir Allah pagi ni (Jumaat) wakil bank telefon memberitahu penyata telah siap. Bukankah itu satu kemudahan yang telah ditulis oleh Allah.
Kiranya semalam sewaktu penyata masih tidak diperolehi kami semua hilang sabar dan serang bank atau maki hamun kerani bank tersebut, bukankah itu menunjukkan satu akhlaq yang tidak baik.

Kesabaran itu adalah satu sifat orang beriman.
Walaupun terasa sulit dan cuti yang diambil akan jadi sia-sia tapi Alhamdulillah kami mampu bersabar maka diberi jalan keluar dari masalah tersebut. Memang benarlah firman/tiada keraguan lagi akan janji-janji Allah dari kedua-dua ayat di atas..

Semoga arriesfamily semakin tabah mengahdapi bakal kesulitan mendatang............ Kerana setiap yang beriman pasti akan diuji.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008