Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, April 29, 2011

Jenis-jenis Basikal


Terlanjur minat ke Basikal ni, baik kita tengok jenis-jenis basikal yang biasa dilihat. Gambar-gambar dipilih dari jenis yang terkenal kat Malaysia ni. Ikutkan sebenar mungkin lebih banyak yang tak pernah jumpa.
Basikal mini

Basikal ni yang selalu digunakan oleh ibu-ibu atau remaja peremuan atau budak-budak ke sekolah. Ianya sesuai kerana ada raga di depan. Boleh isi sayur yang dibeli di pasar.

Basikal tua

Ni pula jenis basikal dulu-dulu. Dah jadi barangan klasik. Sudirman pernah nyanyi berkenaan basikal ni ler. Sekarang susah nak jumpa.
Basikal tua yang diberi nafas baru. Kelihatan menarik juga ada ciri-ciri klasikal.
Kalau di Jepun ianya dimodenkan mengikut keperluan terkini. Menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur. Basikal ni jarang jumpa kat Malaysia, kalau ada pun yang recond dari Jepun.


Basikal Chopper
Basikal jenis ni suatu ketika dahulu di era 80-an begitu popular. Bagi peminat Harley Davidson pastinya tidak ketinggalan memiliki model ni.

Basikal Racing/ Roadbike
Bagi pelumba jarak jauh dan bawa laju-laju, basikal ni jadi pilihan. Harga boleh sama macam Perodua Viva.
Basikal MTB
Ni pula model yang menjadi idaman arriesfamily. Model Mountain Bike atau biasa disebut MTB sahaja. Ianya sesuai untuk acara lasak, panjat dan turun gunung atau sekadar santai kat jalan-jalan kampung. Untuk acara 'extreme' kena lah dapatkan yang berkualiti tinggi.

Bagi arriesfamily cukuplah sekadar modelnya sama tetapi harga dan kualiti untuk beginner stage dulu. Bila dah expert baru lah boleh upgrade.....

4 comments:

Anonymous said...

nice blog. kak if nak amek satu pic letak dlm blog sy boleh?

Anonymous said...

Wow! In the end I got a blog from where I know how to
in fact take useful facts concerning my study and knowledge.


Here is my webpage; does raspberry ketones work

Unknown on June 5, 2013 at 12:35 PM said...

emm hebat

ღ ล✖їล Ͻћѐ ๓ลห ღ on February 15, 2014 at 9:55 AM said...

salam kak... rasa2 kat mana saya boleh dapatkan basikal untuk gadis , nampak sopan bila naik,berbaju kurung pun boleh. seingat dulu ada basikal yang ada raga kat depan.
bawak basikal pergi sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008