Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, December 1, 2008

Cabaran Seorang bergelar Bapa


Artikel ni abah ambil dari blog abah, moga bermanfaat....
Ni link asal
Cabaran Bapa dalam pembentukan ‘Mawaddah Wa Rahmah’

Ketenangan inilah yang dicari……

Dalam melayari bahtera rumahtangga, berbagai cabaran ditempuhi. Senang kata untuk menjadi seorang suami memang mudah tetapi untuk menjadi ‘BAPA’ merupakan suatu cabaran bagi ku.
Status ‘suami’ terus diperolehi melalui perkahwinan tetapi adakah kita bakal seorang ‘BAPA’ dalam erti kata yang sebenarnya.

Sebelum mengulas lebih lanjut tentang cabaran seorang bapa adalah lebih baik kita memahami dulu peranan bapa dalam pemberian Nafkah.
Sebagaimana firman Allah :-
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ وَاللاَّتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ
أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيّاً كَبِيراً
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggung jawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga orang lelaki menbelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka . ( An-nisa’ : 34 )

Di sini jelas bahawa pemberian nafkah merupakan satu tanggungjawab terhadap seorang bapa. Begitu juga dari Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud :-
“ Ya Rasulullah, Apakah hak isteri ke atas kami ?
Sabda Rasulullah S.A.W hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah engkau memberi pakaian kepadanya seperti engkau berpakaian”.

Dengan kata lain cabaran pertama seorang bapa ialah dalam memberi nafkah. Tidak dapat tidak, makan dan pakai mesti dilunaskan. Keluarga di bandar besar umpamanya di Lembah Kelang lebih mencabar, kos hidup yang terlalu tinggi seperti sewa rumah, baby sitter, tuision anak-anak dan lain-lain lagi. Ditambah pula dengan kenaikan harga barang yang mendadak amat membebankan ibubapa.
Perlu diingatkan tanggung jawab nafkah adalah masih di bahu Bapa sepenuhnya, ibu hanya membantu mencukupkan sekiranya ada keperluan. Bagi diri penulis yang mengambil langkah memikul sepenuhnya tanggungjawab nafkah ini bagi memudahkan ‘mama’ memberi tumpuan tumbesaran anak-anak, kadang-kadang dihimpit masalah kewangan. Bukan kerana tiada perancangan teliti tetapi dek kerana ‘un-plan’ expencess umpamanya anak masuk wad dan perlu surgery. Tidak dapat tidak terpaksa mengeluarkan simpanan yang jumlahnya tidak seberapa.

Seterusnya tanggungjawab bapa dalam membentuk peribadi anak-anak.
Secara fitrahnya watak bapa tidak sama dengan watak ibu, tetapi Allah menjadikan mereka berpasang-pasang untuk melakukan peranan saling melengkapi.
Seorang bapa perlu menyedari bahawa ibu atau mama ada peranannya dalam penbentukan keluarga.
Bapa perlu merasakan ‘mama’ merupakan amanah Allah yang paling besar buatnya untuk dikasihi dan disayangi. Bapa perlu melahirkan semangat kebapaan dimana ia perlu memberi perlindungan, tunjuk ajar, bimbingan dan rasa persefahaman dengan ibu. Ia bakal mewujudkan suasana rumah tangga harmoni dan damai.
Cabaran seorang bapa ialah kebanyakannya dari mereka termasuk penulis sendiri kadang kala merasakan seolah-olah dia adalah segala-gala dalam rumah tangga. Kurangnya komunikasi dan persefahaman tinggi bahawa ibu bapa mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam keluarga. Ini menyebabkan kekerapan konflik berlaku jika ego bapa menyebabkan ibu sering tersinggung dan kepemimpinan keluarga menjadi monopoli bapa.
Sebagaimana nasihat dari Dr. Sidek Baba, pensyarah UIAM dalam satu seminar :
“Wujudkan suasana selesa dalam rumah. Pandangan ibu boleh didengar, pertanyaan anak boleh dijawab dan akhirnya bapa membuat pertimbangan serta keputusan terbaik sebagai ketua keluarga”.
Cabaran seteruanya memastikan keluarga yang dibentuk selaras dengan kehendak agama. Bapa mesti memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat serta dipelihara dari api neraka?Bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka. (Surah Tahrim, ayat 6)
Atas beban tanggungjawab yang besar inilah, penulis merasakan ianya merupakan satu cabaran yang amat besar dalam menempuhi arus hidup. Melihat anak-anak yang sedang membesar, dirasakan kekhuatiran sentiasa membelengu diri ini : mampukah daku ber’istiqamah dalam membentuk keluargaku ini….
Setiap bapa mengidamkan anaknya berjaya dunia & akhirat………
Bersambung……..

1 comments:

Anonymous said...

hmm..lebih kurang artikel mama paste tu hari...tapi keep on..moga kita sama2 berubah ke arah lebih baik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008