Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...
online
Monday, December 15, 2008
Berkelah di Sg Tekala, Semenyih.
Pada hari Khamis 11 Dec 2008 yang lalu kami sekeluarga telah pergi berkelah di Sg Tekala. Kami ambil peluang sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor. Kebetulan pada hari itu juga adalah harijadi Ajip dan Kak Miza. Happy birthday 2 both of you....
Mama tidak joint mereka mandi sebab malas nak salin baju. Melihat kegembiraan yang terpamer di wajah anak2 dan adik2 sudah cukup buat mama.
Yang paling gembira sekali si birthday boy yang tidak puas2 mandi sehingga 2 jam berada dalam air yang sejuk pun masih tak mahu lagi balik apabila diajak pulang. Ajip..Ajip kalau dapat main air sampai wajah kebiruan pun takpe...
Abah pun taknak lepaskan peluang main air. Irdina pun lebih kurang sama tak padan kecik bila diangkat naik, meronta nak kembali ke dalam air... seronoknya dia...
Sebelum pulang kami sempat memancing di kolam mancing berdekatan. Untuk memenuhi keinginan Ajip yang sering mengajak kami memancing di Laguna Park..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment