Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Monday, December 15, 2008

Family's Gathering


Ssempena menyambut harijadi Kak Miza dan Ajip kami telah mengadakan 'makan-makan' di restoran Satay Kajang Samuri Bukit Tinggi semalam, 14 dec.. Memang seronok apabila berkumpul makan bersama adik beradik mama beramai2. Pelbagai gelagat anak2 buah seramai 9 orang.

Bergambar di samping Iffa ialah anak Along, Kamilia. Pantang jumpa mama mesti nak ikut. Di akhir perjumpaan menangis merayu2 pada mamanya, Along meminta kebenaran tidur di rumah makcik (mama).

Mama sedang mendengar cerita2 dari mak Nana dan Along.

Berbaju t-shirt hitam itu ialah Pak Lang ( abang Aidil) yang bermurah hati untuk bayar semua bil makanan dan minuman kami semua. Maklumlah untuk sambut harijadi isteri tercinta, Kak Miza.Thanks.. kalau tahu nak belanja dah order nasi goreng he he he..

Entah apa yang sibuk diceritakan oleh Ajip kepada Mak Nana. Pak Long pun pasang telinga mencuri dengar perbualan Ajip. Jangan temberang tau...nanti Tipah Tertipu bang...

Sampai terbeliak biji mata Ammar minum air...Hati2 sayang nanti tersedak...Memang seronok sehingga tak sedar masa berlalu. Pada pukul 6.45pm kami pun beransur pulang. Memang terasa kelainannya berkumpul pada hari itu kerana nenek dan Pak Uda tidak turut serta. Takpe, insyaallah apabila mak kembali dari Mekah nanti kita berkumpul lagi k.. Masa tu Hani jangan lupa order air lagi tau..sian kehausan Hani..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008