Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Sunday, December 28, 2008

Nasi Ayam Special


Resepi Nasi Ayam keluarga Arrie

Atas permintaan sedara-sedara Arrie, kami sediakan satu ruang untuk resepi keluarga.
Semoga pembaca dapat manfaat darinya.



Nasi yang telah siap dihidang.

Cara membuatnya seperti di bawah :-





Mula dengan merebus ayam.
Guna ayam kira-kira 1/4 ekor (untuk 3 orang makan)
Air lebih kurang 5 cawan.
Boleh tambah ayam jika masak untuk lebih ramai orang.





Sementara menuggu air rebusan siap,
Sediakan bahan-bahan tumisan
- Potong bawang besar (1/2 biji)
- Halia sebesar ibu jari
- Bawang putih dua ulas




Masukkan 1 sudu majerin dalam kuali panas
Tumis bahan tadi dalam majerin.
Bila cukup masak tumisan tadi (naik baunya), masukkan beras.







Kacau beras hingga rata (lebih kurang 2 minit)
Pastikan beras digaul rata bersama majerin tadi.







Pindahkan beras ke dalam periuk nasi.
Gunakan periuk nasi biasa (Eletric rice cooker)





Masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam beras.
Sukat paras air seperti memasak nasi biasa.
3 cawan beras = 3 cawan air.

Masakkan Nasi dengan rice cooker. Setkan 'Start cooking'
Tunggu hingga masak.
Kacau dalam periuk untuk meratakan lagi nasi dan hidangkan.



Ayam yang telah siap dihidangkan.
Cara membuatnya seperti di bawah :-


Perap ayam dengan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram bersama dengan halia dan bawang putih yang telah di tumbuk. Taburkan sedikit gula dan garam.
Simpan dalam peti ais dalam 1/2 jam.
Keluarkan dan goreng seperti biasa.
Ketuk dan potong kecil kemudian hias untuk dihidangkan seperti gambar di atas.




Sup telah siap dihidangkan. Cara membuatnya seperti di bawah :-

Tumiskan 1/2 biji bawang merah dan 2 ulas halia.
Bahan yang sama seperti menyediakan nasi tadi.

Gunakan minyak masak biasa (bukan majerin lagi).
Masukkan air (3 cawan).
Boleh ditambah air rebusan ayam jika suka sup nampak berlemak.



Bila telah mendidih, masukkan bahan perasa
- 1/2 sudu garam
- 1/2 sudu perencah sup
- secubit perencah ikan bilis.

Kacau hingga rata, angkat dan hidangkan seperti gambar di atas.
Tambah daun sup dan bawang goreng ke dalam hidangan.


Bahan untuk membuat kuah cili.
- 4 biji cili merah (dibuang bijinya)
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu cuka buatan
- 2 sudu sos cili.
- 2 cawan air
Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
Kisar (blend) semua bahan di atas.


Rebus bahan kisaran tadi hingga mendidih.
Siap untuk dihidangkan setelah mendidih.

Untuk kuah kicap, gunakan baki perapan ayam. Tumbuk bawang putih kemudian gorengkan sehingga garing. Masukkan baki perapan tersebut. Sesuaikan rasanya.
Maaf tak sempat ambil gambar sebab perut dah lapar...



Ambil gambar lepas makan je....

Semua nampak selera je......










Selamat Mencuba Resepi keluarga Arrie........

5 comments:

Hani on December 28, 2008 at 8:33 PM said...

bila masa buat nasi ayam ini.tak ajak pun.

ieda on December 29, 2008 at 2:44 PM said...

buat nasi ayam atas permintaan bg mie. len kali kkcik buat kat umah mak kot

Dave said...

if only that recipe was in English :) but pics look great

Anonymous said...

I'm not sure where you are getting your info, but good topic. I needs to spend some time learning much more or understanding more. Thanks for fantastic information I was looking for this information for my mission.

Here is my page: constructionduniya.blogspot.in

Anonymous said...

Looks yummy. Thanks for sharing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008