Kali ini juga tentang korban tapi bukan korban lembu seperti yang seluruh umat islam lakukan untuk sambut raya korban tapi tentang pengorbanan seorang suami terhadap isteri dan anak2.
Mohamad Suhami bin Ahmad itu nama ketua keluarga kami yang banyak berjasa dan berkorban demi kami sekeluarga. Seorang suami yang sabar menangani kerenah anak2 dan isteri. Kadang kala abah juga tak dapat lari dari melakukan kesilapan begitu juga dengan mama. Biasalah alam rumahtangga tak dapat lari dari perselisihan faham.
Alam rumahtangga memang bahagia. Suami dan isteri saling memerlukan sokongan, persefahaman dan kepercayaan diantara satu sama lain. Setelah kita berumahtangga seluruh kehidupan kita berubah. Dahulu sebelum berkahwin kita hanya fikir tentang diri kita tapi kini kita perlu fikir tentang ahli keluarga yang lain. Seorang suami juga yang memuliakan martabat seorang wanita dengan mengambilnya sebagai isteri. Jadi kita sebagai wanita juga isteri kepada suami kita perlu bersyukur tanpa mereka kita tak akan dapat melalui pengalaman yang terlalu berharga iaitu menjadi ibu. Hanya melalui anak2 kita dapat kembangkan keturunan dan agama islam di muka bumi Allah ini.Jadi terlalu penting kita melahirkan dan membentuk generasi yang sayangkan agama bukan sahaja bangsa. Moga keturunan kita sentiasa berada di jalan yang diredhai oleh Allah. Amin.
Suami umpama kapten dalam sebuah kapal. Peranannya cukup penting dalam perlayaran rumahtangga. Silap mengemudi kapal akan terus hanyut dan akhirnya tenggelam di dasar lautan. Tapi kapten kapal kami seorang yang bijak memainkan peranannya. Mesejnya jelas dasar keluarga agama yang paling utama walau kita duduk di kota agama jangan dilupa. Solat berjemaah perlu wujud dalam keluarga paling kurang sekali setiap hari. Abah rajin membaca artikel tentang agama dan berkongsi dengan mama yang jahil ini yang pengetahuan agamanya terlalu limited.Abah juga seorang yang sering mama kongsikan masalah dalam setiap segi. Abah juga pakar rujuk mama sekiranya mama buntu untuk mencari cara terbaik mendidik anak2. Kiranya abahlah orang yang banyak mengubah corak hidup mama. Kadangkala ( tak sesuai kot..seringkali) mama keterlanjuran kata2 sehingga mengguris hati abah, tapi abah cepat memaafkan mama dan abah tak simpan dalam hati...abah seorang yang pemaaf...
Sebenarnya mama mengakui bahawa mama selalu menilai diri abah tidak diri mama sendiri. Mama hanya nampak kesalahan abah saja tapi tidak diri mama. Baru2 ini telah berlaku arguement diantara mama dan kakak Miza yang menyebabkan mama membuat penilaian dan mama tersedar bahawa selama ini banyak perbuatan yang mama tidak sedari sering melukakan perasaan orang lain. Pagi tadi kakak mama telefon untuk minta maaf sekali lagi diatas arguement yang telah berlaku. Mama dah lupakan perkara itu,walaubagaimanapun air yang dicincang tak akan putus. Takpe kak kalau bukan kerana kejadian yang berlaku itu mama tak akan tersedar. Thanks kerana menegur adik yang banyak dosa nie...
Di setiap kejadian tentu ada hikmahnya. Jangan risaula orang dah except teguran akak. Cuba tengok gambar kenangan nie takkan sebab hal kecik kita tak nak bertegur sapa. Akak jangan bimbang orang tak marah kat akak.Lagipun arguement tu pun disebabkan miscommunication. Mungkin cara orang sampaikan salah maka berlakulah arguement tu.. Untuk kebaikkan adik2 kita juga kan..
Kesian abah pagi ni abah pulang kerumah dari pejabat dalam keadaan tergesa2 menurut abah abah nak ke Yamaha, Ipoh atas urusan kerja. Dah lah penat semalam belum reda kerana beraya di KL yang jalannya sesak dan hari ini terpaksa drive ke Ipoh. Itulah pengorbanan suami yang tak pernah ungkit segala penat lelah dan tak mahu membebankan isteri dengan menyuruh bekerja. Bukan mama tak mahu membantu tapi abah tak benarkan kerana abah tak mahu mama keletihan kerana menurut abah cukuplah mama letih menjaga anak2. Bagi abah biarlah abah bertangungjawab sepenuhnya dalam mencari nafkah untuk keluarga.
Begitulah besarnya pengorbanan suamiku..yang tak pernah ungkit segala pengorbanannya..Begitu banyak dosa mama terhadap abah..
Suamiku terima kasih atas bimbingan, tunjuk ajar dan segala penat lelah abang mencari nafkah untuk sara kami, jasa mu tak akan dapat mama balas.. Mama ingin memetik dari sebuah hadis yang mengatakan bahawa telah Rasulullah SAW bersabda: "Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu akan aku suruh wanita2 sujud kepada suaminya, lantaran begitu besar Allah jadikan hak laki2 atas wanita." (HR Abu Daud).
Abang sekali lagi mama minta maaf di atas segala kesalahan mama terhadap abang..Ampunilah isterimu ini...Dengan kemaafan abang maka terhapuslah segala dosa mama.
Terdapat sebuah hadis dari riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
"Aku melihat dalam neraka tiba2 ramai di antara ahlinya adalah wanita. Maka seorang wanita bertanya: Mengapa ya Rasulullah? Rasulullah menjawab. Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya." Moga mama tidak tergolong dalam golongan yang disebut oleh nabi junjungan kita. Ya Allah ampunilah kesalahan mama sebelum ini.
AKU MELIHAT PADA UMURKU 55 - LETRIK DAN AIR
4 years ago
0 comments:
Post a Comment