Anak-anak yang menghiasi suka dan duka kehidupan mama dan abah. Senyuman, gelak tawa, gurau senda, usikan sesama mereka memang menduga kami. Tahun 2008 bakal berlalu dan tahun seterusnya akan menyusul. Apakah agaknya kehidupan yang bakal kami lalui nanti. Mama harap semuanya gembira sekiranya ada duka di harap kita akan dapat hadapinya bersama dengan tabah.
Ammar selepas sembuh sepenuhnya, kembali cergas dan aktif seperti sebelumnya. Alhamdullillah..akhirnya saat kesukaran itu dapat kami hadapi dengan tenang dan mendapat sokongan dari ahli keluarga yang lain. Terima kasih pada nenek kerana menjaga anak2 kami semasa kami sibuk menjaga Ammar di hospital.
Irdina Athirah senyuman dan gelagat riangnya menghiburkan kami. Usia Dina ketika ini lebih kurang 1 tahun 9 bulan.
Iffa Alwani kepetahan dan celotehnya memang memenatkan kami. Daya imaginasi yang tinggi bercita2 menjadi ustazah. Insyaallah kami berdoa mereka berjaya di dunia dan akhirat.
Arrie anak sulung kami yang kami harapkan akan menjadi pelindungi dan dapat membimbing adik2 selepas ketiadaan kami nanti. Semoga menjadi seorang abang yang soleh, baik akhlak dan berjaya dalam pelajaran yang kelak akan menjadi ikutan adik2.
Hari ini 13hb Dec 2008, Iffa dan Arrie tiada di rumah. Duduk di rumah Mak Nana tidur semalam di sana. Suasana rumah menjadi sepi, tiada suara riuh rendah berebut barang, berebut tempat duduk dan gurau senda kedengaran. Memang kami terasa ketiadaan mereka walau hanya sehari. Ini membuatkan mama terfikir suatu hari nanti anak2 akan membesar dan akan membawa diri mereka sendiri. Keadaan inilah yang akan kami hadapi. Bersediakah kita sebagai ibubapa menerima perubahan pada anak2 yang akan meninggalkan rumah, pada permulaannya melanjutkan pelajaran kemudian bekerja dan akhirnya membina rumahtangga mereka sendiri.
Terus terang mama katakan kalau tanya mama pada ketika ini mama memang taknak anak2 meninggalkan kami. Tapi kematangan mungkin akan membuatkan mama berubah fikiran nanti. Tapi untuk mengajar mereka berdikari dan berusaha mengejar cita2 mereka mama akan lepaskan anak2 mama, harapan mama mereka berjaya di dunia dan akhirat. Mama harap seluruh keturunan kami di bawah perlindungan Allah swt dan sentiasa berada di jalan yang di redhaiNya. Mama sayangkan anak2 mama . Ingat pesan mama selalu yea...
Walau mama tak berada disisi tapi pesanan mama tetap berada dihati. Melalui pesanan dan nasihat itulah jalan yang terbaik untuk memimpin anak2 mama yang belum mengenal erti sebenar kehidupan. Semoga berjaya dalam kehidupan mereka hendaknya. Amin.
AKU MELIHAT PADA UMURKU 55 - LETRIK DAN AIR
4 years ago
0 comments:
Post a Comment