Belum lepas pantang lagi. Mama sedang memangku Dina, masa nie kami berada di KL Plaza sambut harijadi Imran.
Ammar kecik2 dulu pun pandai berposing masa nie Ammar berusia 2 tahun 3 bulan. Bukan main handsome dia bergambar kat parking kereta masjid Shah Alam.
Haa masa nie kami bergambar dalam rumah di Meru. Rumah yang agak selesa bagi kami. Tapi terpaksa berpindah pulak. Mama sedang memangku Ammar ketika Ammar berusia 4 bulan.
Iffa dan Arrie bergambar kat halaman rumah Meru.Waktu nie Arrie berusia 4 thn manakala Iffa pula baru berusia 2 thn.
Ammar berusia sebulan. Lain sangat mukanya..
Note : Apabila melihat semua gambar2 ini terasa cepat masa berlalu. Masih terasa kesakitan bersalinkan Arrie yang mengambil masa 14 jam 7 tahun dahulu. Selepas seorang2, anak yang mama lahirkan ke muka bumi ini. Insyaallah pada bulan 5 akan datang lagi seorang bayi yang mama lahirkan. Semua ini merupakan memori terindah kami melalui kehidupan sebagai suami isteri. Ketika ini sedang sibuk mama menulis, Dina pulak cuba memasukkan makanan ikan ke dalam mulut. Nasib baik sempat tepis kalau tak....selamat makanan ikan tu masuk dalam perut Dina. Ok sampai sini saja entah apalagi yang bebudak tu buat pulak kang.
0 comments:
Post a Comment