Selamat menyambut aidul adha..
Semalam seluruh umat islam di muka bumi allah menyambut hari korban. Kami sekeluarga manyambut hari raya ini di Klang sahaja bermula dengan sembahyang raya seawal 8am. Hanya abah dan Arrie saja yang pergi bersembahyang kerana adik2 yang lain masih enak di buai mimpi.
Mama meyediakan juadah seperti nasi himpit, kuah kacang, rendang daging, masak lemak lodeh dan ayam masak merah. Yang mendapat perhatian anak2 kuah kacang dan ayam masak merah. Kiranya raya kali ini adalah raya yang pertama kami menyambut raya tanpa nenek yang sedang menunaikan haji di mekah. Walaubagaimanapun mama rasa masakan mama tetap tak setanding masakan nenek yang dari mama kecil hingga kini pada setiap kali raya nenek yang menyediakan juadah raya.
Kami menerima berita dari Acu Aina di kampung yang mengatakan pada raya ketiga ini Acu Fakru akan bertunang dan akan melangsungkan kenduri pada bulan 6 akan datang. Tok Wan akan menyembelih lembu seekor jadi Tok Wan tanya pada mama samaada sudah melakukan aqiqah untuk Ammar dan Dina. Kira nak sekalikan buat kenduri pada hari tersebut. Kebetulan jika diizinkan Allah mama akan melahirkan adik yang baru ini pada hujung bulan 5 jadi mereka mengajak mama bersalin di kampung. Buat pengetahuan semua mama pernah melahirkan Iffa di kampung sewaktu itu Tok Dan Mak Cik Su yang banyak menjaga mama. Terima kasih pada jasa semua. Bagi mama Tok Wan melayan keluarga kami terlalu baik, mama masih ingat lagi pada bulan puasa lebih kurang 3 tahun lepas mama ingin berbuka puasa dengan air tebu lalu meminta Acu Kru pergi beli tapi malangnya air tebu telah habis di jual. Keesokkannya Tok Wan memerah tebu sendiri menggunakan pemerah tebu manual dengan kudratnya yang sudah tua. Pendek kata kalau mama suka minum air kopi akan di bekalkan kopi, kalau mama suka makan ikan masin sebelum pulang akan di beli ikan masin, kami amat berterima kasih kepada Tok Wan yang terlalu baik terhadap keluarga kami.
Abah juga selalu mengusik mama yang seakan pandai mengambil hati Tok Wan dan mengatakan mama mengambil kesempatan sehingga parut kelapa kayu Tok pun diberikan kepada mama. Abah pesan lain kali jangan cakap suka makan tu makan ini suka ni suka tu di depan Tok Wan nanti Tok Wan berusaha cari..kesian jadi susahkan Tok Wan. Sebenarnya bukan siapa yang pandai atau tak pandai ambil hati cuma itulah kelakuan orang tua yang kita tak fahami bahawa mereka dambakan kehadiran kita di sisi mereka. Mereka tak harapkan duit atau harta benda hanya mereka harapkan keprihatinan kita sebagai anak2 yang seakan lupa pada jasa orang tua. Suatu hari nanti kita juga akan tua dan akan dapat memahami tingkah laku Tok yang meluahkan kasih sayang dan rindu pada anak2 melalui perbuatan bukan kata2. Melalui kiriman buah tangan sebagai mesej kepada kita anak2 bahawa orang tua kita di kampung rindu akan kehadiran anak dan cucu.Renung renungkanlah jangan setelah mereka tiada lagi di dunia baru kita merasai dan menyesali keabaian kita terhadap mereka. Lupakan seketika kesibukan kerja. Jika yang sayang untuk keluar duit sebagai modal perjalanan kita kena ingat rezeki itu Allah taala yang tentukan tak akan luak duit yang lebik kurang 3 4 ratus berbanding dengan beribu duit yang kita dapat tiap2 bulan. Ibu bapa tanpa kalian siapalah kami....Hargai orang tua...Kebetulan pada waktu ini kita semua sedang menyambut raya korban jadi bagi mama bukan hanya pada mama saja tapi kita semua perlu mengakui bahawa orang tua memang banyak membuat pengorbanan terhadap anak2nya.. Terima kasih pada nenek dan late grandfather yang telah membesarkan mama.
Sekali lagi mama ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya korban...
AKU MELIHAT PADA UMURKU 55 - LETRIK DAN AIR
4 years ago
0 comments:
Post a Comment