MAKHLUK HALUS Menurut Al Quran Dan As Sunah
Dari Tuan Guru Dr Harun Din
Sumber ini mama ambil sebagai menjawab tanda tanya tentang hantu. Setakat nie mama hanya jumpa perkataan syaitan, iblis dan jin, hantu takde pun. Mungkin hantu lebih sesuai untuk di gunakan kepada manusia yang berperangai seperti syaitan kot. Ada ke manusia macam tu? He he he.....(?)
Syaitan itu adalah sebahagian daripada makhluk-makhluk halus. la merupakan
salah satu daripada kumpulan jin yang ingkarkan perintah Allah s.w.t. Syaitan
adalah daripada keturunan jin yang dijadikan daripada api.
Jin terbahagi kepada 2 bahagian iaitu jin Islam dan jin kafir.Termasuk dalam jin kafir ialah syaitan dan sebagainya.Dalam al-Quran disebutkan bahawa makhluk-makhluk halus itu mempunyai sifat dan tabiat yang bermacam-macam. Ada yang cerdik, ada yang bodoh, ada yang
lalai dan ada yang lemah fikiran. Ada yang kafir yang berkelakuan sempurna dan
sangat baik pendiriannya. Ini disebutkan dalam Surah al-Jinn ayat 11:
Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang salih dan di antara
kami ada pula yang tidak demikian. Adalah kami menempuh jalan yang
berbeza.
Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya makhluk-makhluk jin yang beriman
kepada Allah s.w.t. sesudah kebangkitan nabi Muhammad seperti yang tersebut
dalam Surah al-Jinn ayat 13:
Dan sesungguhnya kami ketika mendengar pertunjuk (al-Quran), kami
beriman kepadanya. Maka barang siapa beriman kepada Tuhannya maka ia
tidak takut pengurangan pahala dan tidak takut akan penambahan azab.
Semua makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh manusia disebabkan
unsur asal kejadiannya berlainan daripada unsur kejadian manusia. Ini merupakan
salah satu rahmat Allah s.w.t. kepada manusia. Andainya Allah s.w.t.
memperlihatkan jasad jin dan syaitan, umumnya kekuatan manusia akan lemah
melihatkan Makhluk halus yang dengan rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza
dengan jasad manusia.
Allah menjadikan jin itu 3 golongan. Golongan ular, kala jeengking dan binatang
tanah, golongan semacam angin di udara dan satu golongan di atas mereka hisab
dan balasan. Dalam kitab Gharaibu wa 'AjaibiiI-Jinn karangan AI-Qadi Baharuddin
menyebutkan tentang adanya sejenis jin yang separuh rupanya seperti manusia,
namanya Shaqq, kerjanya menghalangi orang yang musafir bersendirian dan
adakalanya membinasakan dia.
Jelasnya bahawa makhluk-makhluk ini terbentuk daripada zat halus (athir) yang
tidak ada halangan bagi zat itu untuk menyerupai sesuatu yang dikehendaki. la juga
boleh menembusi sesuatu, yang tidak disekat atau dihalangi oleh bahan-bahan
udara, air dan sebagainya.
Makhluk-makhluk halus boleh berupa kepada bentuk yang mereka ingini dengan
izin Allah jua, dan boleh masuk atau keluar dari mana-mana bahagian tanpa
sekatan.
Sebuah hadis lain yang diriwayatkan dari Ubai bin Kaab, menyatakan
bahawasanya ia mempunyai satu bekas berisi tamar dipertaruhkan kepadanya.
Tiba-tiba didapati isinya telah susut. Pada satu malam ia telah terjaga, tiba-tiba
terlihat bayangan seorang budak. Lalu ia memberi salam kepada budak tadi dan
dijawab salamnya. Apabila ditanya siapa dia yang sebenarnya, adakah jin atau
manusia. Lembaga itu menjawab mengatakan bahawa ia adalah jin. Ubai bin
Kaab meminta supaya lembaga itu menghulurkan tangannya. Apabila dihulurkan,
didapati tangan itu seperti tangan anjing begitu juga rambutnya. Bila ditanya
adakah jin dijadikan sedemikian rupa. Dijawab, bahawa bentuk jin adalah lebih
dahsyat daripada dirinya.
Berdasarkan ringkasan maksud hadis-hadis di atas, menunjukkan bahawa
makhluk-makhluk halus berupaya menjelmakan dirinya dalam berbagai-bagai
bentuk kecuali rupa Rasulullah s.a.w.
Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya
meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:
Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah
anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran
ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah
kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan
padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas
minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan
dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi
sesuatu ke atasnya.
Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan
biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jeris makhluk
halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki
sambil mengenakan mangsanya.
Hakikatnya, malam bukan masa untuk manusia keluar dari rumah seperti yang
seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam adalah untuk berehat,
menenangkan fikiran dengan mengingati Allah, bukan untuk berkeliaran di luar
rumah seperti yang dijelaskan dalam Surah Yunus ayat 67.
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah
20
Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat
padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya pada
yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang
mendengar.
Moga bertambah pengetahuan kita tentang alam jin dan syaitan. Maklumlah bukan semua orang tahu tentang alam jin ini. Hanya dengar2 sahaja tapi tidak merujuk kepada sumber yang benar. Yang menjadi kepercayaan orang melayu kita adalah bomoh atau dukun untuk menghalang jin dari mengganggu kita. Dengan menggunakan kemeyan dan sebagainya.
Dalam islam sendiri ada mengajar cara2 tentang mengelakkan gangguan jin keatas manusia terutama bayi yang baru lahir. Nanti kita cerita lagi.
Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...
online
Wednesday, December 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment