Blog ini mengambarkan keluarga Arrie. Berita semasa tentang perkembangan ahli keluarga. Kejayaan, kenangan pahit manis akan dinukilkan disini...

online

URL tambah duit

Friday, December 19, 2008

Status Traning tempat kerja Abah


Perbincangan Status Halal dan Haram Traning PDL.

Malam tadi berlaku sedikit perbezaan pendapat mengenai Halal dan Haram antara abah dan mama. Usulnya begini : Jika pendapat mengatakan wayang itu berat kepada Haram disebabkan kita bersubahat berada bersama-sama pelaku maksiat maksudnya meredhoi maksiat berlaku dalam panggung tanpa menegahnya samalah kiasnya bagi PDL.
PDL ialah personnel development & leadership training. Lebih dikenali juga dengan ‘team building’ training.
Dalam team building aktiviti akan ada pergaulan bebas lelaki dan perempuan, bersentuhan tangan bagi peserta lelaki dan perempuan dan kadang-kadang ada acara atau games yang mengkehendaki lelaki memegang wanita tanda trusting (mempercayai rakan sepasukan).

Bagi memudahkan memahami bagaimana kita nak meletakkan status halal atau haram sesuatu ada baiknya kita merujuk kepada kitab dari ulama’ kontemporari masa kini Dr Yusof El-Qhardawi bertajuk ‘Halal dan Haram dalam Islam.




Baliau mulakan dengan penerangan bahawa tiap-tiap sesuatu adalah mubah yakni harus. Tiada sesuatu pun dalam islam haram kecuali di naskan secara jelas. Setiap yang diharamkan oleh Allah ada sebab dan hikmahnya.

Seterusnya beliau menerangkan yang penentuan halal dan haram adalah hak Allah semata-mata. Banyak ancaman Allah terhadap golongan Yahudi dan Nasrani dalam al-quran kerana mengharamkan yang halal dan mengharuskan yang haram.
Dosa kerana tersalah menjatuhkan hukum haram bagi yang halal dan halal bagi yang haram menyamai syirik kepada Allah. Begitu besar kesilapan kiranya mudah menjatuhkan hukum tanpa dalil yang kukuh.

Dapat kita mengambil pengajaran dari isi kandungan kitab tersebut bahawa kita jangan mudah menghukum halal atau haram tanpa mengkaji secara detail sesuatu perkara itu.
Bagaimana pun kita masih boleh menerima pakai pendapat yang lebih rojeh.

Berbalik kepada bab training tadi. Apa pendapat yang paling kuat.

Sebagaimana yang dihuraikan oleh Qardhawi, setiap sesuatu adalah mubah kecuali ada nas yang mengharamkannya. Training team building merupakan satu alat untuk merapatkan hubungan sesama pekerja.

Tiada masalah mengadakan training tersebut tetapi sekiranya bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa batasan, aktivitinya mewajibkan persentuhan antara bukan muhrim maka ianya adalah haram.

Ini jelas dari Sabda Rasulullah S.A.W.

"Sesungguhnya aku tidak pernah berjabat tangan dengan kaum wanita." [HR an-Nasa`i dan Ibnu Majah, di shahihkan oleh al-Albani].

Sayyidah 'Aisyah radhiyallahu 'anha pernah berkata :

"Demi Allah, adalah tangan Rasulullah belum pernah menyentuh tangan wanita kecuali yang beliau miliki (nikahi)." [HR al-Bukhari].

Sepakat empat Imam mazhab Syafi’e, Hambali, Maliki dan Hanafi tentang keharamannya. Tidak perlu dibincangkan lagi tentang keharamannya. Cuma sejauh manakah aktiviti yang diadakan itu melanggar syariat tersebut.


Untuk menjawab persoalan ini ada baiknya diteliti jadual aktiviti ‘team building’ tersebut. Abah telah meminta jadual acara dari pihak HR.
Sabtu pagi – acara dalam dewan lebih kepada ‘Mgt Conference’ berkenaan keadaan syarikat. Pelan dan hala tuju. Banyak ucapan dasar dan motivasi untuk semua pekerja. Tempat duduk bebas dan tidak mewajibkan percampuran jantina.
Sebelah petang acara, fliying fox , High Rope dan obstacle disusuri ‘learning outcome’. Keseluruhan acara merupakan acara individu dan tiada acara kemestian memegang bukan muhrim.
Hari Ahad lebih kepada Mgt Conference – Improvement plan for year 2009. Cost saving activity. Semua acara dijangka habis pukul 12.00 t/hari , lunch dan balik ke Klang.

Keseluruhan acara tidak melanggar syara’ cumanya waktu khusus untuk solat tidak disediakan. Peserta terpaksalah menggunakan Lunch hour dan break time untuk solat. Ini tak dapat dielakkan memandangkan aturcara disediakan oleh non muslim dan majikan juga bukan Islam.
Seterusnya adakah kita dikira bersubahat kerana terlibat dengan sesetengah acara yang lagho. Mungkin ada di antara peserta yang begitu asyik dengan aktiviti sehingga berlaku pergaulan bebas yang tak sepatutnya, bergurau senda sesama peserta lain jantina dan sebagainya.
Perkara sebegini berlaku di mana-mana termasuk rakan sepejabat juga. Individu itu sendiri yang bertanggungjawab menjaga akhlak masing-masing walaupun di mana berada.
Dalam hal ini maka wajiblah kita mencegah kemungkaran yang bakal berlaku sepanjang tempoh training tersebut.

Ini sebagai mana firman Allah :-
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung". (Ali 'Imran:104).

Hadis Nabi yang berbunyi
“Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya (menghapuskan) dengan tangannya. Jika dia tidak berkuasa berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dengan itu juga dia tidak berkuasa, maka hendaklah dengan hatinya. Tetapi, itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Semoga Allah Taala memberi kekuatan untuk abah mencegah apa-apa yang tidak syari' di sepanjang program nanti.
Aminnn…

1 comments:

Anonymous said...

Kini team building training di bawa bermalam di tempat tempat indah dan damai jauh dari keluarga.
Waktu makan sama sama.
LDK dalam dewan bersama sama sehingga larut malam, disertai permainan dalam kumpulan yang mengkehendaki kerjasama yang tinggi sesama ahli yang bukan mahram.

Ini semua melibatkan bercampur gaul sesama bukan mahram secara bebas. Ya, di pejabat pun begitu.
Terlalu banyak yang kita akan disoal di alam kubur dan akhirat nanti. Mengapa tidak dielakkan sedangkan boleh dielakkan.
Diasingkan kawasan pejabat lelaki dan perempuan, dan sebagainya.

Sewaktu aktiviti riadhah team building, meskipun tidak bersentuhan, tetapi pakaian riadhah sendiri tu bagaimana. Susun atur peserta sewaktu riadah bagaimana?
Adakah lelaki sentiasa di depan waktu riadah tersebut, ataupun tidak mengapa mana mana lelaki perempuan nak berdiri pun.

Memang pada akhirnya, untuk semua benda tak apa. Semua bergantung kepada individu.
Seolah olah ramainya kita ni tak ada langsung nafsu, dan seperti syaitan tiada untuk menghasut nafsu pandangan dan sebagainya.

Flying fox contohnya, jelas ikatan bawah punggung peserta peserta wanita yang akan berayun di atas pandangan semua peserta.

Apapun, saya yakin kita berada di akhir zaman.
Sudah tiba saat sebahagian kita hanya mampu menggigit jari seperti kata rasulullah S.A.W.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

arries family Blak Magik isesigned by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008